Lubuk membeli majalah Dewan

2 bualan
Pin It
Majalah-majalah Dewan tersusun rapi, menunggu masa untuk dibeli oleh saya.

Saya memang minat membaca siri majalah Dewan. Ia bermaklumat untuk saya ketahui perkembangan bahasa Melayu. Terutamanya Dewan Bahasa.

Namun, minat saya tidak semestinya dapat ditampung atas faktor kewangan. Saya berharap perpustakaan tempat saya belajar melanggan majalah Dewan secara bulanan. Setakat ini apa yang saya lihat, kebanyakan majalah Dewan di perpustakaan UPM sangatlah daif. Kebanyakan lewat 2-3 bulan kebelakang.

Apa yang saya boleh buat ialah melepak di sekitar kedai buku untuk membelek. Bukan membaca tau kerana kedai buku ini tidak seperti kedai buku MPH. Apabila saya melepak membaca, tuan kedai pasti akan duduk bersebelahan saya dan berdehem. Tandanya "Dei, adik, ini kedai buku la. Kalau mau baca, sila beli dulu."

Sayangnya kedai buku MPH tidak menjual majalah Dewan.

Antara majalah yang paling saya suka sekarang ialah Tunas Cipta. Ia sarat dengan informasi berguna buat peminat sastera Melayu terutama penulis muda seperti saya. Ia dapat mengasah minda saya menulis cerpen dengan lebih teratur dan berkualiti.

Saya juga berminat untuk menghantar artikel tulisan saya ke mana-mana siri majalah Dewan. Ingin mencuba nasib. Tahun lepas saya hadir kursus makalah budaya untuk majalah Dewan. Editor sanggup membayar sebanyak RM350 bagi satu-satu artikel berkualiti (900 patah perkataan).

Sejak itu saya mendapat idea bahawa ada peluang untuk menjadi penulis bebas.

Saya merenung sahajalah majalah Dewan ini. Terpaksa gunakan teknik bacaan pantas. Membaca isi-isi penting sahaja agar tidak diperasan oleh tuan kedai.

Kalau saya nak menikmati bacaan lebih santai, saya kenalah pergi ke kedai buku koperasi UPM. Situ, jarang ada orang tegur. Lagipun majalah Dewan duduk ceruk nun di sudut kedai. Senang saya nak curi-curi baca.

Tapi, tetap kedai buku koperasi UPM siri majalah Dewannya bukanlah yang terbaru. Tidak seperti kedai buku di Persint 15 ini. Cuma untungnya, siri-siri bulanan yang tak laku masih kekal di situ untuk saya nikmati bacaannya. Heh.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Keliru sikit. kalau hantarartikel tu, boleh hantar ke penerbitan lain jugak ke? atau bila diterbitkan, hakcipta dipegang penerbit artikel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak digalakkan. Ia melanggar etika untuk hantar ke beberapa penerbitan pada satu-satu masa.

      Hak cipta kita pegang. Penerbit hanya membayar kita honorium. Aku sarankan kau baca buku karya kita hak cipta kita terbitan Al-Ameen oleh Nisa Haron.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia