Jumaat, 4 Januari 2013

Kebiadapan warga asing di UPM


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Semalam saya singgah sebentar di Masjid UPM untuk menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Usai solat, saya hendak pergi makan malam pula di Padang (gerai makan di Sri Serdang). Sedang saya ingin pergi itu saya terlihat sahabat lama saya, Arif. Oh sungguh lama saya tidak bersapa dengan dia.

Saya tunggu sebentar di belakang jemaah solat yang dia sertai. Nanti apabila dia usai solat, boleh la terus saya menyapanya.


Sedang ralit saya memerhatikan suasana masjid, rupanya ada majlis bacaan yasin dan tahlil pada malam ini.

Saya tak endahkan sahaja kerana saya sudah lapar nak makan. Selesai bertegur sapa dengan Arif nanti bolehlah terus saya singgah ke kedai makan dahulu.

Saya lihat gerak geri Arif selepas solat. Dia terus ke hadapan bersama jemaah lain membaca Yasin.

Oh. Tak mengapalah. Saya terus pergi mengambil buku Yasin dan duduk bersebelah Arif.

"Assalamualaikum," salam saya. Kemudian kami sama-sama membaca Yasin.

Selesai bacaan Yasin, aku bersembang-sembang dengan Arif. Dia sekarang bekerja sebagai pembantu penyelidik (research assistant) di fakulti teknologi makanan UPM. Apa yang menarik adalah apabila kami berbincang tentang peralatan di makmal fakulti masing-masing.

"Senior aku menasihati aku, 'Arif, kau perlu ada sikap bertanggungjawab kalau pakai alatan di makmal. Semua yang kau pakai ini duit rakyat. Bukan duit yuran kamu bayar. Ingat tu.'"

"Aku pula, penyelia aku beri nasihat begitu," balas aku.

Hal ini berbangkit apabila kami berbincang tentang warga asing di UPM.

"Fakulti kau ada Pak Iran?" tanya Arif.

"Mestilah ada. Ramai pensyarah aku kurang gemar perangai mereka ketika guna alatan di fakulti."

Yup. Daripada yang aku dengar, kebanyakan pak dan mak Iran menganggap barang yang mereka guna di makmal adalah hak mereka. Mereka guna tanpa memikirkan ia juga milik bersama dengan pengguna lain.

"Hey, I paid fee to use this. It's fair for me to use what ever way I want."

Yelah. Tapi kau bayar yuran untuk guna, bukan untuk miliki.

Antara perkara yang mereka selalu buat adalah apabila alat rosak mereka tak nak buat laporan. Mereka biarkan sahaja. Jadi apabila giliran pelajar tempatan nak guna, ia rosak. Jika dilaporkan awal, mungkin boleh diselamatkan alat tersebut. Namun, sikap tidak bertanggungjawab warga Iran ini membuatkan yang lain merana.

Pelajar tempatan terpaksa lapor dan menunggu sehingga alat dibaikpulih semula. Dan ia bukan ambil masa sehari dua, malahan berbulan-bulan.

Azan Isyak berkumandang. Kami diam sebentar.

Bilal membacakan iqamat. Kami turut serta solat berjemaah.

"Assalamualaikum. Tuan puan semua dijemput hadir ke kiri masjid. Ada jamuan makan malam," umum tok Imam yang bertugas selepas semua selesai berjemaah.

Alhamdulillah, ucap aku. Rezeki.

Kami bersembang pula tentang hal-hal lain. Aku ingin menziarahi bilik Arif di kolej Serumpun. Sudah lama aku tidak bersembang dengannya.

Namun, keadaan tidak seperti yang dirancang. Aku perlu pulang kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Hanya sempat melihat pintu bilik 426 sahaja. Arif lambat pulang. Aku pula tidak simpan nombor Arif.

Mungkin, lain kali sahajalah.... dan saya gembira dapat berbual dengan sahabat lama saya. Warga asing sememangnya boleh menjadi masalah apabila sikap mereka yang 'kaya' itu diamalkan di bumi Malaysia ini.

6 mengomel

begitulah yg selalu mereka pikir, bayar yuran boleh buat apa yg mrk suka..mcm milik merekan..

Kalau pelajar Malaysia pergi luar negara, saya yakin tidak begitu. Susah juga ya kalau dapat negara yang 'kaya' datang ke Malaysia.

biasenye jadi sebab buku belum bertemu ruas. kalau ade yang jenis 'bengkeng' marah semula, memang selalunya 'pak iran' tu senyap tak menjawab.

mana-mana IPTA hadapi masalah yg lebih kurang sama.

Dan ia berulang tiap kali ada pendatang dari Iran datang. Hmmm. Sabar jela.

Setuju. Setiap warga asing ni lain kepala bila datang ke Malaysia. Sungguh lari daripada budaya rakyat Malaysia.

Itulah masalah mereka dari dulu hingga kini. Kalau boleh, jangan bagi muka sangat. Kena bertegas.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon