Isnin, 28 Januari 2013

Diari Jawi


"Gemerlapan jiwa buat si pengukir cinta. Si dia yang ingin mencari hati untuk ditautkan bersama. Terlalu ingin mencari erti kehidupan dengan mencari kasih yang bukan miliknya..."

Pen diletakkan di atas meja. Karangan terhenti. Kelihatan susuk wajah seorang wanita bangun dari meja berwarna cokelat itu. Dia berlalu pergi ke arah tingkap yang terbuka luas. Memandang alam yang terbentang luas.

"Aku seperti kehilangan idea. Walhal tadi boleh sahaja aku menulis dengan baik," keluh wanita itu.

"Ai Ping! Jom kita pergi makan tengah hari bersama," kedengaran suara dari pintu bilik wanita itu.

Nama wanita itu Ai Ping, seorang pelajar jurusan bahasa di sebuah universiti tempatan.

Pelikkan? Seorang yang bukan berbahasa Melayu sanggup meneruskan pelajaran di peringkat tinggi.

Ini bermula apabila Ai Ping terjumpa senaskah buku lama tulisan jawi di kabinet lama neneknya. Pada mulanya dia ingatkan ia kitab agama orang Melayu, tapi tulisannya yang lusuh dan tidak mempunyai garisan di atasnya membuatkan dia rasa bukan.

"Nek, kitab apakah yang ada dalam kabinet itu?"

"Oh itu. Diari nenek dahulu."

Ai Ping terkejut mendengarnya. Bukankah neneknya buta huruf? Tidak tahu membaca tulisan Cina mahpun rumi. Bagaimana pula dia boleh menulis tulisan arab itu?


"Dahulu, nenek ada kawan Melayu. Namanya Aminah. Kami sangat rapat. Suatu hari nenek lihat dia menulis sesuatu di pantai. Nenek tertarik untuk melihatnya dan dia kata itu adalah tulisan jawi. Dia sekarang sedang belajar tulisan jawi. Nenek turut serta dan akhirnya nenek pun boleh membaca dan menulis jawi," terang Ah Po kepada Ai Ping.

"Jadi, apa yang nenek tuliskan?"

Ah Po hanya mendiamkan diri. Ai Ping kemudian tidak berani bertanya tentang buku lama itu lagi. Dia tahu ada sesuatu yang Ah Po rahsiakan daripadanya.

Dia mula mencari kaedah terbaik bagaimana untuk belajar tulisan jawi. Dia mula berkawan dengan orang Melayu.

Akhirnya dia dapat membaca tulisan jawi.

Beberapa tahun kemudian Ah Po meninggal dunia kerana sakit tua.

Ai Ping sedih kerana Ah Po adalah satu-satunya nenek yang paling dia sayang. Selalu menjaga dia dengan penuh kasih sayang. Dia masih ingat lagi ketika dia dibuli oleh Ah Meng jiran selang beberapa buah rumah Ah Po.

Habis Ah Meng dikejar Ah Po kerana membuatkan Ai Ping menangis. Sejak itu tiada siapa berani buli Ai Ping lagi. Takut nanti mereka pula dikejar Ah Po.

.....


Alamak! Idea kering... T.T

3 mengomel

sambung.. sambung.. sedap cerpen ni. :D

@Asrul
Tunggu ilham lain datang.

@KH
Mungkin. Ini hanyalah draf cerpen saya. Hmmm.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon