Turunnya berkat bersama Burung Cenderawasih

4 bualan
Pin It


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Subhanallah. Itulah yang dapat aku ucapkan tatkala menonton video ini. Ia sebuah dokumentari lengkap tentang burung cenderawasih. Ada 39 spesis burung ini. Mereka tinggal di hutan tropika Papua New Guinea.

Saya tertarik melihat bagaimana setiap burung ini menari untuk menawan hati bakal pasangan. Sungguh unik!

Bummmmmppp! Walah! Saya mendapat ilham daripada video ini.


Baiklah. Hari ini adalah pertama bagi tahun 2013. Mesti semua menanti sesuatu yang baru daripada aku. Usah risau, bagi yang terlepas itu, boleh rujuk entri tahun lepas saya (walhal semalam jek).

Aku juga mendapati ramai orang terjenguk ke blog aku dengan mencari kata kunci di enjin carian Google dalam bahasa Melayu.

Hmm. Dari situ jugalah aku dapat membuat takulan bahawa blog berbahasa Melayu masih mempunyai keistimewaannya di mata pembaca Melayu.

Sejurus itu, aku dapat idea untuk menterjemahkan video yang aku tonton di Youtube ke bahasa Melayu.

Terjemahan ini lebih kepada bentuk ulasan ringkas dan padat aku mengenai video yang aku kongsikan bersama. Bukanlah terjemahan sari kata, ok?

Jika ia menarik, bolehlah pembaca tonton bersama. Jika ia buruk, boleh juga tonton untuk pengajaran.

Kalau tak pun, sekurang-kurangnya pembaca yang ada bandwith yang rendah atau penimbalan (buffering) lambat, boleh terus dapat idea apa video itu kisahkan.

Kemudian, mereka boleh letak di senarai 'Kegemaran' (favourite) untuk tonton nanti. (Yelah. Aku kan guna Unifi~) Sekurang-kurangnya saya membantu mereka cuba memahami video bahasa Inggeris ataupun membantu mereka mencari sumber video bahasa Inggeris melalui pencarian kata bahasa Melayu.

Untuk itu, saya akan masukkan video yang aku ulas ke kategori:

1. Video
2. Kaitan video - contohnya wikipediadokumentarimuzik

Lalu, berapakah jumlah perkataan yang patut aku ulas untuk sesuatu video itu?

Aku cuba dengan 200-350 patah perkataan dahulu (seperti mana yang enjin carian Google suka)

Apakata pembaca sekalian? Adakah ia satu idea yang menarik ataupun biasa sahaja? Ataupun saya sepatutnya membuat satu lagi blog lain bertajuk "JomTontonVideo"?

Jangan segan silu ekspresikan idea anda sama ada optimistik mahupun skeptikal. Saya terbuka menerimanya.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. terime kasih daun keladi. kalau dapat dokumentari penih pasal burung ni boleh kongsi-kongsi ye. tak puas tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm. Kalau ada Astro, bolehla encik tontonnya di saluran NG. Sayapun tak pernah tonton penuh video ini. Setakat ini saya hanya baca artikelnya sahaja.

      Padam
  2. Menarik video burung nie..pernah tgk juga sblm nie dlm 1 dokumentari lain..
    Wong, cuba letak video & ulasan ya...bagslah kalau ada ulasan..kalau setakat video jer mrk blh tgk didalam youtube sahaja kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklum balas itu puan. Insya-Allah saya akan cuba membuat ulasan ringkas dan padat untuk bacaan semua. Kalau ada apa-apa perlu tambah/tolak, jangan segan silu komen ya puan.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia