Berkejaran masa

4 bualan
Pin It
Hari sudah petang, tanda burung akan pulang. Aku melihat jarum di jam tangan aku. Sudah lewat. Sepatutnya aku tiba awal ke seminar itu. Apakan daya, borang GRF yang aku hantar tahun lepas hilang dari kaunter penghantaran.

Beberapa hari lalu hati aku rasa tak sedap sahaja. Tak selesa selagi aku belum tahu borang GRF yang aku hantar dahulu diterima dan disahkan akan diproses. Aku telah hantar ia awal seminggu sebelum tarikh sebenar dibuka iaitu pada 20 Disember 2012.

Aku ikut kata kawan aku, "Wong, hang boleh ja hantar awai eh. Tak da masalah," dengan loghat Utaranya itu.

2 hari lagi tarikh GRF tutup untuk diproses. Hari Ahad? Ya Ahad. Kira hari Jumaat ini hari penutupnya.

Semalam aku pergi melawat minta agar pegawai di sana tolong semak borang aku. Katanya akan menelefon aku kembali selepas semak.

Sampai pagi tadi tiada apa panggilan dibuat. Terus, bagaimana perlu aku lakukan jika ia memang hilang?

Aku bergegas pergi semula ke kaunter SGS bahagian kewangan bangunan nun di atas bukit. Semput motorsikal aku menaiki bukit itu.

Terdapat dua bangunan SGS di atas bukit. Satu untuk pendaftaran dan satu lagi untuk kewangan. Bahagian kewangan mengambil alih fakulti Pertanian 2 yang dahulu. Sudah 3 semester fakuliti Pertanian berpindah sepenuhnya di nun di hujung jalan ke arah UniTen. Mereka gelar ia Agrobio.

"Assalamualaikum. Kak, saya pelajar semalam. Bagaimana dengan borang saya?"

"Maaf dik. Kak tak sempat nak semak."

"Ini saya sertakan salinan yang saya buat bukti saya hantar. 10 Disember tarikh penyelia saya tandangan."

"Hmmm. Kalau begitu, adik tunggu sebentar. Saya pergi semakkan sekarang juga."

Lima minit kemudian perempuan bertudung kuning itu datang semula ke kaunter.

"Adik, ini borang yang baru. Adik jumpa penyelia minta dia tolong copkan semula. Borang adik memang tiada dalam simpanan."

Aku kecewa. Sangkaan aku betul. Aku ambil borang kosong itu dan ucap terima kasih kepada kakak itu.

"Nanti petang saya datang."

Dia hanya menjalankan tugasnya. Lagipun aku masih ada masa untuk berjumpa dengan Dr. Husni untuk minta tandangan beliau.

---

Alhamdulillah aku ada menyimpan salinan kad pengenalan, transkrip akademik bacelor dan surat tawaran pasca-ijazah aku di dalam beg. Borang GRF telah pun mendapat cop penyelia. Syukur segalanya berjalan lancar.

Habis sahaja solat Jumaat, aku bergegas pergi ke bangunan SGS pagi tadi.

Sebenarnya aku ingin hadir satu seminar yang diadakan di fakulti kejuteraan. Ia percuma dan apa salahnya aku pergi? Boleh tambah ilmu. Namun, dek kerana hal ini, aku mungkin terlewat pergi.

Sambil menunggu giliran, aku hantar SMS kepada kawan aku bertanyakan keadaan di sana.

"Sudah penuh. Kamu tak datang pun tak apa."

Aku kecewa. Terlepas lah aku peluang mendapat ilmu. Nanti boleh sampaikan aku apa yang kamu dapat di sana?

"Insya-Allah boleh."

Lega. Ada sahabat yang dapat bantu aku.

Bagi aku, hal GRF ini patut diselesaikan dahulu. Sudah 6 bulan aku hidup tanpa sumber pendapatan tetap. Merana. Malu. Ya malu. Terpaksa menolak ajakan rakan-rakan berjimba-jimba di kedai makan mewah.

Hanya kedai makan jalanan sahaja aku mampu buat masa ini.

Kadang-kala aku sedapkan hati dengan memasak sendiri di rumah. Bagi aku itu lebih baik daripada aku kempunan. Hei, masakan saya sedap juga ya seperti Master Chef~

Sebelum ini aku cuba memohon RA, tapi tidak kesampaian hajat di hati untuk menjadi pembantu pensyarah lain.

Burung pun sudah pulang, tanda hari sudah petang.

Semoga, borang yang aku hantar ini diproses dengan betul. Agar, aku tidak merasa keperitan tanpa sumber tetap lagi. Ameen.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Sebenarnya, sementara awak dapat GRF... kamu boleh memohon menjadi RA atau GRA sekiranya ada pensyarah2 di fakulti kamu mempunyai geran penyelidikan. Saya percaya fakulti kamu, pensyarahnya ramai yang mendapat geran penyelidikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh. Saya ada ceritakan kisah itu di blog saya. Saya dah kemaskini entri ini. Kak boleh baca semula di perenggan kedua terakhir. Ia dapat menjawab cadangan kak itu.

      Padam
  2. oh ok saya dah faham mengapa... saya ingatkan supervisor kamu sudah ada geran penyelidikan atau kemungkinan dia adalah co-reseacher sesebuah projek penyelidikan dan boleh membantu menyerapkan kamu untuk sementara... tak mengapa la... inilah dinamakan dugaan ketika nak mendapatkan ilmu... biasalah tu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas nasihat kak itu. Memang menjadi mahasiswa master ni, yang penting motivasi. Jika tak, lihatlah, ada yang berhenti separuh jalan.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia