Bebaskan Syria - Kami bersamamu Syria

2 bualan
Pin It

Video ini mengisahkan penyeksaan dan perjuangan yang berlaku di Syria kini. Tidak ramai yang tahu dan tidak ramai yang kisah. Namun, di sebalik perjuangan mereka, tetap ada yang merintih berdoa agar pejuang Islam di sana menang.

Media Barat berat sebelah dalam mempamerkan kisah ini. Tambahan pula, seperti tiada ia dikisahkan pula di media-media umum Malaysia. Lihatlah, ada Utusan Melayu, Harakah, Sinar Harian, Suara Keadilan dan lain-lain memaparkan kisah ini, melainkan kisah aib musuh mereka? Astaghfirullah'azim.

Saya lihat ramai berkongsi di Facebook sahaja. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk turut kongsikan di blog ini agar video ini dapat dicapai oleh pembaca berbahasa Melayu melalui carian kata Google BM.

Semoga Allah membebaskan Syria dari kezaliman dan kebinatangan rejim Bashar al Assad. Dan mereka (rejim Bashar al Assad) jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Palestin.

nota: Rejim Bashar al Assad mendokong sepenuhnya Syiah. Lalu, di sini jelas bahawa Syiah mampu mengucar kacirkan umat Islam jika kita tidak bersatu menegah mereka berkembang di bumi Malaysia ini.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. betul...kita disini lebih fokuskan isu Israel dsn Palestin di Gaza semata-mata, sedangkan tindakan Syiah di Syria lagi teruk. Pelik jugak, media di Malaysia tak fokuskan mana pun isu di Syria, atau sy yg tak banyakkan pembacaan...suka hati keluar fatwa yg terangan 100% menyalhi syariat Islam..

    video ni sedih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari. Kita berdoa kejayaan buat pejuang Islam di Syria.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia