Isnin, 31 Disember 2012

10 Ringkasan Menjelang 2013



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Saya seperti blogger yang lain, ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua. Untuk entri tentang perancangan saya pada tahun 2013, lihat sini


Dapat saya ringkaskan:

  1. Saya mula buat blog pada tahun 2010. Ini atas cadangan teman sebilik saya yang mengatakan boleh kaya dengan blog. Katanya kakak dia dapat RM200/bulan dengan bercerita pasal memasak sahaja. Malangnya sehingga kini Nuffnang beri aku hanya RM5 sahaja. (Apa ke halnya!? = WTH!?)
  2. Membuat entri pertama panjang berjela tentang kehidupan saya. (telah luput ditelan zaman = revert to draft)
  3. Kekal 2 entri sahaja kerana tiada idea dan tidak tahu apa itu blog
  4. Mendapat 2 pengikut (followers) pada awal tahun 2011.
  5. Mula aktif berblog pada awal tahun 2011. Ini kerana terpengaruh dengan rakan yang mula aktif berblog.
  6. Telah menukar alamat dan nama blog beberapa kali
    i) Kerana nak cari identiti
    i
    i) Dikhianati rakan (bocor rahsia saya mengata orang di blog. Erk!?)
    iii) Ingin tukar selera sepenuhnya ke bahasa Melayu tinggi
  7. Mula mengenali istilah jalan-jalan blog (blogwalking) apabila aktif berblog 2011. Berkenalan dengan pelbagai jenis blogger. Ada yang tegar (core), ada yang lembut (soft) dan ada yang sekadar membalas jalan-jalan blog. Nak dijadikan kisah kerana mood saya tak baik ketika itu, saya kritik orang yang jalan-jalan itu di entri saya...  (telah luput ditelan zaman = revert to draft)
  8. Menjadi editor bebas di Wikipedia Bahasa Melayu bermula penghujung 2011. Rupanya Wikipedia tidak seperti apa yang saya sangka. Ia diselia oleh para sukarelawan. Memarahi maklumat tidak lengkap di WBM umpama memarahi diri sendiri yang bodoh tidak menyumbang bersama.
  9. Mendapat idea guna istilah 'travelog' setelah membaca buku 'Travelog Haji'. Kemudian gabungkan ia dengan nama jurusan saya semasa itu. Walah! Terhasillah 'Travelog Hort'. Entri pertama untuk blog Travelog Hort adalah tentang Floria.
  10. Mencapai jumlah pengikut sebanyak 163 (kiraan hari ini)


Pandangan keras saya terhadap akhbar tempatan


Pepatah Inggeris menngatakan minda hebat bincang idea; minda biasa bincang acara; minda kerdil bincang manusia. Ini benar apabila saya membaca akhbar-akhbar tempatan kita.


Kebelakangan ini kerap kali saya pergi ke perpustakaan UPM (PSAS) meluangkan masa saya membelek akhbar tempatan. Ada beberapa akhbar tempatan yang bagus dan ada juga yang tak bagus.

Pada hari ini, saya dapati untuk maklumat menarik, saya bagi 4/5 untuk Utusan Melayu dan News Straits Times.



Jom Umrah bersama Pak Latip


Saya ada terfikir untuk sertai pertandingan ini. Jika ada rezeki, dapatlah melihat rumah Allah nanti. Ameen.

Ada la 2-3 buku novel sejarah Islam di rak perpustakaan mini saya. Rasanya saya kena cuba cari kawan-kawan yang ada untuk dipinjam sekejap. Buat gambar sahaja untuk dihantar ke pertandingan ini. Erk?


Ahad, 30 Disember 2012

Kenali Budaya Arab dengan Buku Masakan


Saya menonton video ini dan tertarik bagaimana pengarang, juga cef, May Bsisu memperkenalkan makanan Arab kepada dunia Amerika.

Tujuan utama beliau menulis buku ini adalah khas untuk anak-anak lelakinya. Ia agar tradisi yang beliau warisi akan kekal sampai ke generasi kemudiannya.

Buku resipi ini disaluti dengan pelbagai kisah hidup Bsisu berkaitan dengan setiap resipi yang beliau tuliskan.

Menurut pengacara video ini, ia bagaikan membaca buku seorang duta Arab yang memperkenalkan makanan Arab.

Siapa sangka makanan pun boleh menjadi duta budaya kepada sesuatu bangsa?


Definasi blog untuk blogger tegar

Selepas melakukan beberapa pembacaan, barulah saya tahu bahawa blog yang terbaik adalah blog yang mempunyai purata entri di antara 300 hingga 500 patah perkataan sahaja.

Ia satu penemuan yang baru bagi saya. Sebelum ini saya ingatkan untuk menjadi seorang blogger terkenal, hanya perlu ada isi di dalam penulisan. Jumlah patah perkataan pula mestilah berjela.

Rupanya tidak. Serahkan panjang berjela pada blog berita atau rencana penuh.

Kenapa tidak boleh kurang 300 pp? Mengikut bacaan saya, Google lebih suka entri blog 300 pp ke atas. Ia akan menyaring blog yang mempunyai 300 pp ke atas sebagai keutamaan untuk muncul di enjin carian mereka. Ini bagi mengelakkan blog yang hanya mementingkan jumlah kunjungan dan bukannya isi kandungan.

Blog saya dahulu Izham Wong dicuri oleh seorang hacker siapa entah. Cait. Memburukkan nama saya sahaja.



Sabtu, 29 Disember 2012

Serangan jemaah tabliq

"Saya tak berapa suka dengan sikap segelintir jemaah tabliq," kata pak Haji. "Baru dua tiga hari lepas mereka ada datang berziarah di surau Persint 15-12A. Tak hormat langsung jemaah di sekitar itu. Biarlah habis solat sunat dahulu barulah sampaikan tazkirah. Ikut budaya dan adat sinilah."

Aku hanya mendengar sahaja. Baru kejap tadi selesai satu ceramah agama di surau Persint 15-12B. Selepas solat Isyak berjemaah ada sedikit jamuan ringkas. Aku yang hanya datang untuk solat berjemaah turut dijemput sama makan.

"Marilah. Raikan jamuan yang ada. Tak elok tolak rezeki," jemput pak Haji.

Aku teragak pada awalnya untuk hadir. Yelah. Sudahlah aku tidak datang dengar kuliah maghrib, inikan pula nak bertandang makan. Tapi demi tidak menghampakan jemputan pak Haji, aku turut serta sahaja.

"Yang saya pelik juga, mereka ini nak kita dengar ceramah mereka tapi tak la h pula nak dengar ceramah kita," kata ustaz Mat, penceramah jemputan.

"Mereka ini bagus juga. Jika datang berziarah, setiap daripada jemaah itu boleh beri tazkirah. Tak perlu kitab."

"Mereka guna kitab fadhilat Amal. Penulisnya dari India..."


Budaya orang Melayu



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Kuarters tempat saya tinggal bersebelahan sahaja dengan surau. Mudah untuk saya mendengar azan kala masuknya waktu solat. Surau ini diselanggara oleh jemaah yang tinggal di Persint ini.

Saya lihat budaya Melayu masih berakar kuat di surau ini. Ceramah-ceramah yang diadakan di surau ini jelas boleh didengar sekitar kuarters. Ia mungkin satu kesalahan kerana bagi orang yang tidak faham budaya Melayu akan mengatakan ceramah itu sebagai satu gangguan ketenteraman awam.

Alhamdulillah. Saya bersyukur orang sekeliling memahami. Walaupun jemaah di surau ini tidaklah mencecah dua saf, sifat hormat akan surau masih ada di dalam diri setiap penduduk di sini.


Perancangan selepas 'kiamat'


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sebab kenapa kaum Maya kata 2012 kiamat.
Ada yang kata tahun 2012 adalah hari kiamat. Lalu, terciptalah filem 2012 mengisahkan bagaimana jika 2012 kiamat. Kenapa mereka katakan 2012 kiamat? Ini semua bermula dengan penemuan batu bersejarah kaum Maya, kaum yang telah lenyap di buka bumi ini.

Mereka mengukir ramalan-ramalan hebat di dunia. Hampir semua ramalan mereka dikatakan bertepatan dengan apa yang telah berlaku di dunia ini. Peristiwa 9 September 2001 sebenarnya telah mereka ramalkan di atas batu bersurat mereka.

Jika hari Kiamat kaum Maya telah terlepas, apa yang perlu kita buat? Tahun 2013 semakin hampir. 3 hari sahaja sebelum gemerlapan mercun api tahun baru bersemarak di dataran merdeka nanti.


Berbahasa Inggeris terbaik?

"Awak kena baca membaca. Jangan malas," tegur penyelia projek aku. "Inilah pelajar Melayu sekarang. Lemah BI. Tak da passion langsung untuk membaca.... awak tahu passion itu apa?"

Erk. Aku diam sebentar. Tahu. minat atau keghairahan. Bergantung kepada ayat. Tapi saya diam sahaja.

"Itulah. Susah. Kita tahu pelajar kita lemah BI. Nak bantu pun susah. Aish..."

Oh. Rupanya penyelia saya mengatakan saya kurang baca BI. Alamak! Sebenarnya Dr., saya memang minat baca BI tetapi kurang latihan menulis sahaja. Mungkin cakap dalam BI pun agak tergagap-gagap. Mana la saya tahu bahasa komunikasi BI. Yang saya tahu Manglish sahajalah.



Jumaat, 28 Disember 2012

Pembentangan dari serata dunia

Pagi dan petang tadi saya luangkan masa untuk mendengar pembentangan seminar pelajar ijazah dan kedoktoran di fakulti saya.

Saya baru sahaja tahu ada seminar pembentangan semalam. Itupun apabila penyelia saya hubungi saya dan suruh saya datang seminar hari ini. Beliau tanya kenapa semalam saya tak datang. Saya terkejut. Saya tak tahupun ada seminar pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Nasib baiklah saya tidak tercalon untuk sesi semester ini. Objektif utama penyelia saya adalah untuk saya memahami apakah itu gelaran ijazah sebenar. Lihat projek orang lain. Dapatkan ilham bagaimana hendak menulis kaedah terbaik. Bukan hentam kromo sahaja.

Baiklah.


Khamis, 27 Disember 2012

Akhi, sebenarnya engkau Merdeka!


Pilu saya mendengar lagu ini (dengan terjemahan lirik pastinya).
Sinar perjuangan umat Islam tidak akan padam.
Ia akan terus menyala kerana ada orang yang sanggup
memegang bara ini.


Rabu, 26 Disember 2012

Serangan bahasa K-Pop

"Man, cuba kau teka apa maksud Johm?"

"Cuba bagi klu sikit."

"Aku terang dalam BI eak. I want you to go with me, johm..."

"Apa benda kau merepek ni?" celah seorang gadis.

"Please le. Johm bukan jom tapi please. Aiseh."

"Aishiteru, bahasa Korea kan?"

"Jepun deee. Wo ai ni?"

"Er...."

"Macam mana nak jadi orang Cina ni?"

tergelak tiga orang remaja di hadapan aku. Tertera di atas rak buku itu "Language and Reference". Pastinya remaja-remaja ini meminati K-Pop. Kalau tidak, manakan masuk gurauan Asia itu.

Aku pula sedang ralit membaca buku tentang cara menulis terbaik. Sungguh banyak buku yang ada tapi sungguh sikit duit di kocek aku ini.

Buku bhasa telah tidak mendapat tempat di hati saya ini. Dahulu, mungkinlah. Setelah mengambil kelas bahasa Mandarin sehingga level 3, barulah saya sedar untuk belajar bahasa ini perlu ada guru. Ia sama ada guru betul atau rakan sebagai guru.

Semasa saya mengambil kelas bahasa Mandarin, ada juga saya cuba jadikan rakan-rakan Cina saya sebagai guru. Cuma peningkatan itu sedikit sahaja. Ini kerana salah saya sendiri. Terlalu sibuk apa entah.

Apapun, saya masih ingat akan sebutan untuk bahasa Mandarin asas. Laoshi (cikgu) Ng semestinya mengajar dengan bersungguh-sungguh. Takkan saya nak membalas jasa sungguhan ajarannya itu dengan melupakan apa yang telah saya belajar?


Selasa, 25 Disember 2012

Situasi tegang - antara salahnya atau bukan?


"Opocot mak kau!" jerit seorang ibu di dalam sebuah kereta Exora. Terus dia memegang badan seorang anak kecil bersebelahannya.

Seorang budak lelaki berumur lingkungan darjah 2 tercengang di pintu kereta. Dia baru sahaja membuka pintu kereta. Tiba-tiba adik perempuannya yang menyandar dari dalam pintu itu hampir sahaja ingin tersembam ke tanah.

"Along! Apa yang kamu dah buat ni!?" jerit bapa yang berada di kerusi pemandu.

Budak itu tercengang. Dia baru sahaja membeli barang yang dipesan oleh ayahnya tadi. Kini dimarahinya pula.

"Apa? Mana Along tau. Along buka je dah adik nak jatuh!" bentak Along cuba mempertahankan diri.

"Lain kali ketuk dulu pintu. Jangan main buka aje..." sambung bapa budak itu. Nadanya marah seperti kesalahan besar Along telah lakukan.

Along bergegas masuk ke dalam kereta. Aku hanya memerhatikan sahaja di luar ini. Jarak aku dengan kereta itu hanyalah 5 meter. Aku dapat melihat situasi tegang di dalam kereta Exora itu sebelum ia beredar pergi.

Terfikir pula saya, salah siapa ya? Orang di dalam atau budak itu?


Isnin, 24 Disember 2012

Perubahan drastik design blog


Alhamdulillah. Akhirnya saya menukar jua templat blog saya ini. Sekarang dalam proses pengubahsuaian untuk menepati cita rasa saya. Heh. Sukanya!

Sebenarnya sebelum ini saya sangat takut untuk menukar templat blog. Yelah. Saya ini cuma tahu menaip sahaja di blog. Gunakan sahaja templat yang sedia ada. Malas nak fikirkan benda lain.

Cuma apabila saya telah diberi tugasa untuk mengendalikan satu blog dan perlu mengubahsuainya, saya akhirnya sedikit demi sedikit berani mencuba. Alhamdulillah, diizinkan Allah saya dapat berjumpa dengan orang yang juga seperti saya. Iaitu orang yang belajar ubah blog dengan kaedah cuba-cuba.

Memanglah kami ini bukan orang IT Web, tapi tak salah kalau kami mencuba.

Saya lihat web browser yang paling mesra untuk saya ubah templat ialah Google Chrome. Setakat ini Firefox seperti mengalihkan saya daripada melakukan perkara yang sepatutnya saya buat apabila mereka bentuk blog.

Bagaimana pula pandangan pembaca tentang templat blog baru saya ini? Tinggalkan komen anda di bawah. Insya-Allah perbincangan ini pasti mendatangkan manfaat buat kita semua.


Sabtu, 22 Disember 2012

Ahli Wikipedia Malaysia, juga ahli botani


Seorang ahli Wikipedia berasal dari Malaysia. Menarik untuk mendengar sebab kenapa dia menyumbang di Wikipedia.


Facebook, pasar alaf baru


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bagi saya pasar alaf baru kini adalah Facebook. Terlalu bising dengan perkongsian sehinggakan ia sesak tidak terkawal.

Betul seperti apa yang saya baca. Dunia teknologi maklumat disama ertikan dengan dunia gangguan. Terlalu banyak gangguan tatkala ledakan informasi berpusing di sekitar kita.

Mungkin Facebook ada baiknya, tapi jika tak dikawal secara bermanfaat pasti buruk lebihnya. Ini berbeza pula dengan arak. Buruknya melebih baiknya pula.

Saya membuat beberapa kajian dan mendapati apabila saya skrol di newsfeeds Facebook, pasti saya akan berasa 1001 macam perasaan. Sedih, muak, marah, gembira dan tergelak pun ada dengan perkongsian rakan-rakan FB.

Jika saya skrol lama pula, perasaan itu lama kelamaan membawa kepada kekosongan yang tiada henti. Eh!? Betul! Saya tak menolak bahana FB berlaku ke atas diri saya ini.

Perkara yang perlu saya buat adalah mengawal aktiviti saya berFB. Jika lambat, saya mungkin akan terjebak dalam kegiatan tidak bermoral ini (membuang masa le). Bagaimanakah caranya saya ingin mencapai kejayaan sebagai seorang penulis jika masa saya banyak terbuang di wajah buku berbanding terluang di buku sebenar di rak-rak perpustakaan peribadi saya?


Jumaat, 21 Disember 2012

Melakar hari dengan indahnya


Saya mula hendak berjinak-jinak dengan peta minda. Dengarnya ia mampu meningkatkan daya kreativiti dan minda seseorang jika ia diamalkan selalu.

Saya pun suka melukis dan mewarna. Bolehlah saya praktikkan teknik peta minda ini dalam kehidupan saya.


Khamis, 20 Disember 2012

Mak Tam vs. Pak Anim


Baru-baru ini seorang sahabat saya berkongsi satu blog tentang pertanian kepada saya. Pewaris blog terebut, Mak Tam namanya, cukup pandai bercerita. Tertarik untuk saya terus leka membaca dan membelek setiap postnya. Pandai juga Mak Tam guna blog, fikir saya.

Ini sungguh berbeza dengan satu lagi laman pertanian yang dulu saya fikir berkualiti. Blog en. Anim telah lama saya tinggalkan untuk dibaca atau dibelek sejak ia dimasuki virus malware. Saya sudah komen di blog dia, tetapi tiada respon mahupun tindakan.

Sebagai orang Jabatan pertanian, saya lihat kedua-duanya mempunyai cara yang sungguh berlainan dalam menyampaikan maklumat. Apa yang menarik lagi, blog Mak Tam mempunyai maklumat berguna tentang pertanian. Mak Tam dengan baik hati menyatakan sumber rujukan beliau pada setiap postnya. Ini berbeza dengan en. Anim yang bagi saya agak kedekut untuk berkongsi mana sumber dia dapat.


Rabu, 19 Disember 2012

Murahnya harga ikan


Montel memandang aku dengan muka comelnya itu. Aku hanya tersenyum sambil berlalu ke kabinet makanan.

"Aku tahu Montel nak makan kan? Kejap yea Ayie ambilkan makanan," kata aku kepadanya.

"Meow, meow," jawab Montel seperti mengiyakan apa yang aku katakan.

Alamak, nampaknya kotak Frieskies sudah habis. Bagaimana ni? Fikir aku. Aku lihat Montel.

Ia tersenyum riang melihat aku mengeluarkan kotak berwarna unggu yang mempunyai gambar saudaranya.

Tak apalah. Aku korbankan seekor ikan di dalam peti ais.

"Nah," hulur aku sebuah pinggan berwarna oren di hadapan Montel. Terus ia meletakkan mulutnya pada ikan itu. Lapar sungguh nampaknya kucing baka Siam ini.

Sambil melihat ia makan, teringat aku akan kisah semasa aku membeli ikan-ikan di pasar pagi tadi.

"Eh murahnya ikan ini," kata seorang makcik bersama rakannya.

"Yelah, mari kita ambil banyak," belek rakannya pula. "Nanti boleh buat makan kucing kita."

Aku tergamam. Setelah memilih beberapa ikan untuk dimasak pada 3 hari ini, aku berlalu pergi dengan perasaan takjub di hati. Selama ini aku selalu beli ikan-ikan termenung ini. Rupanya ia digredkan sebagai makanan kucing sahaja buat mereka. Huh!?

Sungguh mewah kucing mereka. Kucing di rumah aku hanya aku berikan makanan kering cap Frieskies atau yang lebih murah. Sayang aku nak beri ikan buat mereka makan.

Sekarang, aku pula memberi makan ikan untuk kucing aku.

Montel menjilat licin pinggan di hadapannya. "Meow, meow," gesek kepala ia di kaki aku.

Aku hulurkan tangan aku mengusap belakangnya.

"Sudah kenyang ya? Jom jalan-jalan. Nanti perut buncit kalau duduk sini je," aku angkat Montel dan membawanya keluar rumah.

Hari ini cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sesuai untuk aku bermain dengan kucing kesayangan aku hari ini.


Isnin, 17 Disember 2012

CIMB penyelamat saya


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Setelah lama berfikir, saya tetap ingin jual duit 100 USD yang ada di tangan kepada ringgit Malaysia. Kali ini saya mencuba pula di bank tempatan iaitu di bank CIMB UPM.

Pada awalnya rasa cuak juga apabila si kerani bertanya kenapa tak ditukar sahaja di pengurup wang (money changer). Mereka akan beli lagi mahal. Saya hanya senyum dan jawab "malas dan jauh".

Yelah tu. Saya takut nanti mereka tolak sama seperti pengurup wang di Persint 15 ini.

Sudahlah kedai pengurup wang berdekatan bukan mudah dijumpai sini. Memang lah boleh cari di pusat beli belah, tapi saya ni agak malas sekarang nak pergi ke sana. Lagipun MINES itu bukan lah dekat dengan Putrajaya. Hampir 20 minit perjalanan dari UPM ke sana.

"Tak mengapalah. CIMB beli berapa?" tanya saya.


Ahad, 16 Disember 2012

Hilangnya nilai sehelai 100 dollar Amerika


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Saya parkir motorsikal saya di hadapan sebuah kedai pengurup wang di Persint 15 Diplomatik. Itu sahajalah kedai pengurup wang yang saya tahu ada di Putrajaya ini. Lagipun berdekatan dengan rumah saya.

Di dalam dompet cokelat saya ini terdapat beberapa helai not duit luar negara. 100 dan 500 dollar Taiwan dan 100 dollar Amerika. Sudah dua tahun ia berkepuk di dalam beg dompet saya. Sayang untuk saya tunaikan ia kepada duit Malaysia tetapi keadaan mendesak. Saya perlukan wang negara sendiri untuk meneruskan hidup ini. Sebelum ini saya fikir untuk dibuat kenangan, tetapi bukanlah buat masa sekarang.

Saya mengambil keputusan untuk tukar pada hujung minggu kerana dengar katanya harga jualan not luar negara naik sedikit berbanding hari minggu. Kebenaran ini tidaklah saya tahu. Hanya mendengar khabar daripada orang sekeliling.

Sebaik sahaja sampai ke kaunter, saya lihat seorang pakcik beruban, muka seakan kaum India, saya fikir dia seorang mamak tunggu melihat saya. Saya tak terus bertanya kepadanya harga not yang akan dia beli. Saya lihat papan elektronik di belakangnya.

Ternyata harga USD jatuh 0.5 sejak 2 tahun lalu. Kalau ditukar sekarang, saya sudah kerugian RM50. Tapi apakan daya, saya tak fikir harga USD akan naik dalam tempoh terdekat ini.

Saya serahkan 3 helai not luar negara tersebut kepada pakcik itu. Dia ambil perlahan dan memeriksa ketiga-tiga wang not itu seperti seorang tukang belian memeriksa beliannya. Aish. Tukar sahajalah. Apa nak belek-belek, desus hati saya.

"Ini wang saya tak mahu beli," kata dia sambil mengembalikan not 500 dollar Taiwan dan 100 dollar Amerika. Saya terkejut.


Sabtu, 15 Disember 2012

Kudrat si tua buat generasi ini


Saya tertarik dengan satu berita bertajuk 'Penghargaan cinta botani Engkik' yang dikongsikan bersama seseorang di laman Facebook. Ia tentang seorang ahli botani yang pada asalnya bukanlah peminat botani.


Namun, setelah beliau makin lama makin dipaksa dengan cara pembelajaran botani di sebuah kolej pertanian, akhirnya dengan secara tidak langsung beliau jatuh cinta kepada alam sekeliling ini. Tumbuhan telah menjadi teman rapat buatnya setelah itu.

Kini, beliau dengan bangga ingin menerbitkan buku khas dari Malaysia oleh rakyat Malaysia. Aku sangat setuju dengan pandangan beliau. Walaupun usaha ini memakan masa, tetapi ini melibatkan soal maruah. Malulah jika penemuan dan rekod tumbuhan herba di Malaysia dicatat oleh orang luar (foreigner).

Apakah kita tiada tenaga pakar untuk menghasilkan buku 'made in Malaysia'? Oh oh ini sungguh menaikkan semangat saya untuk turut serta menyumbang perkara baik dan berkualiti buat ummah.

Contoh terbaik adalah buku perkebunan atau berkebun atau kebun (entah la. Aku pun masih keliru nak guna istilah apa untuk gardening?). Kelibat buku-buku tempatan masih kurang. Saya akui mungkin kerana kita kekurangan penulis (atau pembaca?) dalam bidang hortikultur dan perkebunan ini. Dan saya sokong akan usaha blogger, En. Iskandar, dalam membukukan penulisannya buat bacaan umum.

Semoga lebih ramai penulis Malaysia bangkit menulis benda berkualiti selain daripada novel-novel Melayu asyik (auch!).


Jumaat, 14 Disember 2012

Seorang penulis juga memerlukan kumpulan motivasi


"Aku lihat kau ni tak habis habis bercerita tentang menulis. Apa karya yang telah kau hasilkan dan diterbitkan selain menulis di Wikipedia?" tegur seorang kawan saya.

Saya hanya senyum tawar di hadapannya sambil menyuap nasi berserta lauk ke mulut saya. Saya kunyah perlahan makanan yang ada di dalam mulut ini. Cuba berfikir apakah jawapan terbaik yang boleh saya berikan kepada dia.

Kami baru sahaja beredar dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat. Singgah sebentar di kedai makan Padang. Ramai sungguh orang yang datang ke kedai Kak Ema kali ini. Saya bernasib baik sempat mengambil ulam pegaga buat lauk sayur saya pada kali ini. Selalunya ia habis apabila saya sampai di kedai makan Kak Ema.


Khamis, 13 Disember 2012

Tampalan iklan karut cikgu tuisyen


"Nanti saya call en. Wong semula jika en. Wong layak. Buat masa sekarang saya masukkan nama en. Wong dalam senarai dahulu," kata suara di sebalik telefon itu.

Saya matikan panggilan dengan ucapan terima kasih. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena melalui perbualan yang telah berlangsung sekejap tadi. Satu perkara yang dapat saya kaitkan dengan pengalaman lepas saya.

Ini semua bermula apabila saya singgah sebentar di Masjid UPM untuk menunaikan solat Asar. Ketika meletakkan motorsikal saya di parkir motorsikal, saya terlihat akan satu kertas iklan melekat di papan tanda parkir.


Saya tertarik untuk mencuba. Perasaan ingin tahu ini membuak-buak di hati untuk membongkar kenapa dan siapakah si petualang di sebalik iklan ini? Sudah la tampal pada bukan tempatnya. Tiada adab sungguh! (saya benci SPAM) Sebelum orang lain terkena, lebih baik saya cari penjelasan daripada si petualang ini.

Saya mendial nombor yang tertera di kertas iklan itu.


Subjek bertukar peringkat


Kadang-kala saya tertanya kenapa la saya perlu ambil lagi kelas peringkat ijazah walhal saya ini sudah masuk ke peringkat pasca-ijazah (master)? Hmmm. Mungkin ada hikmah segalanya untuk ini.

Pada semester ini saya mengambil 2 kelas yang ada persamaan dan juga perbezaan. 1 kelas 'Perubahan Iklim dan Pertanian' dan satu lagi 'Fizik Tanah'.

Sememangnya ia ada kaitan tetapi tidak begitu dekat. Setelah 13 minggu (tolak 2 minggu awal saya ponteng. erk) saya dapati kelas 'Perubahan Iklim dan Pertanian' membuka luas mata saya terhadap perubahan iklim dunia. Ia satu subjek yang menerangkan bahawa disamping kita membuka tanah untuk pertanian, kita juga perlu fikir akan kesannya kepada dunia.

Malaysia memang mempunyai 50% hutan lagi berbanding orang Puteh 35% tetapi ketahuilah Malaysia memegang 10% populasi hutan dunia berbanding mereka 3%. Banyak beza tu! Bak kata pensyarah saya, kita bagaikan menikam diri sendiri jika ingin mengurankan hutan kita sama seperti orang Puteh. Ia satu perkara yang sangat dasyat!

Bayangkan kita kerugian pelbagai jenis biodiversiti kehidupan. Jika kita betul meneroka hutan kita (berjalan kaki dan bukannya dengan lori balak), pastinya kita mungkin boleh mengetuai dunia dalam industri herba dan kesihatan. Haiwan eksotik juga boleh dikomersilkan (ok ini pastinya kena terkawal) melalui pelancongan. Tangkap seekor landak kecil eksotik dan kurungnya untuk tontonan ramai.

Saya juga beruntung kerana dapat berkenalan dengan junior-junior sefakulti dengan saya. Terasa seperti saya seorang pelajar ijazah lagi. Dengan projek saya yang masih dalam 'perjalanan' dan berbagai lagi masalah yang kian tidak melanda. Huh!?

Apapun, saya kena target A untuk subjek-subjek ini agar ia tidak menjatuhkan gred master saya. Susah lah saya nanti jika ingin sambung ke peringkat lebih tinggi dengan gred yang rendah. Huh!?


Rabu, 12 Disember 2012

Laman web terbaik buat lepasan SPM


Saya terjumpa satu laman web bertajuk afterschool sesuai untuk para graduan sekolah menengah (SPM le tu). Terfikir untuk berkongsi bersama buat para pelajar lepasan SPM. Maklumat dan berita yang disediakan juga terkini dan informatif.

Bagus juga ya untuk mereka yang masih tercari-cari hala tuju ke mana perlu pergi selepas habis sekolah. Kalau saya dahulu, kaunselor sekolah sahajalah tempat bertanya. Al-maklumlah sekolah saya kategori luar bandar. Saya pun tak terdidik dengan Lebai Google lagi.

Budak sekarang untung la. Terutama yang tinggal di bandar. Dapat guna Facebook dan baca tentang info ini di page [X-Presi], satu page FB khas untuk budak lepasan SPM.

Harap ia berguna untuk semua.


Menghidupkan kembali buku merah



"bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


.....

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

...." - Pacu laju-laju

Buku merah. Ia satu benda wajib apabila seorang rakyat Malaysia untuk menjejak kaki luar dari lingkungan sempadan Malaysia.

2 tahun lepas saya pertama kali membuat satu buku merah untuk saya pergi ke sebuah negara pulau Oriental. 2 tahun itu sudah berlalu. Kini tiba masanya untuk saya menghidupkan kembali buku merah itu.

Entah kenapa kenangan lalu menyusup masuk ke dalam minda saya kembali. Saya teringat pertama kali saya membuat buku merah itu di Persint 15 Putrajaya ditemani oleh adik saya.

Saya tidak tahu kenapa rakan saya, Chung, boleh memilih saya sebagai salah seorang rakan yang menyertai ekspedisi 2 minggu ke Taiwan. Apa yang pasti, ia satu rezeki yang telah Allah tentukan buat saya. Alhamdulillah.


Selasa, 11 Disember 2012

Pengaruh bahasa yang hebat


Saya amat berminat mempelajari bahasa ketiga buat diri saya ini iaitu bahasa Mandarin. Entah kenapa bahasa Mandarin hampir sebati dengan diri saya (ye ye jek). Heh.

Ketika kecil dahulu kakak saya cukup suka menonton drama-drama Hong Kong di TV3. Ini turut mempengaruhi saya untuk turut tonton bersama. Setiap hari minggu pada pukul 6 petang wajib untuk saya duduk di hadapan TV menunggu untuk menonton drama Hong Kong.

Pada awalnya saya tidak memahami apakah bezanya bahasa yang mereka tuturkan antara bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin. Setelah mengambil beberapa kelas bahasa Mandarin baru lah saya mengerti. Rupanya bahasa-bahasa orang Cina ni juga berpecah kepada beberap sub-bahasa. Bahasa Kantonis adalah antara bahasa dialek yang popular digunakan di Hong Kong. Manakala di Taiwan pula bahasa Hokein. Yang pasti mereka menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa baku mereka.

Kini saya tahu Jackie Chan berbicara bahasa Kantonis dalam hampir semua drama lakonannya.

Apa yang menariknya, bahasa Mandarin mempunyai nada yang dikelas kepada 4 nada. Ia lebih senang berbanding bahasa Kantonis yang mempunyai 7 nada!

Pengaruh bahasa Mandarin cukup kuat di stesen-stesen TV tempatan apabila banyak lambakan drama Mandarin disiarkan. Drama Korea juga tidak terkecuali dialih bahasa Mandarin. Saya pernah terpercaya 100%  drama 'Jewel In The Palace' adalah drama dari China! Mana taknya dengan peralihan bahasa yang cukup baik selari dengan mulut dan muka-muka pelakon mereka sepet sama sahaja seperti pelakon China. Oh ia sungguh mengelirukan saya.

Saya mula tahu ia drama Korea apabila saya terlihat pelakon heroin mereka beraksi dalam sebuah 'variety show' acara masakan. Eh!? Bukankah itu pelakon dari China itu? Kenapa boleh pula masuk dalam 'variety show' Korea? Pandai cakap Korea lagi tu.

Al-maklum la, zaman itu saya tidak tahu lagi guna Google. Hmmm...


Domain dan Host, istilah baru buat saya


Sebelum ini saya langsung tidak faham apa itu domain dan apa itu host. Saya cuba elok sepenuhnya untuk faham istilah-istilah pelik ni lalu saya hanya kekal dengan Blogspot sahaja sebagai medium berblogging saya.

Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah entah kenapa saya tergerak untuk memahami semua istilah tersebut selepas tergerak untuk mendaftar domain dot my secara percuma.

Domain

Apa yang saya faham, ia adalah nama untuk alamat blog kita. Contohnya traveloghort.blogspot.com atau traveloghort.com

Terdapat domain percuma dan berbayar. Domain percuma kesannya kita terpaksa guna nama pemberi domain percuma tersebut di belakang alamat blog kita. Contohnya .blogspot.com, .wordpress.com, dan .tumblr.com

Kalau domain berbayar pula, kita boleh terus guna nama yang kita nak dengan pengakhiran berlainan seperti

traveloghort.com
travelog.my
travelog.com.my

Untuk domain berbayar, apakah yang paling sesuai?
Berdasarkan kajian saya .com dan .com.my kerana harganya murah (ini boleh rujuk penyedia perkhidmatan domain berbayar). Manakala .my lebih mahal. Kelebihan .my adalah carian google.com.my akan lebih suka paparkan blog kita kerana ada .my.

Host

Host pula tempat di mana data blog kita di simpan dan diakses. Ada yang berbayar dan percuma.

Setelah membuat beberapa kajian, saya dapati host percuma yang terbaik adalah Blogspot buat yang suka percuma. Antara kelebihannya yang paling saya suka adalah boleh ubah suai templat melalui kod HTML untuk blog. Ini tidak seperti Wordpress.com dengan pengguna tertakluk kepada templat yang ada sahaja.

 Tumblr pula lebih kepada photobloggin dan microblogging walaupun ia sama seperti Blogspot.

Host berbayar pula terdapat banyak di Malaysia. Contohnya netKL, dataKL, KLserver, dan serverfreak. Setiap syarikat menawarkan beberapa pakej yang mampu dimiliki.

Jadi, kita boleh buat domain berbayar dan host percuma, domain dan host percuma atau domain dan host berbayar.

Untuk blogger baru, saya rasa lebih elok cuba domain dan host percuma. Kemudian apabila sudah biasa dengan berblog, upgrade kepada domain berbayar dan host percuma. Apabila sudah dapat duit lebih, tukar pula kepada semuanya berbayar. Saya lihat hanya RM100 sahaja untuk setahun. Ia seperti bayar topup RM~10 per bulan.

Kelebihannya pun banyak apabila kita guna domain sendiri seperti dapat meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger dan menarik pengiklan di blog kita.

Saya sekarang masih buat survey sebelum melancarkan blog terbaru saya. =)



Isnin, 10 Disember 2012

Beraneka idea muncul hanya kerana domain


Ia agak sukar untuk saya tetapkan nama bagi blog baru saya nanti. Saya rasa lebih elok saya menggunakan nama pendek saya sebagai nama domain blog saya. Ia lebih mudah. Sambil itu saya juga boleh mempromosikan nama dan diri saya.

Ia sama seperti para blogger lain. Atau lebih tepat lagi para blogger yang terkenal. Mereka kebanyakannya menggunakan nama sendiri terutamanya para penulis yang telah berjaya menghasilkan buku mereka di rak-rak buku. Blog mereka tertera jelas nama mereka berbanding nama yang merepek.

Namun, ada juga penulis yang tidak menggunakan nama mereka sebagai domain. Saya lihat ini banyak diguna pakai oleh orang Puteh. Mereka agak kreatif dalam memberi nama blog berserta tema mereka yang beritma. Sungguh menarik jiwa untuk saya baca.

Kebanyakan blogger luar negara saya lihat menggunakan platform Wordpress. Ini berbeza dengan blogger tempatan yang saya lihat lebih banyak menggunakan platform Blogspot.

Berdasarkan kajian saya, blogspot lebih bebas rekaannya tetapi untuk panel penggunaan, Wordpress paling berkuasa. Ini saya tak nafikan apabila Wordpress lebih banyak pilihan berbanding blogspot apabila menulis.

Sekarang ini saya masih berfikir host percuma manakah yang patut saya gunakan. Blogspot atau Wordpress?


Ahad, 9 Disember 2012

Merangkak ke arah menjadi penulis bebas


Yup. Itulah impian yang telah saya tetapkan pada tahun 2013 nanti. Saya ingin menjadi seorang penulis bebas (freelance writer) berkualiti yang mampu menyampai idea-idea saya kepada orang ramai. Saya mahu idea saya dapat diguna pakai oleh semua peringkat lapis masyarakat daripada orang biasa sehinggalah profesional.

Kerana itu, saya akan cipta satu blog khas untuk saya latih diri saya menulis artikel-artikel bebas.

Kenapa saya suka menulis? Jawapnnya mudah sahaja - kerana saya suka membaca.

Entah kenapa saya pasti sungguh teruja tiap kali membaca karangan rencana yang berkualiti sama ada ia di dalam bahasa ibunda saya mahupun bahasa kedua saya. Saya berazam untuk menulis sebaik rencana yang saya baca itu.


Sabtu, 8 Disember 2012

Melawan serangan gigitan serigala besar


Hah! Sudah habispun saya berjalan-jalan di serangan serigala kali ini (Big Bad Wolf). Sudah tiba masanya untuk saya buat ulasan pula. Saya juga tak nak terlepas berita ini sementara ia masih hangat! Tambahan pula rakan saya sudah buat entri terkini di blognya.

Buat penggemar buku seperti saya, hari pertama adalah hari terpenting berbanding hari-hari lain. Ini kerana buku-buku terbaik hanya ada pada hari pertama.

Ia bermula pada 7.10 pagi semalam. Saya dengan gigihnya bertolak dari rumah saya di Persint 15 ini terus ke MIECC. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit.

Nasib baik untuk parkir motorsikal, hari Jumaat tiada penjaga. Maka dapatlah parkir percuma. Jimat duit...

Kemudian saya dan beberapa orang pengunjung menunggu di lif. Alahai... lama la pula lif ini untuk turun. Tetapi sebaik sahaja lif terbuka, saya lihat 2-3 orang keluar dengan beg plastik berisi penuh buku. Pergh! Hebat! Baru sejam pesta jualan buku terbesar ini dibuka sudah ada pembeli pulang membawa hasilnya.

Ini buat saya sungguh teruja juga untuk membeli.


Jumaat, 7 Disember 2012

Mendaftar Domain .my secara percuma


Saya sungguh teruja apabila membaca tentang ini. Para blogger semua ambil perhatian! Sebagai blogger Malaysia kita mampu memiliki domain sendiri di bawah Projek MOSTI!!!

Ini link untuk tahu tentang promosi ini: Dapatkan domain percuma dan bayaran tahunan RM20 sahaja!

dan cara-cara nak daftar: Kaedah daftar domain .my

Apa yang menariknya, untuk pendaftaran kali pertama, ia adalah percuma. Pemilik blog Coklateyes ada menerangkannya. Boleh baca untuk ketahui lebih lanjut...




Khamis, 6 Disember 2012

Mencuba satu yang baru di Pulau Mutiara

Saya sudah lama tertarik dengan satu jurusan pasca-ijazah yang ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia. Ia satu kursus yang begitu rapat dengan jiwa saya, Master Komunikasi dalam Sains dan Journalisme Alam sekitar.

Ia adalah jurusan coursework. Bayaran yuran saya rasa boleh dibiayai sepenuhnya oleh MyBrain15.


Cuma minda saya ini masih berfikir lagi tentang ini... Perlukah saya berhenti Master Research saya dan terus tukar ke bidang ini, atau saya simpan dahulu hasrat ini sehinggalah saya tamat master ini...



Rabu, 5 Disember 2012

Perubahan cuaca bahasa


Saya minat menghadiri kelas pada semester ini terutama kelas 'Perubahan cuaca dan pertanian'. Kelas tersebut diajar oleh seorang pensyarah yang fasih berbahasa kebangsaan. Kelas pengajarannya berlangsung hampir semua dalam bahasa Melayu.

Saya sungguh kagum bagaimana beliau begitu gigih mengajar dengan matlamat utama adalah untuk pelajar mudah faham apa yang beliau ajarkan. Saya akui pengajaran beliau sungguh mudah difahami apatah lagi apabila bahasa komunikasi yang digunakan adalah bahasa yang saya gunakan harian. Mungkin sesetengah isitlah beliau gunakan berkait dengan bahasa Inggeris, tetapi cara penyampaian beliau unik dan mampu membuatkan pelajar terhibur.

Nota semestinya dalam bahasa Inggeris. Ya saya tidak menolak ini akan membuatkan pelajar kita malas untuk belajar BI tetapi saya tidak setuju untuk itu. Matlamat utama belajar adalah untuk faham bukannya untuk tingkatkan kemahiran bahasa. Ia dua benda yang sungguh berlainan!


Jadikan kerja kita bukan pensyarah sahaja yang baca


Saya terkejut. Rupanya ada juga pensyarah yang menggalakan para pelajar mereka menulis di Wikipedia.

"Saya mahu pelajar saya menulis bukan untuk saya baca sahaja, tetapi untuk seluruh dunia baca dan mendapat manfaatnya," kata Adrianne Wadewitz, pensyarah Kesusasteraan klasik Inggeris.

Ia bagaikan kita menulis kepada majalah-majalah terkenal tentang sesuatu perkara. Pembaca majalah terkenal ini terdiri daripada pelbagai golongan dari serata dunia. Masya-Allah!

Ini menambah saya semangat untuk terus menulis di Wikipedia Bahasa Melayu.


Selasa, 4 Disember 2012

Sumbangan Orang Tua di Wikipedia

 

Poongothai Balasubramanian, seorang pesara cikgu meluangkan masanya menjadi editor di Wikipedia bahasa Tamil. Beliau berfikir "Saya tiada apa nak buat selepas pencen. Lali, baik saya sumbangkan ilmu saya kepada dunia."

Bagi beliau, sumbangan beliau membantu kanak-kanak yang kurang memahami bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, boleh belajar dengan bahasa ibunda mereka.

"Ia bukan untuk kita, tetapi untuk generasi selepas kita," ujar Poongothai. "Menjadi seorang guru membuatkan begitu sayang ilmu saya dibiarkan begitu sahaja."


Wikipedia membantu penduduk peribumi berjaya


Dia seorang yang bukan apa-apa. Orang miskin yang mendapat pelajaran percuma dibiayai kerajaan. Dia mempunyai semangat untuk belajar dan mempelajari ilmu baru. Namun ia agak sukar kerana buku-buku yang mahal membantutkan usahanya. Komputer juga sungguh asing baginya

Peluang muncul apabila dia menyertai satu pertandingan penyelidikan anjuran peringkat sekolah. Internet menjadi medium utama sebagai rujukan. Semestinya Wikipedia mendapat tautan di hatinya.

Untuk kejutan, dia dan kumpulannya sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut dan menjadi pemenang!
Semunya dengan menjadikan Wikipedia sebagai asas untuk mereka faham apa yang mereka tidak faham.

"Kamu tidak patut merujuk Wikipedia. Ia satu sumber yang tidak boleh dipercayai." Terdengar kata-kata di belakang kejayaannya.

"Saya terkejut apabila mengetahui Wikipedia adalah satu perisian sumber terbuka. Semua orang boleh menjadi editor. Seorang datang menulis ideanya dan kemudian, jika ada, orang lain pula menambahbaik idea tersebut," kata Oarabile Mudongo, antara editor Wikipedia yang aktif menulis dan membaiki rencana di Wikipedia.

"Sayangnya, ramai rakan saya tidak sampai ke menara gading. Mereka tersekat di peringkat rendah atau menengah. Dan saya berjaya sehingga kini kerana memahami sesuatu dengan mudah melalui Wikipedia."

Mudongo berhasrat untuk menjadikan Wikipedia sebagai medium buat orang kampungnya pula untuk memahami ilmu dengan mudah. Dia berhasrat untuk menambah lagi pengisian Wikipedia dalam bahasa ibundanya.


Yayadan - Seruan kepada kebaikan


Saya tertarik untuk mendengar lagu ini apabila ia ada disebutkan dalam blog Kereta Mayat. Setelah mendengar lagu ini, saya terkesima. Liriknya sungguh mempunyai isi-isi tersirat. Lagu nasyid yang menyentuh hati memberi peringatan kepada umat.


Isnin, 3 Disember 2012

Sisi gelap MAHA 2012


Petang tadi saya berjumpa dengan rakan-rakan saya dan kami bersembang tentang MAHA yang menutup tirai semalam. Kami komen apa yang patut.

"Entah kenapa aku rasa MAHA kali ini tidak menarik langsung. Tidak gah seperti 2008 dahulu," aku membuka kata.

"Aku setuju. Beberapa hari lepas aku pergi MAHA ada pula seorang minah ni ajak aku sertai MLM. Terus terang lagi tu. 'Dik, akak ni nak ajak dik join MLM. Cepat kaya.' Aku jawab la aku pelajar. Mana ada duit. 'Pelajar lagi senang dik. Banyak kawan. Adik cari 30 orang sudah cukup. Amacam? Ngam?'

Ish!? Terus aku angkat kaki dari booth tersebut," kata kawan aku, Mimi.

"Ini bermula apabila ada abang bagi brochure. Lepas tu calit apa entah pada tangan. Kemudian terus bawa pergi booth terang benda-benda bodoh MLM," tambah kawan di sebelahnya, Yaya.


Ahad, 2 Disember 2012

Facebook Logout - propaganda Orang Bodoh



Satu kisah benar tentang FB logout (atau login?).

Video ini menerangkan bagaimana seorang itu boleh mendapat duit yang banyak dengan hanya logout di Facebook. Ini juga berkaitan dengan kaedah bagaimana sistem Skor A berlangsung. Asas-asasnya semua hampir sama...

Sekarang sudah tiada kes ini. Rakyat Malaysia sudah matang. Namun, saya yakin ia akan putar naik semula sebagaimana Skor A dan sistem MLM yang lain.

Untuk itu, saya sebarkan di blog saya untuk pengajaran semua...


Sapaan takdir untuk fotografer amatur


Semalam saya pergi ke MAHA. Berlakon menjadi fotografer terhebat berpakaian dengan kemaja T petak-petak dan seluar slack cokelat serta berselipar biru. Niat hanya ingin merantau mencari gambar untuk isian Wikipedia Bahasa Melayu.

Sedang elok berjalan seorang diri... seorang makcik menegur saya.

"Adik, akak ni dari Yayasan Kasih Sayang Malaysia. Semalam dan call pihak MAHA untuk hantar fotografer datang tangkap gambar booth kami. Sekarang baru datang. Kenapa tadi panggil buat dek je?"

"Eh? Maaf la kak. Saya tak perasan." Jawab aku. Yelah. Orang ramai di sini manalah saya hendak perasan akan panggilan seorang makcik.

"Jom tangkap gambar akak dengan booth akak nih," ajak dia ke boothnya.

Saya agak terkejut dengan ajakan itu. Saya datang untuk jalan-jalan sahaja di MAHA 2012 sebelum ia menutup tirai esok. Lagipun, saya hanya mahu tangkap gambar-gambar menarik dengan kamera DSLR yang saya pinjam daripada sahabat saya. Sambil itu mengambil pelbagai brochure yang disediakan.

"Tapi saya ni bukan fotografer MAHA. Saya jalan-jalan je."


Sabtu, 1 Disember 2012

Ketua Saintis Malaysia di Masjid UPM


Saya tertarik untuk melihat cara persembahan pak cik ini. Ia menarik bagaimana dia cuba menyelesaikan masalah matematik mudah dengan otak kanan.



Idea spontan untuk menerbit buku di DBP


Sedang seronok saya mengisi masa lapang saya menyunting WBM, saya tertarik melihat senarai khidmat nasihat untuk istilah Fakulti. Rupanya ada seorang pelajar dari UPM sudah bertanya kepada DBP bagaimana hendak terbitkan satu buku melalui mereka.

Terfikir pula tentang perancangan masa hadapan saya ini... Hmmm.