Sebutan berbeza warga asing

3 bualan

Ketika di semester 2, antara subjek-subjek yang tersenarai kami wajib ambil adalah Prinsip Asas Ekonomi.

Kelas tersebut diajar oleh seorang pensyarah dari luar negara. Diimport khas dari Sudan. Namanya sungguh susah untuk saya sebutkan. Biarlah saya pendekkan ke Dr. M sahaja. Bukan Tun Dr. M, ok?

Apa yang menariknya beliau hebat dalam mengajar. Sungguh hebat sehinggakan slang Inggerisnya pun kurang kami faham.

Kadang-kala sukar untuk memahami slang bukan  Manglish atau English American.
(gambar hiasan)
"The revenue is the same when you buy the chicken rice. Awak ta hu, na si ayem?"

Aku dan rakan tercengang seketika. Apakah yang ingin beliau katakan ini? Beliau buat lawak atau nak menarik perhatian. Pelajar perempuan yang di hadapan sudah terkekek ketawa memberi isyarat bahawa ada pelajar yang faham lawak beliau.

Berminat Baca

Warisan yang pasti aku kekalkan

1 bualan


"
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini...

"
Berminat Baca

Kekeliruan Tajuk Projek Tahun Akhirku

1 bualan

Semasa hujung semester 5 (2010), kami, budak hort, semua risau siapa yang akan menjadi penyelia projek tahun akhir kami. Penyelia projek tahun akhir terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah Fakulti Pertanian juga. Pensyarah yang giat mengajar kami sepanjang semester 1 hinggalah 7 ini.

Ketika itu minda kami masih di awangan apakah projek yang hendak kami lakukan nanti. Apa lah projek yang akan kami buat nanti?

Fakulti Pertanian akhirnya mengeluarkan senarai tajuk-tajuk projek tahun akhir untuk pelajar sarjana muda.

Nasib baik kata saya. Tidak perlu susah susah untuk sumbang saran mencari tajuk projek.

Berita seperti ini tersebar dengan cepat sekali. Ia bagaikan tiupan angin yang meniupkan spora cendawan pergi. Sungguh cepat. Tetapi sayang...

Sebuah fakulti yang telah mendidik saya dengan cemerlangnya.

Berminat Baca

Kisah Bilal dan Abu Dzar, tauladan buat semua

1 bualan
Dalam Shahih Al-Bukhari diceritakan bahawa para sahabat berkumpul di suatu tempat, lalu Bilal berbicara. Abu Dzar berkata kepadanya

"Sampai-sampai kamu hai anak perempuan hitam juga berbicara!" 

Abu Dzar memang belajar dalam bimbingan Nabi s.a.w. tapi saat itu ia khilaf.

Bilal pun mengadu kepada Nabi s.a.w lalu Nabi s.a.w. marah dan berubah wajahnya. 

Ketika Abu Dzar menemui beliau, Rasulullah pun berkata

'"Kamu menghinanya dengan menyebut-nyebut ibunya? Sesungguhnya kamu orang yang masih terdapat sifat jahiliyah dalam dirimu!"

Lalu Abu Dzar pun bertanya

"Wahai Rasulullah, walaupun di usia tuaku ini?"

Rasulullah menjawab "Ya". 

Berminat Baca

Minda kelas ketiga di Putrajaya

7 bualan
Pada Subuh hari, saya kadang-kala turun ke surau. Ingin menunaikan solat wajib yang memang dituntut solat berjemaah. Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah meninggalkan ia sama sekali. Juga 2 rakaat solat sunat sebelumnya.

Saya turun lif di tingkat 12 ini. Saya lihat beberapa bungkus balutan aiskrim berada di atas lantai. Eh kenapa perlu ada sampah di sini?

Saya kumpulkannya di hujung lif. Biar nanti mudah untuk tukang cuci sampah bersihkan. Hati ini terasa geram pula melihat sampah itu. Ini mesti angkara budak-budak pemikiran ikutan ibu bapa mereka.

Kadang-kala, ada orang minda kelas ketiga di Putrajaya ini.
Boleh pula tinggalkan sahaja sampah di sini?
Dari pagi sampailah ke malam.
Kebajikan sosial yang patut saya lakukan -
tolong orang ini buat pahala.

Kuarters Putrajaya di Persint ini dihuni oleh semuanya kakitangan kerajaan. Jika tidak, bukanlah namanya Putrajaya.

Ting!

Lif berhenti pula di tingkat 8. Seorang pakcik tua berumur 50an berpakaian baju Melayu berkopiah hitam masuk ke dalam lif. Saya senyum dan pakcik itu senyum kembali.

Berminat Baca

Terima kasih ya adik!

2 bualan

Saya suka berjogging. Ia satu senaman yang mudah dan menyihatkan. Pernah saya terbaca mengenai bapa jogging, James Fuller Fixx mengalami transformasi hebat setelah dia mula berjogging, sahaja.

Suasana cerah pada pagi ini di Putrajaya. Bagus untuk saya berjogging. Ketika saya keluar berjogging di awal pagi tadi, saya lihat gumpalan sampah bertebaran di lif.

"Aduh. Kenapa la warga Putrajaya Persint sini masih berada di tahap kelas ketiga? Padahal pegawai juga ada tinggal di sini." Berlalu pergi saya sambil berfikir.

Saya suka jogging sekitar 30 minit sahaja. Tidak kurang, tapi lebih. Cuma jarang sampai 1 jam. Kebosanan dan keletihan cepat sahaja menghinggap jiwa saya sebelum capai tempoh satu jam itu.

Tatkala jam sudah menunjukkan 30 minit masa berlalu, sebuah teksi memperlahankan keretanya sebelah saya.


"Adik, tumpang tanya..." 

Berminat Baca

Terserempak selebriti agama di Alamanda

3 bualan

Oh semalam saya pergi melepak di tempat rahsia di Alamanda. Saya singgah di surau situ untuk solat Asar sebentar. Selepas saya keluar sahaja dari surau, saya lihat beberapa orang sedang beramah mesra bersama sepasang orang. Lelaki tersebut bercakap loghat Kedah manakala yang menyapa loghat KL.

Saya endahkan sahaja. Cuma, hati ini ada rasa ingin tahu. Kenapa ya mereka hendak bergambar? Saudara lama kah sampai ingin bergambar sakan?

Saya pun curi-curi tangkap gambar mereka.

Berminat Baca

Berjumpa Wahid Senario

2 bualan

Sebelum memasuki alam matrikulasi, saya pernah bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah stesen minyak Bercham. Kerja tukang lap cermin kereta.

Sering kali ketika itu saya terserempak dengan Wahid Senario mengisi petrol keretanya di situ. Ramah orangnya. Sayapun baru tahu bahawa Wahid Senario itu tinggal di Bercham bersama Isterinya.

"Eh, abang Wahid? Assalamualaikum. Apa khabar?" tegur seorang abang yang baru sahaja parking untuk mengisi petrol bertentangan kereta Wahid.

Dari situ barulah aku sedar yang lelaki setinggi aku ini adalah Wahid Senario. Aku ingat siapa la asyik tersengih lihat aku ketika aku bertanya,

"Abang, nak lap cermin kereta tak?" Wajib saya meminta izin dahulu. Jika tidak, ada yang memaki hamun kerana dia tidak mahu cermin keretanya dilap oleh orang bukan profesional.

Saya biarkan sahaja mereka berdua bersembang seketika. Apa yang seronoknya berjumpa dengan artis? Dia manusia juga. Dia perlukan kehidupan peribadi juga. Oh mungkin ingin mengeratkan silaturrahim?

Berminat Baca

Keganasan cikgu Matematik

8 bualan

"Pastikan siapa kerja rumah... atau siap la awak nanti!"
(gambar hiasan)

Sama seperti teacher bahasa Inggeris saya, cikgu Matematik darjah saya bukanlah daripada golongan kaum majoriti Malaysia. Dia seorang beretnik Cina. Kami panggil dia Cikgu Joan.

Apa yang terpahat kuat dalam ingatan saya ini, dia adalah cikgu yang sangat garang! Sama seperti cikgu BI saya. Eh? Atau mungkin sebenarnya cikgu BI saya tidak garang, tapi ini yang garang? Oh apapun dia memang garang!

Berminat Baca

Cinta Monyet yang sementara

5 bualan

Ya, setiap budak lelaki mesti ada kisah cinta monyet mereka tersendiri...

Siapa kata saya tiada pengalaman cinta pertama? Hmm. Saya pun tidak pasti jika ia digelar cinta pandang pertama, cinta ataupun hanya monyet di situ. Saya tidak pernah pun cintakan sang pencinta itu. Heh.

Sewaktu masuk tingkatan 1, saya berada di kelas separa-pandai. Ketika itu kelas-kelas di sekolah menengah saya terbahagi kepada 5 kelas. Semua kelas dinamakan bersempena nama bunga. Matahari, kelas bahasa Arab, dan untuk budak yang dapat UPSR 4A ke atas. Menyusul pula Alamanda, Kenanga, Siantan, dan Kekwa. Ia tersusun berdasarkan kepandaian murid-murid yang menghuni kelas masing-masing.

Saya terpilih di tengah. Kenanga. Ketika itu saya dan rakan-rakan riang belajar dan bermain. Sekolah hanya tempat pertemuan kami menjalankan agenda bualan kisah kami selepas sekolah.

Pada suatu hari, ketika asyik saya bersembang, seorang kawan yang saya kurang rapat, juga merangkap pengawas, memberi satu risikan kepada saya.

Berminat Baca

Enjoyable English story books

3 bualan

Ketika di tingkatan 4, saya dapati sastera antalogi Inggeris menengah atas sungguh menyedihkan. Hampir semua tidak menyeronokkan. Penuh dengan kisah tragis. Drover's wife, sound machine, dan Looking for a Rain God. Oh kenapa perlu begitu?

Saya larikan kesedihan itu dengan mencari kelainan. Saya singgah membaca buku-buku cerita Inggeris yang terdapat di perpustakaan sekolah. Begitu banyak cerita-cerita yang menaikkan kembali imaginasi Inggeris saya. Antaranya ialah set Laser Beams. Menarik!

Siri laser beams memang menarik minat saya untuk terus baca buku cerita Inggeris.

Sungguh banyak buku siri laser beam. 
Walaupun tak padang dengan umur aku ketika itu... namun ia tetap menghiburkan.
Cuma tak lah semua aku ingat tajuknya...
Berminat Baca

Belajar past tense

2 bualan
Teacher sungguh garang ketika mengajar!
(gambar hiasan)


Ketika darjah 6 terdapat seorang teacher baru berpindah ke sekolah kami. Dia seorang wanita Melayu berperwatakan garang. Sama seperti teacher darjah 1 saya. Mukanya pun garang. Tiap kali mengajar atau berkata-kata pasti nampak kegarangannya itu. Sungguh garang! Yang peliknya, dia ketawa riang bersama orang bukan murid, cikgu dan ibu bapa. Nasib dia tidak seganas teacher darjah 1. Huh!?

Teacher ini suka mengajar kami past tense. Dia lihat kami ini kurang memahami past tense. Dia berikan kami beberapa helai kertas terkandung senarai past-present-future tense. Kami diminta bangun dan menyebut senarai tersebut setiap kali kelas BI berlangsung.

Entah kenapa saya sampai sekarang keliru bagaimanakah past tense itu berfungsi. Nak gunakan bila? Semasa berkata, menulis atau kedua-duanya? Oh My English!


Berminat Baca

Cikgu bahasa Inggeris yang menggerunkan!

4 bualan

Semenjak saya kecil lagi, bahasa Melayu menjadi percakapan utama saya. Sedikit demi sedikit saya mula meminati bahasa kedua saya pula iaitu bahasa Inggeris. Ia diajar sejak saya mula tadika lagi.

Cikgu atau teacher bahasa Inggeris kami semasa darjah 1 sememangnya garang. Dia seorang wanita berketurunan India. Kurus orangnya. Kalau tak siap kerja rumah, siaplah. Habis buku dicampak ke muka kami atau terus keluar tingkap. Kadang-kala dikoyak-koyaknya buku. Sungguh menggerunkan!

Kenapa cikgu India perlu garang kepada murid darjah 1?
(gambar hiasan)

Dia sempat ajar kami selama 7 bulan. Kemudian diganti oleh seorang teacher tua pula. Yang ini berketurunan Melayu. Hujung bulan Oktober tahun itu, dia bersara. Jadi sempatlah dia ajar kami selama 3 bulan. Seronok sebab dia suka mengajar menggunakan lagu.

Berminat Baca

Selasa Bersama Morrie

4 bualan



Saya baru sahaja selesai membaca buku bertajuk 'Selasa Bersama Morrie' oleh Mitch Albom.

Ia satu buku yang begitu mengasyikkan untuk saya baca. Kisah mengenai seorang Profesor bernama Morrie yang menempuhi hari tuanya dengan penyakit ASL.

Mitch Albom pula adalah bekas pelajarnya. Beliau bergraduat dan tidak bertemu dengan Morrie selama 16 tahun lamanya. Ketika bertemu, Morrie sudah hampir menemui kematian yang pasti.

Ia mengenai kuliah terakhi Mitch Albom bersama pensyarah yang amat disayanginya. Malahan semua orang yang mengenali Morrie begitu menyayanginya. Sikap Morrie yang sentiasa terbuka dan berlapang dada membuatkan orang sekelilingnya terhibur dan turut serta berasa aura optimistiknya.
Berminat Baca

Pengalaman makan ayam KFC

6 bualan
KFC mengimbau kenangan masa kecilku...

KFC atau nama penuhnya Kentuky Fried Chicken, ialah satu nama yang sinonim bagi saya kini. Manakannya, setiap kali berjalan-jalan di shopping mall, pasti KFC terbayang untuk juadah makan tengah hari. Ia murah, sedap dan yang pasti halal.

Pengalaman makan ayam KFC saya bermula sejak kecil lagi. Ketika usia kanak-kanak sehinggalah sebelum masuk matrikulasi, saya dan keluarga hanya menjamah ayam KFC setahun sekali. Hanya pada Tahun Baru Cina sahaja, apabila kami melawat popo dan yeye.
Berminat Baca

Ibu yang gemar membaca

4 bualan
Saya seorang yang suka membaca. Saya teringin melihat orang di sekeliling saya juga suka membaca. Hidup ini sungguh indah jika kita rajin membaca

Terdapat satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan berkenaan membaca. Seorang ibu yang gemar membaca serta anak-anaknya.

Kisah ini kedengaran ketika saya menjaga booth Andalus Islamik Media bersempena program Super Parents I Luv Islam. Saya bekerja sebagai penjaga booth. Budak booth katakan. Kerja saya hanyalah menjadi juruwang dan menyusun buku setelah pelanggan pergi ataupun memberi rekomen buku-buku terbaik untuk dibeli.
Hobi membaca mestilah bermula dengan buku yang kita
berasa seronok dan gembira untuk membacanya.

Kerja yang mudah. Banyak masa lapang kerana ketika itu, pelanggan boleh dikira dengan jari setiap satu jam. Saya penuhi masa itu dengan membaca buku-buku jualan.

Sedang asyik saya membaca buku di tangan ini, datang seorang wanita tua, lingkungan umur 60-an meletakkan 2 buah buku di hadapan kaunter beli.

"Dik, berapa harga 2 buah buku ni?"

Dan buku-buku yang makcik ni beli memang berharga ratusan ringgit. Satu mengenai sejarah nabi Muhammad s.a.w dan satu lagi ensiklopedia.

Kemudian, dua orang wanita lingkungan umur 40-an pula muncul.

"Ibu, kak long ada lagi 2-3 buku nak beli ni. Tunggu kejap yea."

"Saya pun. Banyak buku menarik dijual di sini."

Mereka ralit memperhatikan buku-buku yang terdapat di booth ini. Hati aku senang. Masih ada lagi rakyat Malaysia yang hatinya tertaut untuk membaca buku. Lebih lebih lagi buku-buku berkaitan agama Islam. Alhamdulillah.

Setiap daripada mereka membawa pulang beg plastik terkandung beberapa buah buku. Gembira saya berurusan dengan mereka.
Berminat Baca

Mengaji al-Quran di masjid U

6 bualan

Daripada Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Berta'ahudlah kepada al-Quran (yakni peliharalah untuk selalu membaca al-Quran itu secara tetap waktunya), sebab demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah al-Quran itu lebih sangat mudah terlepasnya daripada seekor unta yang ada di dalam ikatan talinya."
(Muttafaq 'alaih)

Kini, telah genap 2 tahun saya belajar mengaji al-Quran di masjid U. Sungguh saya tidak menyesali mengambil kelas bersama ustaz Hafiz.

Dalam hati saya ini selalu terdetik untuk mengaji bacaan al-Quran saya semula. Saya cemburu semasa di tahun pertama di UPM, teman sebilik saya selalu baca al-Quran sebaik sahaja dia usai solat Subuh. Saya pula ketika itu masih ragu-ragu dengan bacaan saya.

Saya teringin kalau teman sebilik saya itu mengajak saya baca bersama al-Quran. Sambil itu boleh lah dia memperbetulkan bacaan saya. Walaupun begitu, malu menguasai diri ini. Saya biarkan ia berlalu untuk sekian lama.

Saya tidak pernah pergi belajar ke sekolah agama rakyat. Saya hanya mengaji di rumah jiran sahaja ketika darjah 1-4. Ilmu tajwid memang susah melekat di minda saya ini. Yang saya tahu, kalau jumpa huruf ini dengan huruf itu bersama tanda sedemikian, perlulah begini dan begitu bacaannya.

Cuma apabila meningkat dewasa, bacaan saya bukanlah sebaik qari. Hanya bacaan orang biasa. Malahan lagi teruk. Tunggang langgang sebutan huruf Arab dan semestinya ada salah.

Saya tidak percaya mempelajari al-Quran secara digital mampu membuatkan saya baca dengan betul. Saya percaya berguru itulah cara terbaik mempelajari bacaan al-Quran dengan betul dan baik.

Saya masih teringin meningkatkan bacaan al-Quran saya. Saya mencari kelas-kelas pengajian al-Quran percuma di U. Namun, pencarian itu malap sehinggalah suatu ketika saya berada di semester ke-6. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati hambanya. Suatu hari selepas saya solat di masjid U, saya terlihat satu notis di tampal di papan kenyataan masjid.
Berminat Baca

Kehilangan iPad

5 bualan

Ketika berjalan-jalan dengan seorang sahabat, kami pergi singgah ke kedai komputer Challenger di tingkat 4 Mines. Sahabat saya itu mahu membeli charger baru untuk laptop HP Compaqnya. Yang lama telah rosak.

Ketika masuk itu, saya tertarik dengan pameran iPad di kedai tersebut.

"Jom, kita pergi pameran itu sekejap. Saya mahu lihat iPad. Teringin nak main iPad."

Di situ terdapat 2 jenis iPad terbaru keluaran Apple. Ipad 2 dan The New iPad. Apa bezanya? Entah. Saya main tekan sahaja dengan jari saya. Lancar sungguh pergerakan imej iPad ini.
iPad membawa satu revolusi 
skrin sentuh kepada dunia amnya.

Sahabat saya pun mencuba juga. Cuma dia mencuba dengan muka yang sayu. Saya perasaan akan itu. Cuma takut pula ingin bertanya. Saya endahkan sahaja.


Setelah selesai urusan kami di kedai tersebut, kami pun beredar pergi ke kedai lain pula.

"Wong, kau tau, saya pernah ada iPad juga."

"Oh, habis tu kenapa muka sayu sahaja tadi semasa belek-belek iPad?"

"iPad tu sudah hilang..."

Aku diam mendengar.

"Saya bagi pinjam pada si A. Kemudian si A bawa pergi tempat kerja dia. Entah macam mana si A kena tipu, iPad saya hilang."

"Jadi bagaimana kamu selesaikan?"

"Nak marah si A pun tak boleh juga. Si A tu sahabat. Alik-alik, saya minta dia gantikan sahaja."

Aku mendengar dengan rasa simpati.

"Dia sudah ganti? iPad versi berapa?"

"Belum lagi. Yang hilangiPad 1 je. Tapi masa itu harganya mahu RM1.4k. Lagipun saya baru beli 2 minggu je kot."

Melihat mukanya yang seakan sedih, aku pun mencelah "Sekarang iPad 1 sudah tidak dijual. Nampaknya A kena cepat ganti. Atau kau untungla." Aku berseloroh, cuba menghilangkan kesayuannya itu.

Namun, dia hanya diam. Aku pun diam kemudiannya.

"Jom ke kedai pakaian pula. Aku ada lagi sehelai hendak beli," tunjuk aku ke kedai lain. Aku cuba tukar topik lain untuk dibualkan. Aku tak mahu suasana menjadi kekok kerana hal sebegini.

Kami berlalu pergi ke kedai pakaian pula untuk membelek-belek pakaian raya untuk dibeli.

Apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri pasti banyak tawaran hebat
di gedung-gedung membeli-belah seluruh Malaysia.
Beberapa ketika saya terfikir akan hal ini. Kini pandangan saya terhadap si A mula berubah sedikit. Oh mungkin jika sahabat saya itu mengatakan ada kawan dia yang hilangkan tanpa menyatakan nama si A, mungkin pandangan saya pada si A mungkin masih sama.

Kini saya pula rasa bersalah. Bersalah kerana menanggung maklumat yang menghubungkan antara dua orang sahabat saya. Ia mungkin dengar seperti biasa. Seorang sahabat telah menghilangkan barangan sahabat lain. Tapi bagi saya ia berubah setelah mengetahui si pelaku itu. Apapun, saya tetap menyayangi mereka berdua sebagai sahabat baik.

Pengajaran yang saya dapat di sini, walaupun sahabat baik, jika itu barangan yang kita saya, janganlah bagi pinjam. Jika tak, hubungan kita mungkin berlainan setelah itu. Apapun kita kena lah berlapang dada. Jika memang kesalahan sahabat tersebut, perlulah dia menanggungnya.

Teringat pernah ada seorang pak cik pesan kepada saya.

"Wong, kita ni kalau berkawan, ada sahaja kawan yang cemburu dengan barang kita. Nak ajer mereka pinjam. Yang pak cika tak suka, dia pinjam macam barang tu dia punya. Dapat balik kat kita dengan keadaan yang sudah lain daripada asal. Walhal kita punyalah jaga barang kita."

"Kalau begitu, bagaimana pak cik selesaikan situasi tersebut?"

"Aku kata macam ni je pada kawan yang nak pinjam tu.

'Mat, aku dan kau ni nak berkawan lama. Aku sayang barang aku sama macam aku sayang kau. Aku nak hubungan kita ni kekal sampai ke syurga. Jadi, kau pinjamla dengan orang lain. Dengan aku memang aku tak boleh bagi.'

Kalau betul kawan tu memang nak kawan dengan kita bukan sebab barang kita, insya-Allah dia faham. Kalau tak, biarlah. Dunia ni ramai lagi orang baik kita boleh kawan."
Berminat Baca

Filem Pendek - Penjenayah

2 bualan

Hasad ibarat pencukur
kerana ia mencukur segala kebaikan,
sama ada kebaikan yang telah dilakukan atau
kebaikan yang dilakukan.


Sungguh,
aku terasa,
memang perasaan hasad itu,
sentiasa ada dalam diri,
kuberusaha membuangnya jauh,
kerana kubersahabat
hanya kerana Allah.

sabda Rasulullah SAW:
Jauhi perasaan hasad kerana ia memakan
amalan baik seperti api membakar kayu.
(HR Abu Daud)

Berminat Baca

Beraya di Putrajaya

2 bualan

Masjid Putra, Putrajaya tersegam indah.

Pada 1 Syawal semalam saya beraya di Putrajaya sahaja. Tidak dapat hendak beraya di kampung kerana ketinggalan kereta dan tiket bas pun sudah habis. Nak buat macam mana, inilah dugaan di pagi raya. Berayalah saya seorang diri di Putrajaya ini.

Saya menetapkan ingin solat sunat hari Raya Aildil Fitri di Masjid Putra. Saya harap kuranglah orang nanti kerana Putrajaya ini bukanlah tempat asal orang. Maksud saya kerana Putrajaya ini tempat kerajaan. Ramai staf kerajaan bekerja pulang ke kampung. Jadi siapa lagi ingin memeriahkan masjid ini bukan?

Namun, dugaan saya meleset. Sebaik saya tiba di kawasan Masjid Putrajaya pada pukul 8.00 am, ia penuh dengan pelbagai jenis manusia. Simpang di bulatan besar Putrajaya sebelum masuk ke laluan Masjid Putra pun sudah penuh dengan bas-bas beratur parkir di tepi jalan. Kelihatan warga-warga dari India seperti Bangla, Nepal dan Pakistan turun dengan pakaian tradisional mereka.
Berminat Baca

Iklan Menyentuh Jiwa

Berbual

Alhamdulillah.
Itulah ucapan yang dapat saya ucapkan tatkala menonton iklan ini.
Berminat Baca

Sujud terima kasih

4 bualan

Terdapat satu kisah menarik sahabat aku ceritakan kepada aku hari ini. Ia berkenaan seorang warga Bangladesh yang sedang mengambil PhD di UPM. Nama dia Mukresh.

Pada bulan lepas, sahabat aku dua orang dan Mukresh pergi melawat ladang herba di Melaka. Ini adalah antara satu kajian yang Mukresh perlu lakukan. Setelah habis melawat ladang tersebut, mereka dijemput oleh rakan yang tinggal berdekatan untuk singgah makan tengah hari di rumahnya. Ia selang beberapa buah rumah sahaja dari ladang tersebut.

Memang adat Melayu kalau ada tetamu bertandang pasti akan dihidangkan juadah pelbagai berserta nasi. Sungguh selera mereka makan hidangan tersebut. Terutamanya si Mukresh yang merasa masakan orang Melaka katakan.
Berminat Baca

Berjumpa 'cikgu' baharu

4 bualan

Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada nombor pejabat. Agak gementar untuk mengangkatnya.

"Hello, Assalamualaikum. Saya ni Dr. Husni."

"Waalaikumsalam. Dr. Husni?" sambil aku cuba menggamit memori ini. Oh sungguh aku tak ingat siapa Dr. Husni ketika itu, "ya Dr. Ada apahal yea?" sambil aku buat-buat kenal sahajalah.

"Saya sudah terima proposal projek Master awak. Saya tak faham apa kamu tulis ini. Boleh jumpa untuk bincang?"

Oh sekarang baru memori itu tergamit di minda. Penyelia untuk pasca-ijazah yang telah aku mohon 2 minggu lepas. ^^

Maka pada pukul 1pm hari ini telah pun saya berjumpa dengan beliau. Berbincang mengenai projek Master saya.
Berminat Baca

Nasi menangis

2 bualan
"Ibu, bila lagi mahu siap, Ezzah sudah lapar,"

"Kejap sahaja lagi. Sabar la sayang. Kita tunggu nasi masak," sibuk Ibu menghias meja makan dengan lauk-lauk makanan tengah hari ini. Aku hanya memerhatikan sahaja. Sungguh lapar perut aku ini.

"MMMmmm. Sedap masakan ibu ini. Pandai ibu masak. Ezzah nanti besar nak jadi Ibu yang pandai masak," sambil aku menjilat jari-jari tangan aku. Terdapat beberapa butir nasi lagi di atas pingganku ini.

"Baguslah begitu. Gembira ibu lihat Ezzah makan dengan bersungguh-sungguh. Kalau makan nasi, biar habis. Nanti nasi menangis di akhirat. Kasihan mereka," pesan ibuku.

"Kenapa nasi menangis, ibu?"

Ibu hanya tersenyum sambil mengusap-usap umbun kepalaku...

----

Berminat Baca

Lebah madu

Berbual

Bagaimana madu lebah terhasil.


Berminat Baca

Memasak di bulan Ramadan

4 bualan

Pejam celik pejam celik telah masuk hari ke 17 Ramadan kita berpuasa. Sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak pernah lagi menjejak kaki ke bazaar Ramadan untuk membeli apa-apa juadah berbuka. Kakak tidak suka kami makan masakan luar. Dia lebih suka makan masakan rumah. Masalahnya... saya lah kena masak. Aiseh.

Saya ni kalau bab memasak, kurang nak meng'google'. Al-maklumlah saya suka baca buku. Jadi saya lebih suka membaca berasaskan buku yang terkenal. Memang banyak buku memasak, cuma terlalu banyak sampaikan saya pening kepala nak beli mana satu.Nasib baik lah saya ada terbeli satu buku masakan. Ia bertajuk '1 Hari 1 Resipi: Panduan Langkah Demi Langkah; 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza'.

Alang-alang menghabiskan kupon buku 1Malaysia, buku resipi pun saya rembat.
Saya pun tidak tahulah best ke tak buku resipi ini, tapi setakat ini, alhamdulillah menjadi semua masakan saya. Terima kasih la Chef Liza oiii (dengan nada berseloroh). Hehe.
Berminat Baca

Semalam, Hari ini, Esok - Sikap

Berbual

Untuk berjaya terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan pada hari ini. Sesungguhnya apa yang kita lakukakan hari ini adalah berdasarkan apa yang kita lakukan semalam. Jika eloklah semalam, maka elok lah hari ini. Dan jika elok hari ini, maka eloklah hari esok kita.

Semalam berakhir, lakukan terbaik hari ini demi esok yang gemilang.
[kredit]

Berminat Baca

Bacelor Sains Hortikultur

39 bualan
“Horticulture is heavily dependent on three broad areas of knowledge: Science, Business, & Art. An appropriate balance and interaction of these three components is necessary for success in Horticulture. Rare indeed are the fields that can claim such a dependence on all three broad areas of knowledge!”
 Hortikultur amat bergantung kepada 3 bidang pengetahuan: Sains, Perniagaan, dan Seni. Satu keseimbangan dan interaksi antara 3 komponen ini amat penting bagi kejayaan dalam Hortikultur. Jarang untuk bidang-bidang ini yang boleh mengatakan tak bergantung antara satu sama lain kepada 3 bidang pengetahuan ini!”
                  -   Prof. Bailey L. H.

Dahulu isitilah hortikultur jarang digunapakai di Malaysia. Ramai di antara rakyat Malaysia hanya mengenali istilah 'pertanian' sahaja. Ini bertambah pelik lagi di mana pernah ada satu kes ketika senior saya memohon kerja di Jabatan Pertanian mereka bertanya,

"Apakah Sains Hortikultur ini? Kami terima pelajar pertanian je dik."

Bayangkan orang JP sendiri tidak tahu apa itu Sains Hortikultur? (kes ini berlaku 5-6 tahun yang lepas).

Bagi saya pula jika ada yang bertanya ambil jurusan apa di UPM, saya jawab

"Sains Horticulture di bawah Fakulti Pertanian."

"Oooo. Sains Horticulture.." sama ada mereka minta ulang semula apa yang saya sebut atau

"Apa itu?"

Kebelakangan ini sahaja istilah 'hortikultur' mula mendapat perhatian ramai. Malaysian Agriculture, Horticulture adn Agrotourism (MAHA) menjadi contoh terbaik untuk ini.

Menyingkap sejarah Bacelor Sains Hortikultur di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, sebenarnya jurusan ini telah pun lama bertapak ada sejak UPM menawarkan jurusan pada peringkat ijazah sarjana muda. Cuma apa yang menyedihkan pada tahun 1998 ia telah ditutup atas dasar politik ketika itu tidak menyokong pertanian. Mereka gantikan dengan Sains Bioindustri.

Namun, Sains Bioindustri sememangnya tidak mendapat sambutan. Pelajar hanya belajar pertanian dan hortikultur secara teori tanpa menjejakkan kaki ke ladang. Akhirnya jurusan ini dibubarkan.

Bacelor Sains Hortikultur dibuka semula dengan menerima kemasukan pelajar baharu bermula tahun 2002.

Baiklah, sebelum saya meneruskan lagi perbincangan ini, pembaca fahamkah apa yang dimaksudkan dengan hortikultur? Adakah ia budaya panas? HOT culture?

Sebenarnya istilah 'hortikultur' berasal daripada 2 perkataan Latin iaitu Hortus yang bermaksud taman atau kebun, dan Colere yang bermaksud penanaman. Jadi hortikultur boleh didefinasikan sebagai sains atau seni penanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga serta landskap.


Berminat Baca
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia