Situasi tegang - antara salahnya atau bukan?

2 bualan
Pin It

"Opocot mak kau!" jerit seorang ibu di dalam sebuah kereta Exora. Terus dia memegang badan seorang anak kecil bersebelahannya.

Seorang budak lelaki berumur lingkungan darjah 2 tercengang di pintu kereta. Dia baru sahaja membuka pintu kereta. Tiba-tiba adik perempuannya yang menyandar dari dalam pintu itu hampir sahaja ingin tersembam ke tanah.

"Along! Apa yang kamu dah buat ni!?" jerit bapa yang berada di kerusi pemandu.

Budak itu tercengang. Dia baru sahaja membeli barang yang dipesan oleh ayahnya tadi. Kini dimarahinya pula.

"Apa? Mana Along tau. Along buka je dah adik nak jatuh!" bentak Along cuba mempertahankan diri.

"Lain kali ketuk dulu pintu. Jangan main buka aje..." sambung bapa budak itu. Nadanya marah seperti kesalahan besar Along telah lakukan.

Along bergegas masuk ke dalam kereta. Aku hanya memerhatikan sahaja di luar ini. Jarak aku dengan kereta itu hanyalah 5 meter. Aku dapat melihat situasi tegang di dalam kereta Exora itu sebelum ia beredar pergi.

Terfikir pula saya, salah siapa ya? Orang di dalam atau budak itu?
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Menarik pertanyaan bro nie. Siapa yg salah agaknya ye tapi pandangan peribadi saya, org dalam kereta.

    Kita sekadar buat andaian la, yg datang adalah penjenayah. Bagaimana keadaan siapsiaga mereka pada ketika itu? Jika hendak si kecil itu ketuk pintu dahulu, maka kuncikan pintu - penjenayah tak dapat masuk, si anak kecil tak dapat buka - pastinya membuatkan dia mengetuk pintu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini paling ditekankan apabila membawa kereta. Jangan sekali lupa kunci kereta apabila keluar, walaupun hanya membeli rokok, pesan instruktor memandu saya masa saya ambil kelas memandu.

      Yang pasti budak tu kena marah teruk. Kasihan.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia