Sisi gelap MAHA 2012

2 bualan
Pin It

Petang tadi saya berjumpa dengan rakan-rakan saya dan kami bersembang tentang MAHA yang menutup tirai semalam. Kami komen apa yang patut.

"Entah kenapa aku rasa MAHA kali ini tidak menarik langsung. Tidak gah seperti 2008 dahulu," aku membuka kata.

"Aku setuju. Beberapa hari lepas aku pergi MAHA ada pula seorang minah ni ajak aku sertai MLM. Terus terang lagi tu. 'Dik, akak ni nak ajak dik join MLM. Cepat kaya.' Aku jawab la aku pelajar. Mana ada duit. 'Pelajar lagi senang dik. Banyak kawan. Adik cari 30 orang sudah cukup. Amacam? Ngam?'

Ish!? Terus aku angkat kaki dari booth tersebut," kata kawan aku, Mimi.

"Ini bermula apabila ada abang bagi brochure. Lepas tu calit apa entah pada tangan. Kemudian terus bawa pergi booth terang benda-benda bodoh MLM," tambah kawan di sebelahnya, Yaya.


Kalau aku, nampak ada sahaja orang nak edar brochure, kemudian tunjuk gaya nak calit apa entah, aku terus buat muka dan berlalu pergi. Sudah dapat agak apa mereka nak buat. Sambil itu mulut aku kumat-kamit membaca ayat kursi buat pendinding daripada ilmu apa-apa entah mereka.

Itulah. Saya sungguh pelik. MAHA 2012 kali ini banyak booth antarabangsa diisi dengan gerai-gerai kain dan makanan ringan. Dahulu ketika saya pergi pada tahun 2008 dan 2010, ia penuh dengan booth syarikat luar negara. Saya ingat lagi bagaimana banyak brochure luar negara saya dapat. Kali ini, satu pun tidak ada dalam tangan. Apa sudah jadi?

Tambahan lagi, terdapat lambakan MLM membuka gerai di tepi jalan. Saya juga lihat ada segelintir orang yang cuba menjual buku 'Biografi Syed Mokhtar Bukhari' dengan harga RM25. Dei macha, itu buku harga RM20 sahaja di MPH. Apa pasat lu olang mau jual itu macam mahal? Minyak kereta mahal sangat ka?

Menurut rakan saya lagi, harga sewa booth MAHA sungguh tidak berbaloi dengan kadar keuntungan. RM5.8k untuk 10 hari MAHA berlangsung. "Ia lebih sesuai untuk syarikat buat pelaburan cari rangkaian dan kenalan. Keuntungan tidak boleh jadi asas untuk buka booth di MAHA," kata Yaya.

Oh, ini sungguh memalukan. Apabila bertukar pemimpin, pertanian juga bertukar rupa. Setiap pemimpin membawa ideologinya untuk gah menarik perhatian rakyat atau untuk memajukan rakyat?

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada tahun 2008, saya bawa pulang 3 bag penuh dengan brochure.

      Pada tahun 2010, saya bawa pulang 2 beg penuh dengan brochure.

      Pada tahun 2012, saya bawa pulang 1 beg penuh brochure.

      Pada tahun 2014? Entah ada entah tak lagi MAHA.

      Hmmm.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia