Serangan jemaah tabliq

5 bualan
Pin It
"Saya tak berapa suka dengan sikap segelintir jemaah tabliq," kata pak Haji. "Baru dua tiga hari lepas mereka ada datang berziarah di surau Persint 15-12A. Tak hormat langsung jemaah di sekitar itu. Biarlah habis solat sunat dahulu barulah sampaikan tazkirah. Ikut budaya dan adat sinilah."

Aku hanya mendengar sahaja. Baru kejap tadi selesai satu ceramah agama di surau Persint 15-12B. Selepas solat Isyak berjemaah ada sedikit jamuan ringkas. Aku yang hanya datang untuk solat berjemaah turut dijemput sama makan.

"Marilah. Raikan jamuan yang ada. Tak elok tolak rezeki," jemput pak Haji.

Aku teragak pada awalnya untuk hadir. Yelah. Sudahlah aku tidak datang dengar kuliah maghrib, inikan pula nak bertandang makan. Tapi demi tidak menghampakan jemputan pak Haji, aku turut serta sahaja.

"Yang saya pelik juga, mereka ini nak kita dengar ceramah mereka tapi tak la h pula nak dengar ceramah kita," kata ustaz Mat, penceramah jemputan.

"Mereka ini bagus juga. Jika datang berziarah, setiap daripada jemaah itu boleh beri tazkirah. Tak perlu kitab."

"Mereka guna kitab fadhilat Amal. Penulisnya dari India..."


Aku hanya mengiyakan perbualan orang-orang tua sekeliling aku. Di hadapan aku terhidang roti canai. Syukur Alhamdulillah. Ada rezeki.

Empat roti canai aku santap. Orang sekeliling senyum sahaja tanda suka. Yelah. Mereka semua sudah makan sebelum datang dengar ceramah. Aku pula belum lagi makan malam. Rezeki kata orang.

"Yang bagusnya, jemaah tabliq ini tak kisah orangnya. Orang marah ka, orang puji ka, mereka tetap jalankan tanggungjawab mereka. Menyampaikan seruan kebaikan kepada orang ramai dari rumah ke rumah."

Aku basuh tangan. Salam para jemaah yang sedang leka bersosial antara satu sama lain. Aku balik ke rumah terfikir akan apa yang pak Haji ceritakan itu. Moga-moga ada kebaikan buat para jemaah tablik ini di bumi Malaysia.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. Sepanjang keluar, selalu amir sab tekankan tentang adab tertib. Mungkin mereka terlepas pandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin. Yelah. Jemaah tabliq ini datang daripada pelbagai latar belakang. Pasti ada kelemahan juga. Teguran boleh mematangkan seseorang.

      Padam
  2. Kadang jemaah tabligh ni agak mengganggu jgk..mengetuk rumah orang walaupun waktu kerja kan yang mana suaminya tak ada kat rumah..macam tak eloklah kan gitu

    BalasPadam
  3. umumnya gerakan tabligh sangat bagus. cuma segelintir jemaah perlu memperbaiki cara dan teknik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. memang betul tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi kena juga tahu sesitiviti orang ramai.
    biasanya rungutan orang ramai tentang:
    - pakaian
    - kekemasan, kebersihan
    - waktu datang ziarah
    - adab datang ziarah

    BalasPadam
  4. @ummuaidan
    Itu satu persoalan yang menarik.

    @Nur Fauzi Basar
    Saya setuju. Sebenarnya apabila saya menyertai seketika jemaah tabliq ini, barulah saya tahu bagaimana gerak kerja mereka. Namun kerana sikap segelintir jemaah mereka yang tidak menjaga tatatertib, masyarakat memandang serong terhadap mereka pula.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia