Seorang penulis juga memerlukan kumpulan motivasi

5 bualan
Pin It

"Aku lihat kau ni tak habis habis bercerita tentang menulis. Apa karya yang telah kau hasilkan dan diterbitkan selain menulis di Wikipedia?" tegur seorang kawan saya.

Saya hanya senyum tawar di hadapannya sambil menyuap nasi berserta lauk ke mulut saya. Saya kunyah perlahan makanan yang ada di dalam mulut ini. Cuba berfikir apakah jawapan terbaik yang boleh saya berikan kepada dia.

Kami baru sahaja beredar dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat. Singgah sebentar di kedai makan Padang. Ramai sungguh orang yang datang ke kedai Kak Ema kali ini. Saya bernasib baik sempat mengambil ulam pegaga buat lauk sayur saya pada kali ini. Selalunya ia habis apabila saya sampai di kedai makan Kak Ema.


"Hmmm. Mungkin aku masih mencari rakan yang sama minat dengan aku. Berkongsi idea dan cerita serta bersaing siapa akan keluar nama dahulu di majalah atau akhbar terbitan tempatan," terang aku perlahan cuba menjelaskan apa yang tersirat di hati aku ini. "Ia seperti satu penggalak apabila kita berada dalam satu kumpulan yang mempunyai minat menulis. Sungguhnya aku masih mencari rakan itu lagi."

Luqman tersenyum mendengar jawapan aku itu. Aku tahu dia sendiri pun mempunyai pelbagai perkara lagi yang hendak difikirkan. Daripada riak wajahnya sahaja aku sudah mengerti ada semacam beban yang dia tanggung. Mungkin aku bukanlah orang yang sesuai untuk memberi nasihat.

Lagipun memberi nasihat ini bukanlah satu perkara mudah. Walaupun seseorang itu datang meminta nasihat, tidak semestinya ia mahukan nasihat itu. Selalunya dia hanya mahukan sokongan atau untuk kita setuju atau sekurang-kurangnya ambil perhatian akan tindakan yang telah dia fikirkan.

"Tidak mengapalah. Kita teruskan dengan projek buku kita itu. Nanti di bilik aku, kita bincang lebih lanjut," sambil dia menghirup air seteguk.

Saya hanya menganggukan kepala, tanda setuju.

Saya suka bercerita tentang impian saya ingin menjadi penulis kepada beberapa rakan terpilih saya. Bukan lah semua orang akan saya ceritakan ini. Saya takut, nanti jika tersilap pilih rakan bersembang, mood saya untuk terus mempunyai impian menjadi seorang penulis akan hilang begitu sahaja.

Ada sesetengah rakan saya bersikap optimistik dan ada pula bersikap skeptikal. Jika rakan itu bersikap optimistik, tentulah saya akan cerita lebih tentang impian yang ingin saya gapai ini. Sebaliknya pula, jika skeptikal dan ejekan dikeluarkan daripada mulut mereka, itu tandanya bukanlah orang se geng dengan saya.

Saya masih mencari geng menulis buat motivasi saya dan dia (mereka). Semoga Allah mengurniakan saya kumpulan itu agar kami boleh menyumbang seberapa banyak ilmu di dunia ini dalam bahasa ibunda yang kami cintai. Amiin.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. Jgn berputus asa.
    Teruskan usaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Jom sama-sama jadi penulis.

      Padam
    2. saya jadi penulis?

      erk...entah. :)

      kamu nk jadi penulis yg mcm mne?

      sila sertakan contoh. :P

      Padam
    3. Eh? Menulis di blog pun dah dikira penulis.

      Padam
    4. oh..

      walaupun kita just menulis mcm ni - .

      huhu~

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia