Ahad, 2 Disember 2012

Sapaan takdir untuk fotografer amatur


Semalam saya pergi ke MAHA. Berlakon menjadi fotografer terhebat berpakaian dengan kemaja T petak-petak dan seluar slack cokelat serta berselipar biru. Niat hanya ingin merantau mencari gambar untuk isian Wikipedia Bahasa Melayu.

Sedang elok berjalan seorang diri... seorang makcik menegur saya.

"Adik, akak ni dari Yayasan Kasih Sayang Malaysia. Semalam dan call pihak MAHA untuk hantar fotografer datang tangkap gambar booth kami. Sekarang baru datang. Kenapa tadi panggil buat dek je?"

"Eh? Maaf la kak. Saya tak perasan." Jawab aku. Yelah. Orang ramai di sini manalah saya hendak perasan akan panggilan seorang makcik.

"Jom tangkap gambar akak dengan booth akak nih," ajak dia ke boothnya.

Saya agak terkejut dengan ajakan itu. Saya datang untuk jalan-jalan sahaja di MAHA 2012 sebelum ia menutup tirai esok. Lagipun, saya hanya mahu tangkap gambar-gambar menarik dengan kamera DSLR yang saya pinjam daripada sahabat saya. Sambil itu mengambil pelbagai brochure yang disediakan.

"Tapi saya ni bukan fotografer MAHA. Saya jalan-jalan je."

Muka makcik itu pula terkejut. "Eh? Begitu...Minta maaf la salah orang," muka makcik itu berkerut, "tapi jom la buat kerja kebajikan tolong saya tangkap gambar. Malam ni saya dah nak balik ke Kelantan..."

Dia tetap berkeras ingin saya menangkap gambarnya bersama booth YKSM di MAHA ini. Saya teragak seketika. Rasa bersalah pula. Namun, saya pergi jua bersamanya ke booth YKSM.

"Ini untuk buat kenangan dan bukti yang saya ada buka booth di MAHA. Sebenarnya kami....(dan entah apa dia terang. Saya kurang mendengar).. "

Begitulah penerangan lebar makcik itu. Saya hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Berapa bayaran adik caj? Saya ni buat kebajikan je. Harapkan bantuan daripada orang luar..."

Saya faham. Lagipun saya ini bukanlah jurugambar profesional. Hanyalah amatur yang baru hendak berjinak dengan DSLR. Tidak patut untuk saya caj. Saya akan emelkan gambar secara percuma sahaja.

"Ini e-mail saya. Nanti saya akan email gambar-gambar yang saya tangkap." Saya isi beberapa maklumat diri di dalam buku yang dia berikan. Dan makcik itu memberi kad nama syarikatnya sebagai pertukaran.

Tuan booth bersama Yayasan Kasih Sayang Malaysia (YKSM).
"Terima kasih la dik. Mungkin ini takdir Allah untuk pertemukan adik dengan akak. Alhamdullillah." Kata makcik itu sebelum saya berangkat pergi ke booth lain pula. (Entah apa la gambar aku tangkap. Rasa kasihan pula kalau nak caj makcik ini bayaran.)

Beberapa lama kemudian baru saya perasan. Saya lupa isi nombor HP saya! Hmmm... mungkin saya boleh selitkan pada emel nanti.

Tak sangka dengan hanya menyangkut sebiji kamera DSLR di leher ini mampu meningkat rupa paras (personaliti) saya menjadi seorang fotografer di khalayak ramai. =)

6 mengomel

Setiap detik pelbagai perkara tak diduga berlaku..

pakai vest pun boleh nampakkan penampilan. tambah lagi dengan kamera dslr

Tak apalah ..gembirakan hatinya dengan menangkap gambar secara percuma pun dapat pahala juga...

Moga bantuan yg diberi secara 'bidan terjun' memberi pelbagai rahmat buat bro kerana hanya DIA yg tahu kenapa insiden itu berlaku

wow... terus jadi rupa photog-pro yer... ;p

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon