Subjek bertukar peringkat

2 bualan
Pin It

Kadang-kala saya tertanya kenapa la saya perlu ambil lagi kelas peringkat ijazah walhal saya ini sudah masuk ke peringkat pasca-ijazah (master)? Hmmm. Mungkin ada hikmah segalanya untuk ini.

Pada semester ini saya mengambil 2 kelas yang ada persamaan dan juga perbezaan. 1 kelas 'Perubahan Iklim dan Pertanian' dan satu lagi 'Fizik Tanah'.

Sememangnya ia ada kaitan tetapi tidak begitu dekat. Setelah 13 minggu (tolak 2 minggu awal saya ponteng. erk) saya dapati kelas 'Perubahan Iklim dan Pertanian' membuka luas mata saya terhadap perubahan iklim dunia. Ia satu subjek yang menerangkan bahawa disamping kita membuka tanah untuk pertanian, kita juga perlu fikir akan kesannya kepada dunia.

Malaysia memang mempunyai 50% hutan lagi berbanding orang Puteh 35% tetapi ketahuilah Malaysia memegang 10% populasi hutan dunia berbanding mereka 3%. Banyak beza tu! Bak kata pensyarah saya, kita bagaikan menikam diri sendiri jika ingin mengurankan hutan kita sama seperti orang Puteh. Ia satu perkara yang sangat dasyat!

Bayangkan kita kerugian pelbagai jenis biodiversiti kehidupan. Jika kita betul meneroka hutan kita (berjalan kaki dan bukannya dengan lori balak), pastinya kita mungkin boleh mengetuai dunia dalam industri herba dan kesihatan. Haiwan eksotik juga boleh dikomersilkan (ok ini pastinya kena terkawal) melalui pelancongan. Tangkap seekor landak kecil eksotik dan kurungnya untuk tontonan ramai.

Saya juga beruntung kerana dapat berkenalan dengan junior-junior sefakulti dengan saya. Terasa seperti saya seorang pelajar ijazah lagi. Dengan projek saya yang masih dalam 'perjalanan' dan berbagai lagi masalah yang kian tidak melanda. Huh!?

Apapun, saya kena target A untuk subjek-subjek ini agar ia tidak menjatuhkan gred master saya. Susah lah saya nanti jika ingin sambung ke peringkat lebih tinggi dengan gred yang rendah. Huh!?
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Betul tu bro, syukur kita masih ada banyak lagi hutan tetapi saya pasti, atas nama pembangunan dan keperluan penduduk, hutan-hutan ini pastinya akan hilang suatu masa kelak. Mungkin pada era anak/cucu kita telah meningkat dewasa :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya akan tinggal Taman Negara sebagai benteng terakhir hutan kita. =(

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia