Perubahan drastik design blog

8 bualan
Pin It

Alhamdulillah. Akhirnya saya menukar jua templat blog saya ini. Sekarang dalam proses pengubahsuaian untuk menepati cita rasa saya. Heh. Sukanya!

Sebenarnya sebelum ini saya sangat takut untuk menukar templat blog. Yelah. Saya ini cuma tahu menaip sahaja di blog. Gunakan sahaja templat yang sedia ada. Malas nak fikirkan benda lain.

Cuma apabila saya telah diberi tugasa untuk mengendalikan satu blog dan perlu mengubahsuainya, saya akhirnya sedikit demi sedikit berani mencuba. Alhamdulillah, diizinkan Allah saya dapat berjumpa dengan orang yang juga seperti saya. Iaitu orang yang belajar ubah blog dengan kaedah cuba-cuba.

Memanglah kami ini bukan orang IT Web, tapi tak salah kalau kami mencuba.

Saya lihat web browser yang paling mesra untuk saya ubah templat ialah Google Chrome. Setakat ini Firefox seperti mengalihkan saya daripada melakukan perkara yang sepatutnya saya buat apabila mereka bentuk blog.

Bagaimana pula pandangan pembaca tentang templat blog baru saya ini? Tinggalkan komen anda di bawah. Insya-Allah perbincangan ini pasti mendatangkan manfaat buat kita semua.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 ulasan:

  1. nampak bersih dan santai. boleh pinjam selipar yang sepasang kat tepi ni? heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih! Lega dengan komen positif. Silakan. Selipar jepun untuk semua. Ngeee.

      Padam
  2. alhamdulillah.
    sangat menarik walaupun simple.
    boleh kongsikan ilmu?
    :)


    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya copy and paste sahaja template blog daripada http://www.premiumbloggertemplates.com/
      Kemudian ubahsuai coding ikut citarasa.

      Padam
    2. Oh

      Trimass atas perkongsian. Saya tidak begitu tahu berkenaan ubahsuai blog. Tetapi, diri terasa perlu untuk belajar.

      :)

      Padam
    3. Sama-sama. Saya tak berapa nak share di blog tutorial tukar blog template sebab sudah ada banyak di google.

      Padam
    4. Tulah.
      Just taip sahaja, banyak yang keluar.
      Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
      Banyak juga saya belajar bab design blog ni. Selalunya menulis je. :)

      Trimass atas perkongsian!

      Padam
    5. Sama-sama. Insya-Allah saya yakin nanti anda pasti dapat menguasai design template ni. Kita semua bermula daripada 0. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia