Perubahan cuaca bahasa

Berbual
Pin It

Saya minat menghadiri kelas pada semester ini terutama kelas 'Perubahan cuaca dan pertanian'. Kelas tersebut diajar oleh seorang pensyarah yang fasih berbahasa kebangsaan. Kelas pengajarannya berlangsung hampir semua dalam bahasa Melayu.

Saya sungguh kagum bagaimana beliau begitu gigih mengajar dengan matlamat utama adalah untuk pelajar mudah faham apa yang beliau ajarkan. Saya akui pengajaran beliau sungguh mudah difahami apatah lagi apabila bahasa komunikasi yang digunakan adalah bahasa yang saya gunakan harian. Mungkin sesetengah isitlah beliau gunakan berkait dengan bahasa Inggeris, tetapi cara penyampaian beliau unik dan mampu membuatkan pelajar terhibur.

Nota semestinya dalam bahasa Inggeris. Ya saya tidak menolak ini akan membuatkan pelajar kita malas untuk belajar BI tetapi saya tidak setuju untuk itu. Matlamat utama belajar adalah untuk faham bukannya untuk tingkatkan kemahiran bahasa. Ia dua benda yang sungguh berlainan!


Buktinya, ujian satu dan dua yang dijalankan semua pelajar kelas beliau mendapat markah lebih dari 70% (tak dinafikan ada yang malas datang ke kelas beliau) berbanding semester lepas.

Saya masih tertanya kenapa masih bergaduh tentang penggunaan BI sebagai medium pengajaran jika kita sendiri tahu bahasa dan ilmu boleh jadi dua perkara yang berbeza? Saya tidak kisah untuk belajar dalam BI kerana saya sendiri suka membaca buku-buku BI. Lagipun bukan mudah untuk mendapat buku-buku ilmiah dalam bahasa ibunda.

Cuma, saya kasihan dengan rakan-rakan saya yang masih lemah dalam penguasaan BI. Ada yang mengherdik kerana tidak pandai BI tidak boleh berjaya. Dan yang mengherdik itu semestinya menggunakan BI sebagai bahasa ibunda mereka (iaitu mereka yang lupa asal usul mereka).

Ah ia satu yang subjektif untuk dibincangkan. Yang penting, saya suka tadadbur ayat-ayat al-Quran dalam bahasa ibunda saya kerana saya lebih terkesan berbanding BI.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia