Pembentangan dari serata dunia

4 bualan
Pin It
Pagi dan petang tadi saya luangkan masa untuk mendengar pembentangan seminar pelajar ijazah dan kedoktoran di fakulti saya.

Saya baru sahaja tahu ada seminar pembentangan semalam. Itupun apabila penyelia saya hubungi saya dan suruh saya datang seminar hari ini. Beliau tanya kenapa semalam saya tak datang. Saya terkejut. Saya tak tahupun ada seminar pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Nasib baiklah saya tidak tercalon untuk sesi semester ini. Objektif utama penyelia saya adalah untuk saya memahami apakah itu gelaran ijazah sebenar. Lihat projek orang lain. Dapatkan ilham bagaimana hendak menulis kaedah terbaik. Bukan hentam kromo sahaja.

Baiklah.

Sesi pagi kami dihidangkan dengan 6 pembentangan. Saya dapati 3 pembentangan sahaja hebat. Yang 3 lagi kurang. Antara 3 terhebat itu pula ada seorang Mat Saleh. Terkejut juga saya lihat orang Puteh buat kedoktoran di negara ini. Tambahan lagi negara presidennya orang kulit Hitam.

Aish. Terasa izah pula di dalam hati ini. Bangga Malaysia menjadi pilihan orang Amerika. Hahah. Tapi tidaklah sampai mengagungkan mereka pula.

Pada awalnya saya ingatkan dia itu orang Australia. Slang orang Putehnya lain sedikit daripada drama 'Desperate Housewives' yang selalu saya tonton dahulu. Apabila difikirkan kembali, taklah seteruk mendiang pengacara Crocodile Hunter dahulu.

Tekaan saya tepat apabila penyelia saya mengiyakan dia memang datang dari Amerika.

Ada juga pelajar dari benua Afrika. Saya tak tahulah nak sebut negara mana. Bagi saya awang hitam semuanya datang dari Afrika. (erk. =.=")

Petangnya pula ada pembentangan dari Iran. Kurang saya faham sebab slang Iranglish sungguh kuat. Hmmm. Saya lebih gemar Manglish berbanding Iranglish atau Afringlish. Hahaha.

Ok lah. Itulah untuk saya kongsikan buat perjalanan seorang Master di Fakulti Pertanian.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. saya suka slang bahasa inggeris orang filipina. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka kedengaran akan slang Amerikarrr...

      Padam
    2. Mereka kedengaran slang sepanyol.. tapi kedengaran lebih 'sexy'. ha ha

      Padam
    3. Erk. Suaranya kah atau orangnya? Ha ha.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia