Sabtu, 8 Disember 2012

Melawan serangan gigitan serigala besar


Hah! Sudah habispun saya berjalan-jalan di serangan serigala kali ini (Big Bad Wolf). Sudah tiba masanya untuk saya buat ulasan pula. Saya juga tak nak terlepas berita ini sementara ia masih hangat! Tambahan pula rakan saya sudah buat entri terkini di blognya.

Buat penggemar buku seperti saya, hari pertama adalah hari terpenting berbanding hari-hari lain. Ini kerana buku-buku terbaik hanya ada pada hari pertama.

Ia bermula pada 7.10 pagi semalam. Saya dengan gigihnya bertolak dari rumah saya di Persint 15 ini terus ke MIECC. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit.

Nasib baik untuk parkir motorsikal, hari Jumaat tiada penjaga. Maka dapatlah parkir percuma. Jimat duit...

Kemudian saya dan beberapa orang pengunjung menunggu di lif. Alahai... lama la pula lif ini untuk turun. Tetapi sebaik sahaja lif terbuka, saya lihat 2-3 orang keluar dengan beg plastik berisi penuh buku. Pergh! Hebat! Baru sejam pesta jualan buku terbesar ini dibuka sudah ada pembeli pulang membawa hasilnya.

Ini buat saya sungguh teruja juga untuk membeli.


Sebaik sampai sahaja di dalam dewan jualan, saya terus membuat survey dahulu di mana seksyen untuk 'Home & Gardening'. Itu perkara pokok yang membuatkan saya datang ke sini.

Sampai sahaja di meja itu saya terus riki-riki buku yang menarik minat saya. Nampaknya kali ini buku-buku perkebunan bersaiz besar menguasai meja. Walaupun kali ini disediakan dua buah meja untuk menempatkan buku-buku perkebunan, saya lihat bukan semua berkaitan perkebunan. Ada juga tentang rumah...

Setelah pusing di dua buah meja itu, saya ambil beberapa buah buku sahaja. Entah kenapa kali ini buku perkebunan pilihannya kurang berbanding tahun lepas. Walaupun tahun lepas hanya satu meja, tetapi meja itu penuh dengan buku-buku perkebunan berlainan tajuk. Kali ini saya lihat penuh dengan tajuk yang sama sahaja.

Sebelah meja 'Home & Gardening' pula ialah meja 'Photography'. Saya sejak kebelakangan ini teruja untuk mempelajari kaedah penangkapan gambar yang betul terutamanya menggunakan kamera DSLR. Untuk itu saya ambil 2 buku besar berkaitan minat saya itu.

Penuh satu kotak bersaiz A3 yang ada ditangan saya ini.

"If you are having a great time picking your favourite books, and tired carrying it around you, you can save it at 'Storage counter' besides me," kata DJ Dave.

Dengar je pengumuman itu, terus aku pergi ke kaunter penyimpanan buku sementara.

Saya pusing pula di bahagian 'Reference'. Ada beberapa buku menarik minat saya yang membuatkan saya gatal tangan ambil.

 Untuk sesi beli buku kali ini, saya tidak menyediakan bajet langsung untuk membeli buku-buku cerita seperti novel. Novel yang saya beli tahun lepas pun masih tidak habis dibaca, inikan lagi mahu membeli stok baru.

Saya fikir, lebih baik saya beli buku bersifat ilmiah. Boleh saya buat rujukan nanti. Lagipun ia tidak perlu dibaca habis isinya. Hanya belek-belek mana-mana isi yang boleh dibuat rujukan bila perlu.

Ada juga buku-buku yang saya lihat sama seperti tahun lepas. Ni, Big Bad Wolf kitar semula ka buku yang tak laku tahun lepas? Hmmm....

Apa yang buat saya pelik, ada juga novel-novel Melayu dijual di sini. Pesta jualan buku ini saya ingatkan hanya menempatkan buku bahasa Inggeris sahaja. Tetapi novel yang lihat hanyalah novel picisan sahaja. Bukanlah novel berkualiti. Boleh tak endah je benda sebegini.

Untuk kali ini saya terlebih bajet pula beli buku. Saya target untuk habiskan sebanyak RM150 sahaja. Tapi terlebih RM24 pula.

Sebenarnya hampir RM200 buku-buku yang aku pegang sebelum aku menjejak kaki ke kaunter pembayaran. Aku lepak di tepi-tepi tempat kosong untuk mengisingkan buku yang aku perlu dan buku yang mungkin aku perlu. Setelah pengasingan berlaku, akhirnya dapatlah kurangkan ke RM174.

Beberapa buah buku terpaksa saya korbankan untuk tidak dibeli seperti 'Man from Mars, Woman from Venus' dan triloginya. Buku-buku perlancongan juga terpaksa saya simpan hasrat untuk beli.

Saya juga mendapati sukar untuk jumpa buku berharga RM3, 4, 5, dan 6. Nampaknya kali ini pihak BBW telah menaikkan harga-harga buku mereka. Kalau dahulu saya lihat buku saiz A3 kulit keras, harganya dalam RM15-20. Kali ini RM25-35.

Apapun ia tetap dalam lingkungan harga yang boleh saya mampu milik.

Setelah sesi penyisihan, saya terus ke kaunter bayaran. Tak sanggup nak lihat buku dah. Nanti takut tangan gatal nak menambah...

Hati saya pulang dengan gembiranya walaupun raga motorsikal saya ini sudah penuh dan saya terpaksa bawa perlahan....


Galeri:



















4 mengomel

Wah! Bestnya bro dah dpt pergi. Saya x pasti bila nk dpt pergi. Tak silap, seawal jam 0630hrs telah dibuka untuk hari pertama. Hari berikutnya buka ikut waktu operasi biasa

Yup. Saya datang 7.30 pagi sudah nampak ada orang beredar dengan beg plastik berisi buku... Cepatnya!

waaa...bestnye dpt pergi. saya nak g tp mamber ckp Sgt sesak...dah la mines tu mmg sesak. faham2 la.....dgr mamber cite nk masuk je pun bagai nk pengsan. belum kira time baratur nak bayar. huhu.....tp serious mmg murah compare beli di kedai buku.

Oh itu hanya alasan bagi yang kurang minat baca buku puan! Bak kata seorang pakcik ni yang saya terdengar ketika BBW 2011 lepas "We are in war! Take it all!"... =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon