Mak Tam vs. Pak Anim

Berbual
Pin It

Baru-baru ini seorang sahabat saya berkongsi satu blog tentang pertanian kepada saya. Pewaris blog terebut, Mak Tam namanya, cukup pandai bercerita. Tertarik untuk saya terus leka membaca dan membelek setiap postnya. Pandai juga Mak Tam guna blog, fikir saya.

Ini sungguh berbeza dengan satu lagi laman pertanian yang dulu saya fikir berkualiti. Blog en. Anim telah lama saya tinggalkan untuk dibaca atau dibelek sejak ia dimasuki virus malware. Saya sudah komen di blog dia, tetapi tiada respon mahupun tindakan.

Sebagai orang Jabatan pertanian, saya lihat kedua-duanya mempunyai cara yang sungguh berlainan dalam menyampaikan maklumat. Apa yang menarik lagi, blog Mak Tam mempunyai maklumat berguna tentang pertanian. Mak Tam dengan baik hati menyatakan sumber rujukan beliau pada setiap postnya. Ini berbeza dengan en. Anim yang bagi saya agak kedekut untuk berkongsi mana sumber dia dapat.

Ternyata Mak Tam lebih berjaya menarik minat saya untuk terus mengikuti perkembangan terbaru pertanian di Malaysia. Sumber pertanian yang diberikan juga sahih dan berkualiti artikelnya.

Blogger tidak boleh terlalu taksub untuk letak iklan sampai menghilangkan integriti
mereka sebagai seorang blogger berkualiti.
Manakala en, Anim menjauhkan saya untuk tahu apa terbaru pertanian di Malaysia. Sudah la template blog yang digunakan kurang mesra dan berserabut, inikan lagi ditambah dengan virus yang ada. (Sila berhati-hati apabila berkunjung ke blog Pak Anim yea)

Walaupun en. Anim mengendalikan dua blog (animagro dan animhosnan), tetapi isi-isi keduanya hampir sama sahaja. Cuma bahasa sahaja berlainan iaitu BM dan BI. Aku harap sangatlah en. Anim ni tukar templat yang lebih cantik dan mesra pembaca.

Penulisan Pak Anim juga tidak konsisten. Aku rasalah, Pak Anim ni dah lupa bagaimana nak tulis dengan betulnya. Hampir semua perkataan yang bukan kata nama Khas digunakan kata nama khas. Aiseh. Susah la kalau begini. Penulisan masih ada peraturannya. Tapi nak buat gane, itukan blog persendirian?

Bagi isi pula, Pak Anim kadang-kala memberi maklumat yang berguna tetapi aku ragu-ragu akan itu. Sumbernya tidak dinyatakan secara spesifik. Susah untuk dibezakan mana fakta mana auta.

Ini berlainan dengan Mak Tam. Beliau ada nyatakan sumber berserta pautan. Aku rasa Mak Tam lebih terlatih untuk menulis penulisan yang betul berbanding Pak Anim.

Peliknya, Pak Anim dulu ada belajar sama di UPM. Sedih juga la apabila seorang yang terpelajar 'ijazah muda' menulis sebegitu rupa. Ia bagaikan mencurahkan air ke daun keladi sahaja. Mana taknya, di universiti dahulu belajar menulis dengan baik, tetapi kenapa tak diamalkan selepas habis belajar?

Ini mungkin boleh dilihat sikap endah tak endah pelajar dahulu dan kini tentang etika hidup. Hmmm...

Untuk sesuatu blog itu menjadi terkenal dan disukai ramai, blogger kenalah melayan komen yang tercatat di blog mereka. Janganlah nak melepaskan batok di tangga sahaja post itu. Ada yang membaca dan tertarik untuk berkomen. Hargailah pembaca itu.

Aku tabik sama Mak Tam kerana bijak mengendalikan blognya. Penulisan beliau pun sudah cukup menarik minat aku mengenali lebih mendalam apa itu SRI. Mana taknya, fungsi kategori dan tag digunakan sepenuhnya oleh Mak Tam. Kalah blog saya ini yang berterabur habis label. Niche pun tiada.

Harap Pak Anim baca le post aku ni. Tak larat aku nak mengomen dah setiap post di blognya. Sudah la macam-macam iklan mengarut diletakkan sampai aku sendiri rasa jengkel untuk mengomen di sana.

Kesimpulannya, perlawanan antara Mak Tam vs. Pak Anim, menunjukkan Mak Tam menang. Yeay!

Blog:

Mak Tam vs. Pak Anim
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia