Sabtu, 15 Disember 2012

Kudrat si tua buat generasi ini


Saya tertarik dengan satu berita bertajuk 'Penghargaan cinta botani Engkik' yang dikongsikan bersama seseorang di laman Facebook. Ia tentang seorang ahli botani yang pada asalnya bukanlah peminat botani.


Namun, setelah beliau makin lama makin dipaksa dengan cara pembelajaran botani di sebuah kolej pertanian, akhirnya dengan secara tidak langsung beliau jatuh cinta kepada alam sekeliling ini. Tumbuhan telah menjadi teman rapat buatnya setelah itu.

Kini, beliau dengan bangga ingin menerbitkan buku khas dari Malaysia oleh rakyat Malaysia. Aku sangat setuju dengan pandangan beliau. Walaupun usaha ini memakan masa, tetapi ini melibatkan soal maruah. Malulah jika penemuan dan rekod tumbuhan herba di Malaysia dicatat oleh orang luar (foreigner).

Apakah kita tiada tenaga pakar untuk menghasilkan buku 'made in Malaysia'? Oh oh ini sungguh menaikkan semangat saya untuk turut serta menyumbang perkara baik dan berkualiti buat ummah.

Contoh terbaik adalah buku perkebunan atau berkebun atau kebun (entah la. Aku pun masih keliru nak guna istilah apa untuk gardening?). Kelibat buku-buku tempatan masih kurang. Saya akui mungkin kerana kita kekurangan penulis (atau pembaca?) dalam bidang hortikultur dan perkebunan ini. Dan saya sokong akan usaha blogger, En. Iskandar, dalam membukukan penulisannya buat bacaan umum.

Semoga lebih ramai penulis Malaysia bangkit menulis benda berkualiti selain daripada novel-novel Melayu asyik (auch!).

2 mengomel

Buku - penerbit - pasaran - untung - populariti.

Pasaran takde.
Permintaan kurang.
Lambakan bahan bukan ilmiah formal.
Persepsi penerbit.

Mungkin juga. Hmm. Nampaknya saya perlu mengkaji lagi pasaran untuk hortikultur dan perkebunan ini.

Lagipun, penulis sekarang tidak boleh jadi seperti dulu kala. Sekarang zaman Internet. Saya suka kalau penulis boleh berinteraksi melalui twitter ataupun Facebook bersama peminatnya. Seperti yang Hilal Asyraf lakukan. Tanda dia uptodate dengan zaman.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon