Budaya orang Melayu

2 bualan
Pin It


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Kuarters tempat saya tinggal bersebelahan sahaja dengan surau. Mudah untuk saya mendengar azan kala masuknya waktu solat. Surau ini diselanggara oleh jemaah yang tinggal di Persint ini.

Saya lihat budaya Melayu masih berakar kuat di surau ini. Ceramah-ceramah yang diadakan di surau ini jelas boleh didengar sekitar kuarters. Ia mungkin satu kesalahan kerana bagi orang yang tidak faham budaya Melayu akan mengatakan ceramah itu sebagai satu gangguan ketenteraman awam.

Alhamdulillah. Saya bersyukur orang sekeliling memahami. Walaupun jemaah di surau ini tidaklah mencecah dua saf, sifat hormat akan surau masih ada di dalam diri setiap penduduk di sini.

Keadaan ini membuatkan saya terfikir bahawa budaya Melayu tak jauh bezanya dengan apa yang diajarkan oleh Islam. Sifat hormat akan orang tua contohnya. Dalam adat orang Melayu, panggilan hormat seperti pak cik, mak cik, along, angah, abang, kakak, atuk dan nenek digunakan bagi menggelar orang yang lebih tua. Ini berbeza dengan orang Puteh.

Bagi orang Puteh, gelar sahaja dengan nama orang itu atau gunakan kamu atau awak sebagai kata ganti diri kedua. Istilah pak cik dan mak cik jarang diguna pakai. Mereka tidak kisah akan itu.

Tetapi tidak bagi adat orang Melayu. Wajib menggelar orang lebih tua dengan pangkat nama atau ia akan dianggap biadap. Saya, contohnya amat sukar untuk menghantar emel kepada pensyarah dengan perkataan 'you' apabila berhubung menggunakan kata pengantar Inggeris.

Saya lebih suka menggelar mereka Dr.. Ia dibaca hormat. Saya tahu mereka mungkin tidak kisah kerana mereka terpelajar dan pendidikan tinggi mereka dari negara orang Puteh. Namun bagi saya, sifat hormat itu masih perlu ada walaupun menggunakan bahasa Inggeris.

Kemudian saya terfikir, betullah bahasa juga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya fikir seseorang itu. Bagaimana kini penjajah iaitu kosmologi Inggeris cuba menguasai kosmologi Melayu dengan bahasa.

Kosmologi Inggeris berkaitan langsung dengan Kristian manakala kosmologi Melayu berkait rapat dengan kosmologi Islam. Boleh difahamkan kosmologi Inggeris-Kristian dan kosmologi Melayu-Islam.

Pemerhatian saya sebagai orang Muda perlulah selari dengan budaya Melayu yang murni. Saya tidak percaya orang Melayu malas. Saya percaya orang Melayu ada potensi yang tersembunyi. Ia akan menjadi sinar yang bercahaya jika orang Melayu memahami budaya mereka sendiri. Budaya yang berkait rapat dengan agama mereka, Islam.

Banyak lagi perlu saya belajar akan budaya Melayu. Apa yang pasti, ia tidak berhenti setakat ini. Insya-Allah.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. artikel bagus! cuba bandingkan dengan maafcakap.blogspot.com, penulisnya banyak menulis dalam sinar harian. Izham cuba refine artikel ni dan hantar ke sinar harian, etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm. Aku tak tahu caranya nak hantar artikel ke sana.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia