Berbahasa Inggeris terbaik?

Berbual
Pin It
"Awak kena baca membaca. Jangan malas," tegur penyelia projek aku. "Inilah pelajar Melayu sekarang. Lemah BI. Tak da passion langsung untuk membaca.... awak tahu passion itu apa?"

Erk. Aku diam sebentar. Tahu. minat atau keghairahan. Bergantung kepada ayat. Tapi saya diam sahaja.

"Itulah. Susah. Kita tahu pelajar kita lemah BI. Nak bantu pun susah. Aish..."

Oh. Rupanya penyelia saya mengatakan saya kurang baca BI. Alamak! Sebenarnya Dr., saya memang minat baca BI tetapi kurang latihan menulis sahaja. Mungkin cakap dalam BI pun agak tergagap-gagap. Mana la saya tahu bahasa komunikasi BI. Yang saya tahu Manglish sahajalah.



Ini membuatkan saya terfikir, kenapa pelajar Melayu khususnya lemah BI? Saya ada terbaca tentang isi semasa iaitu penurunan pelajar aliran sains. Kenapa? Ada yang mengatakan ibubapa semakin berfikiran terbuka dan memberi pilihan besar untuk anak mereka memilih kerjaya hidup mereka.

Saya pula pandang sebaliknya. Ini kerana sistem sains dan matematik bahasa Inggeris. Yelah. Kalau sudah dari kecil tak faham apa dia belajar, takkan bila sudah besar nak teruskan apa yang tak faham? Aliran sastera banyaknya dalam bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan.

Saya sampai sekarang masih tidak setuju penggunaan BI dalam sains dan matematik. Kalau ikut surat khabar, yela ada ibu bapa sokong. Itu ibu bapa bandar. Cuba tanya ibu bapa pendalaman? Mereka hanya ikut sahaja peredaran zaman. Cuba tanya murid yang sedang belajar. Mereka ikut sahaja apa yang guru berikan. Cuba lihat keputusan penilian peperiksaan. Ha!?

Buktinya berlaku penurunan mendadak. Namun kerajaan cuba sembunyikannya. Hanya cikgu-cikgu yang mengajar sahaja tahu perkara sebenar. Kasihan saya mendengar rintihan guru yang mengajar. Mereka sedih pelajar tak faham apa yang mereka ajar.

Kenapa tak diajar sahaja dalam bahasa Melayu sains dan matematik sejak kecil lagi?

Perkara ini kita lihat kembali kepada zaman akhir Tun. Dr. Seri Mahathir. Hasrat murni beliau adalah untuk rakyat Malaysia berkebolehan berbahasa Inggeris. Namun hasratnya ini tak kesampaian sehinggalah beliau pencen daripada menjadi perdana menteri. Sempat la suku-sakat beliau menyampaikan hasratnya itu dengan menukar sains dan matematik ke bahasa Inggeris.

Kononnya untuk memperbaiki bahasa Inggeris. Aduh. Cara ini salah sama sekali. Lihat apa yang terjadi sekarang. Pelajar keliru. Mereka tidak ada rasa ezzah atau bangga dengan bahasa ibunda. Mereka sanggup mencampurkan bahasa dengan mengatakan itu bahasa terkini.

Mereka telah meliberalkan bahasa Melayu.

Salah tetap salah. Percampuran bahasa adalah salah. Mungkin kerana tidak mahu dianggap skema. Tapi saya tak kisah orang anggap blog saya skema berbahasa Melayu baku. Kerana matlamat utama saya adalah menyampaikan maklumat secara santai dengan bahasa Melayu baku.

Semoga bahasa Melayu tinggi terus mencapai tingkat tertinggi dan akan tertanamnya rasa ezzah dalam setiap diri penutur bahasa ibunda bahawa dengan bahasa Melayu, mereka juga boleh berjaya di dunia dan akhirat.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia