Jumaat, 2 November 2012

Troll akak CIMB Insurans


Tadi ketika saya sedang sibuk melayari Facebook, telefon bimbit saya berdering. Tertera no pejabat dari Selangor.

Adakah ini peluang untuk saya menjadi home tutor? Berdebar nak angkat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Encik Wong?" kedengaran suara seorang wanita. Dia menjawab salam, bermaksud dia seorang wanita Islam.

"Ya saya."

"Saya dari CIMB KL call en Wong untuk memberi sedikit maklumat terbaru CIMB. Sebelum itu, untuk pengetahuan en., perbualan kita dirakam.

CIMB ada menawarkan pakej insurans terbaru. Sekarang en. Wong buat apa ya?"



Alamak! Panggilan hangit ini lagi. Di manalah si wanita Melayu ini dapat nombor telefon bimbit aku nih. Kalau ikutkan hati, hendak sahaja saya letak telefon bimbit saya ini. Entah bagaimana terdetik untuk memberi kesedaran kepada orang sebegini.

"Saya menganggur. Duduk melepak dengan kawan-kawan," jawab saya.

"Tapi umur encik ni muda lagi. Kalau ikut maklumat, baru 23 tahun."

"Itulah kak. Rezeki saya entah la bila nak datang..," jawab saya dengan nada sedih. Menganggur katakan...

"Tak apa. En.Wong sudah berkahwin?"

"Kak ni biar betul. Kalau dah menganggur nak kahwin apa. Haish."

"Eh. Tak semestinya begitu. Saya ada juga pelanggan yang umur 30 tahun sudah berkahwin dan masih menganggur."

"Itu malas namanya." Perli aku.


"Er... Tak apalah..." teragak-agak kak itu jawab. Dia cuba menyambung kembali apa yang terputus.

"Jap. CIMB tiada kosong kah kak? Saya rasa nak kerja macam kak. Senang. Duduk dalam ekon je."

"Maaf dik. Kalau adik nak mohon kerja di CIMB, adik kena apply melalui laman web."

"Ala kak ni. Leceh la. Kak call ni takkan tak dapat jumpa pengurus tanya ada kosong ke tak. Alang-alang saya dapat call direct dari CIMB KL. Kerja di KL mesti best!"

"Errr... Tak juga dik. Kalau adik kerja kilang, penat pada fizikal. Kami kerja di bank ni penat mental. Stress banyak tau dik.."

"Tak kisah la. Saya mana tahu sebab saya tak pernah kerja bank. Yang penting kalau CIMB kosong, boleh la saya kerja sana macam kak."

Kakak itu terdiam beberapa saat seperti kelu untuk menjawab soalan aku itu.

"Tak apa lah kak. Teruskan sahaja apa kak nak terang tadi," hasrat saya untuk troll lain pula.

"Macam ni dik. CIMB ada menawarkan insurans. Insurans yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan. Contohnya kalau adik pergi ke mesin ATM dan adik dirompak..." nada dia mula berubah. Ia seakan ada satu yang tersekat ketika dia berkata.

"Aiseh kak. Jangan la kata macam tu. Saya dah la menganggur. Duit pun harap mak ayah je'" terang saya masih dengan nada rendah dan sedih. "Sudah berapa lama saya tak jejak kaki ke mesin ATM. Ni nak kata saya kena rompak. Kak doa saya benda tak baik?"

"Bukan macam tu encik. Kita mana la nak tahu apa yang terjadi" teragak-agak kak itu untuk menjawab soalan saya.

"Bersyukur la kak ada kerja. Jangan jadi macam saya. Saya sebelum ni join Skor A. Katanya boleh kaya. Ni dah setahun ribu riban duit habis. Takkan CIMB tiada kosong? Bagilah peluang saya kerja..." rayu saya.

"Err.... jangan macam tu encik. Buat saya rasa bersalah pula. Program macam skor A tu memang la menjanjikan cepat kaya tapi sebenarnya mereka berhutang."

"Tak kira lah. Janji saya cepat kaya. Tapi mana duit saya dekat CIMB semua dah lesap. Ni nak buat insurans lagi. Biar benor kak."

"Tsk. tsk." bunyi seperti dia hendak berkata sesuatu tetapi ada perasaan bersalah di situ. Yela. Kita ni kan menganggur. Dah la makan dan melepak je tahu. Nak kerja senang macam kak tersebut. Ekon gitu.

Kerana sudah malas melayan kerenah ini...

"Ok lah kak. Saya pun tak nak buang masa kak. Saya sudah la menganggur. Bukan boleh beri manfaat pada kak. Buang masa je kak call saya. Carilah orang lain untuk jual insurans. Biarlah saya melepak tunggu rezeki datang. Ameen."

Tett tett tett.... 12.04 tertera di paparan skrin telefon bimbit saya.

Saya sebenarnya sudah malas nak melayan pamggilan seperti ini. Pernah sekali saya terkena dengan panggilan daripada syarikat Reader's Digest katanya. Minta no kad bank saya untuk daftar insurans. Saya ketika itu bodoh lagi dan terberi no kad Maybank yang ada RM16 sahaja.

Kemudian apabila bersembang dengan teman sebilik saya ketika itu barulah saya sedar saya kena tipu. Minggu depannya terus saya tukar no kad bank saya. Ketika itu lah pegawai bank pesan kepada saya,

"Adik, lain kali jangan bagi apa maklumat peribadi kepada orang yang tak dikenali. No kad bank adalah pengetahuan kita sahaja. Ini termasuk no kad pengenalan. Kalau ada orang minta, jangan beri. Bahaya."

Dan untuk itu, saya troll semula kak itu. Nice!

3 mengomel

menurut pegawai bank, no 16 angka didepan kad ATM tak ada masalah untuk dikongsi. Dengan syarat, tidak diberikan sekali dengan no keselamatan 3 digit di belakang kad tu.

Info menarik. Terima kasih.

wah..hebatnya.
barulah buku bertemu ruas.
Biasalah pangilan macam tu singgah..

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon