Sup Tauge Kasar Ala-ala Korea

14 bualan
Pin It
Saya pernah membuat projek tahun akhir saya tentang taugeh kasar. Taugeh kasar secara kasarnya adalah cambahan benih kacang soya. Di Malaysia taugeh kasar banyak digunakan dalam masakan tempoyak. Rasanya rangup pada kacang soya itu sendiri.

Ia tak sama seperti taugeh halus yang lebih kepada hipokotil yang manis. Jadi memang berbeza 2 jenis taugeh ini.

Saya cuba mencari resipi lain untuk masakan tauge kasar dan terjumpa akan masakan oleh makcik Korea ini. Slangnya lebih kepada Kenglish (kalau Malaysia, Manglish).
Jenis pedas

Bahan-bahan:
  1. 1 pek taugeh kasar (500 grams)

  2. air

  3. garam

  4. kicap

  5. Serbuk cili kering (hot pepper flakes)

  6. bawang besar

  7. bawang putih

  8. Daun bawang Jepun (green onion)

  9. Ikan bilis kering

  10. bijan (sesame seeds)

  11. dan minyak bijan (sesame oil).

Arahan:
  1. Basuh dan bilas taugeh kasar (500 g) beberapa kali. Buang mana-mana taugeh yang rosak.
    Tauge kasar
  2. Masukkan taugeh kasar dalam periuk dan tambahkan 5½ cawan air.
  3. Tambah 1½ sudu teh garam, 1 sudu the kicap, 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat), ½ sudu besar serbuk cili kering.
  4. Potong separuh besar bawang besar dan masukkan ke dalam periuk.
  5. Masukkan beberapa ikan bilis kering (telah dibuang isinya) ke dalam periuk. *tip: ini akan dikeluarkan kemudiannya kerana tidak akan dimakan bersama sup ini.
  6. Tutup periuk dan biarkan ianya mendidih dengan api sederhana selama 15 minit.
  7. Apabila sup mula mendidih, buka penutup dan kacaukannya dengan senduk.
  8. Rendahkan api dan masak sehingga 25 minit kemudiannya. Lower 
  9. Tambahkan 2 daun bawang Jepun (dipotong besar) bersertakan 1 atau 2 sudu besar minyak bijan. (tambah garam secukup rasa)
  10. Matikan api. 
  11. Kisarkan bijan sehingga halus.
  12. Masukkan sup dalam mangkuk dan taburkan sedikit serbuk bijan diatasnya sebelum hidang.



Boleh juga letakkan cendawan dan rumpai laut, jika mahu.



Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

14 ulasan:

  1. tauge ni just buat cam sayur goreng biasa pun sedap

    BalasPadam
  2. Yup. Kalau buat sup taugeh kasar ala2 korea pun sedap. :D

    Banyak boleh buat ni. Nanti saya post lagi resipi baru taugeh kasar. :D

    BalasPadam
  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم

    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Sejarah mitsubishi lancer dan enjin mivec

    uihhhh kalau my mum (Bean Sprouts) buat gulai tempoyak ajerrr.... mmg agak rangop lah bila kunyahhh...

    BalasPadam
  4. kt kedai Nsi Ayam Gemas mmg ade set nasi ayam + sup taugeh kasar..

    Puas giler dpat kunyah tauger yg besar2 tu.. ^_^

    BalasPadam
  5. Idea yang menarik untuk disertakan bersama nasi ayam dari minum sup kosong ajer. Thanks!

    BalasPadam
  6. em.....sedapnya tempoyak, huhu. kt rumah je jumpe tempoyak tauge besar. gulai taucu pun jarang jumpa kt k.l

    BalasPadam
  7. lg 1, ayam tauge. slalu orang cina yg buat.

    BalasPadam
  8. ayam tauge? Tak pernah dengar pun. Sup taugeh kasar pernahla sebab kawan cina saya memang kata cina suka buat taugeh kasar ni untuk sup. Katanya sedap.

    Buat ala-ala korea ni pun layan~

    BalasPadam
  9. taugeh kasar ni cemana nak ditanam bro? Kalau taugeh halus tu kita guna kacang hijau, kan?

    BalasPadam
  10. Sama je macam tauge halus. Bro cek kat sini. Saya tak sempat nak isi sebab kekangan masa. insya-Allah kalau ada masa, saya akan isi penuh maklumat ini di ms.wiki
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tauge_kasar

    BalasPadam
  11. tq. bagus sangat info ni..boleh cuba nanti

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia