Mengimbau kembali kenangan Kalkulus

2 bualan
Pin It

Pagi tadi saya ada amali Fizik Tanah. Satu subjek yang membuka peluang di minda saya erti pengiraan matematik dan saudaranya.

Terdapat satu formula tertera di papan putih.

"Selama ini kamu semua belajar teori dan formula. Inilah masanya untuk aplikasikan apa yang kamu belajar. Differentiation and integration. Anybody can solve this equation?" Terang Prof. Wan Sulaiman di hadapan kami.

Aku termanggu seketika. Aku lihat angka-angka yang Prof. tunjukkan ada kaitan dengan rumus pembezaan tetapi tidak pula aku tahu ia berkaitan dengan eskperimen sebegini. Rupanya selama aku belajar matematik tambahan dan matematik moden, inilah masanya untuk aku gunakan - kelas fizik tanah.

Teruja sungguh saya untuk mengingati semula segala macam formula dan teori yang telah saya belajar selama 3 tahun (dari tingkatan 4 sehingga matrikulasi).

"Eh Munir. Takkan budak asasi tiada belajar ini?" Tanya aku kepada rakan sekelas yang duduk di sebelah kiri aku.

"Budak asasi mana ada belajar ini. Setahu aku kita belajar semasa di sekolah menengah atas," jawab ringkas Munir.

Nampaknya pembelajaran matematik ketika aku di matrikulasi memang berguna (jika aku betul-betul faham kegunaannya dan bukan hanya untuk peperiksaan.)


Kadang-kala timbul juga sedikit sesalan di hati ini apabila teringat akan kenangan lalu. "Saya pelik pelajar sekarang. Saya dulu belajar ini semasa sekolah menengah. Sampai sekarang saya masih ingat. Kira sudah hampir 40 tahun." Kata Prof. Wan Sulaiman apabila melihat kami semua ternganga cuba mentafsir rumus di hadapan papan putih.

Itulah akibat jika belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Kerana itu saya seperti sungguh bersemangat untuk menjadi home tutor. Cuma, tindakan saya masih di tahap lemah. Takut untuk mencuba sesuatu yang baru - mengajar pelajar sekolah menengah.

"Everybody should know basic Calculus," pandang Prof. Wan Sulaiman kepada kami. "It's teach you how to derive from complicated formula to a simple one."

Oh. Pembezaan dan pengamiran terletak di bawah kalkulus. Tak tahu pula aku. Aku ingatkan di bawah matematik tambahan dan matematik moden sahaja. Oh betapa dangkalnya aku tidak mengetahui akan itu.

Apapun, saya mesti kembali cuba menggunakan apa yang ada. Nampaknya, google wajib menjadi teman ulang kaji saya bagi subjek ini.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Dalam addmath, satu-satunya sub topik yang berbaloi untuk dipelajari adalah 'kebarangkalian'. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak juga. Semua yang aku belajar dalam subjek matematik tambahan ada berbaloinya kini.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia