Saya suka berjogging!

1 bualan
Pin It
Sukan yang paling saya gemari hanyalah jogging setakat ini. Yang lain kurang saya gemari. Kenapa jogging? Kerana jogging tidak memerlukan peraturan yang banyak. Hanya perlu gunakan akal untuk berlari.

Juga, alat untuk jogging juga ringkas. Sepasang kasut jogging sudah memadai untuk bersukan.

Saya ini bukanlah orang yang pandai bersukan. Boleh dikatakan kaki bangku untuk semua jenis sukan berpasukan. Saya tahu sukan berpasukan amat penting untuk membina hubungan rapat sesama pasukan tetapi sukar untuk saya mempunyai keyakinan bersukan berpasukan.



Contoh terbaik apabila rakan saya mengajak saya bermain futsal. Saya rasa seperti orang bodoh mengejar bola yang tidak pernah menapak di tapak kaki saya ini. Ya main untuk gembira dan bukannya skor tetapi hati ini masih rasa gusar. Kerana itu awal-awal lagi saya akan berkata bahawa saya tidak pandai bermain. Jadi jangan marah kalau saya hentam sahaja.

Saya hanya akan bermain futsal jika majoriti pemain adalah orang yang sama macam saya, kaki bangku. Jika hanya saya seorang yang kaki bangku, alamatnya saya rasa begitu kurang yakin dan tidak selesa sepanjang permainan berlangsung.

Saya lebih menggemari juga sukan renang. Ia mudah. Hanya lentangkan tangan dan kaki di dalam air, semua akan berjalan lancar - jika pandai berenang lah.

Mungkin saya ini bukanlah orang sukan. Walau apa sukan saya cuba pasti saya tidak akan mahir sepenuhnya. Sebab itu tiap kali kawan saya ajak untuk bersukan bersama, saya sebolehnya menolak jika ia melibatkan pasukan. Saya tidak mahu memalukan mereka. Jika ia solo, saya boleh cuba. Contohnya sukan badminton, ping pong, ataupun lumba basikal.

Oh, entri ini hanyalah nukilan saya tentang jogging kerana saya baru sahaja habis jogging tadi. =)
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Suatu pengakuan yang tulus ya.:)
    saya pun suka jogging dan hiking masa dulu..seronok..tambah-tambah hiking dalam hutan bandar..

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia