Khamis, 15 November 2012

Hugelkultur, untuk si pekebun malas


Ia sangat sesuai untuk pekebun yang sibuk dengan kerja lain dan suka amal teknik 3T untuk bercucuk tanam. Walaupun bebitu, teknik 3T amat disukai oleh pelajar semasa menjalankan kelas amalan ladang sayur dan buah di UPM. Sibuk menelaah buku katakan...

Tanam
Tinggal
Tuai


Agak berimbun jugalah keadaan batas timbun hugelkultur orang Puteh dalam video ini. Saya rasa ia lebih sesuai dipraktikkan di kawasan yang berdekatan dengan hutan atau kawasan bandar yang banyak pokok. Semasa saya pusing keliling Serdang ini, banyak batang pokok patah akibat hujan ribut semenjak 2-3 minggu ini.

Tak salah kita tolong majlis bandaraya untuk mengambil kayu-kayan yang jatuh itu. Bawa parang dan.. chop chop.. potong batang kayu itu dan bolehlah dibuat bahan untuk hugelkultur ini nanti.

Selamat mencuba!

2 mengomel

owh, kena timbun meninggi mcm tu ke...

rasanya mcm kurang sesuai kalau nak cuba praktik di kawasan sekitar rumah...

Boleh je bro kalau tak nak menimbun tinggi sebegitu. Korek batas dalam sehingga menyamai paras tanah apabila timbun nanti. Kerja kena lebih sedikit.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon