Berfikir, menulis, dan buku

2 bualan
Pin It

Saya memang mengidam untuk menghasilkan sebuah buku berkebun di Malaysia. Saya lihat ramai rakyat Malaysia kepingin akan buku yang khas ditulis oleh penulis Malaysia. Mana taknya kebanyakan buku-buku berkebun tertumpu kepada buku bahasa Inggeris. Semestinya ia ditulis oleh orang Puteh yang tinggal di negara 4 musim.

Mungkin kerana pengalaman saya kurang menyebabkan saya masih lagi mencari isi kepada apa yang perlu saya tulis dalam buku saya itu nanti. Oh, saya tertarik dengan kursus penulisan yang ditawarkan di blog Fauzul Naim. Seakan menarik untuk dihadiri tetapi bukanlah buat masa sekarang. Saya perlu simpan duit dahulu untuk itu.

Saya cadang untuk hantar artikel-artikel pertanian di majala-majalah tempatan. Cuma tak pasti majalah apa yang akan menerima artikel saya ini.

Ada idea tak?
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Salam Bro,
    mengapa tidak bro buat dahulu artikel ringkas berkaitan apa yg bro rancang itu dan berikan secara percuma.
    Dalam masa yang sama, mungkin boleh minta maklumbalas untuk diperbaiki. Selepas itu, tingkatkan mutu sebelum dihantar kepada majalah atau jual sendiri sahaja. Bagaimana rasanya?

    BalasPadam
  2. Idea menarik tu bro. Artikel ni senang je nak tulis. Tak perlu rasanya nak mohon maklumbalas sebab saya lihat di blog saya ni pun bukan ramai baca. Pakar dalam penulisan pun tiada. Jadi saya rasa kurang sesuai.

    Kalau buku pula, saya rasa lebih baik saya tanya pada pakar.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia