Asasi Sains Pertanian UPM

36 bualan
Pin It
Saya tertarik dengan salah satu artikel dalam tribun Putra UPM. Bagi yang tak tahu, tribun Putra UPM adalah akhbar rasmi UPM untuk staf dan pelajar UPM.

IMG_5295

PASP Landasan Pertama Teroka Bidang Pertanian

Terlintas sahaja di fikiran mengenai bidang pertanian di menara gading, ia semacam menimbulkan tanggapan prejudis bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi ibubapa yang campurtangan terhadap pilihan anak-anaknya dalam bidang itu.

Stigma ini timbul kerana ramai yang berfikir bidang pertanian yang ditawarkan adalah pertanian secara konvensional yang menggunakan tulang empat kerat untuk membuat batas, mencangkul, menjaga ladang dan sebagainya.

Skop pertanian pada masa kini begitu luas. Graduan bidang pertanian bukan sekadar diajar kaedah bercucuk tanam malah mereka turut didedahkan dengan pelbagai teknologi moden, penyelidikan dan modal insan yang boleh menaja ekonomi negara setaraf denann negara-negara pertanian moden seperti Amerika Syarikat.

Di negara ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) sememangnya cukup sinonim dengan bidang pertanian. UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia merupakan satu-satunya universiti yang memperkasakan bidang pertanian sejak 80 tahun lalu. Walaupun nama pertanian telah ditukar kepada Putra, namun tidak keterlaluan jika dikatakan UPM adalah universiti penyelidikan terkemuka berteraskan bidang pertanian.

Untuk memastikan bakal pelajar yang akan belajar dalam bidang pertanian di UPM mempunyai asas kukuh, program Asasi Sains Pertanian yang diwujudkan pada tahun 2005 dianggap sebagai landasan pertama untuk para pelajar meneroka bidang berasaskan pertanian dan berkaitan.

Program asasi yang diwujudkan bertujuan menyediakan asas kepada pelajar yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang pertanian dan juga sains dan seterusnya melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan.

Di Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), pelajar akan melalui pembelajaran intensif dalam bidang sains asas (biologi, fizik, kimia, dan matematik) juga pertanian. Disamping itu, pembelajaran Bahasa Inggeris dan Sains Komputer juga diberikan.

Aspek pembangunan kemahiran insaniah juga ditekankan dalam program ini untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Prof. Mahiran, Pengarah Pusat PASP berkata, dengan persediaan rapi ini, pelajar lepasan program Asasi Sains Pertanian ini bersedia untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang Sains dan juga Pertanian di peringkat Bacelor.

Semasa PASP ditubuhkan pada tahun 2005, pusat ini hanya menerima kemasukan seramai 30 orang pelajar sahaja. Kini kemasukan sesi 2010/2011, adalah seramai 288 orang telah diterima masuk. Sehingga kini, seramai 514 graduan program itu berjaya dihasilkan oleh PASP.

Pada tahun 2006 hingga 2009, pelajar hanya boleh meneruskan pengajian peringkat ijazah dalam bidang-bidang berkaitan pertanian dan agro-bio sahaja. Namun mulai tahun 2010, mereka boleh memilih mana-mana program aliran sains.

Keputusan membenarkan pelajar melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang sains di UPM sebenarnya merupakan salah satu pendekatan baru untuk menarik lebih ramai golongan muda mengikuti program asasi itu.

Selain itu, menurut beliau, bermula tahun 2011 tempoh pengajian telah disingkatkan kepada setahun berbanding setahun enam bulan sebelumnya.

“Pemendekan tempoh ini, tidak akan menjejaskan kualiti pelajaran. Tempoh pengajian masih sama seperti sebelum ini iaitu tiga semester. PASP hanya memendekkan masa cuti dan bukannnya masa pengajian.” ujarnya.

Beliau berkata, pelajar program itu juga berpeluan menjalani kehidupan seperti mahasiswa lain di kampus induk UPM. Mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sistem universiti sama seperti pelajar peringkat ijazah.

“PASP turut menawarkan tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi yang mempunyai ijazah sarjana dan juga PhD dalam bidang masing-masing,” ujar Prof. Dr. Mahiran.

Beliau berkata, PASP beriltizam untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang yang akan terus cemerlang di peringkat ijazah dan seterusnya mampu menjadi graduan berkualiti, berdaya saing dan akan menjadi peneraju dalam bidang pertanian dan berkaitan.

- oleh Mohd Martin Abdul Kahar

*anda boleh memohon Asasi Sains Pertanian UPM melalui UPU
.
related post: Bacelor Sains Hortikultur
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

36 ulasan:

  1. go go ASPER..!!!
    dah final sem asper nih. serabut lak nak pilih degree

    BalasPadam
  2. Hey, I just got the offer to ASPer. I would like to ask whether the courses are taught in English or Malay?

    BalasPadam
  3. Hi Wan Ting. First of all I want to say congratulations to you!

    Don't worry about it. The courses will be in full English just like all other courses in UPM except one that related with Malay language courses.

    I took the article from Tribun Putra in BM. So you don't need to worry about it that much.

    You could look at ASPer websites for more details.

    http://www.asasi.upm.edu.my/main2.html

    BalasPadam
  4. Oh okay. Thanks! I got the offer for the 8-month fast track program. Most of my friends got it. So we have lots of questions about it. I never heard of ASPer before and no one did. I think my batch is the first batch who have non-bumis right? We need to enroll on the 30th of Dec.

    BalasPadam
  5. ASPer was offered to all students. I don't know much about the quotes for students entrance to ASPer. Sorry about that.

    This programme is just the same as matriculation programme done by the ministry of education. I think they want to short the time of ASPer same as matriculation time because before this it take 1 and half year to finish after before you enroll in Degree prgramme.

    One thing I like ASPer is that you are not rigid with uniform to go to class not like matriculation. The study is just the same as matriculation. But more relax because here they teach you how university life really looks like.

    And you can read the rest of the details in the article above.

    If you have any questions about it, just post it here. I will try my best to answer it if I can. If not, you can just directly call the office for more information about the programme.

    BalasPadam
  6. How about the fee? It's written in the booklet there there's 2 types : one w/ scholarship and the other one without...

    BalasPadam
  7. Sorry. I can only gave information based on what I heard and read. You could call the office for further explanation.

    BalasPadam
  8. kursus2 pertanian ni takde ke yg jenis part time ye? nak jugak menimba ilmu tapi x blh nak full time

    BalasPadam
  9. Salam. Kalau ambil Bachelor Sains Pertanian, apa yg kita blajar sama dengan apa yg plajar Asasi Pertanian dah belajar ke?

    BalasPadam
  10. @baguznet
    Ini boleh lihat kalau Jabatan atau syarikat persendirian ada mengadakan kursus pertanian.

    @mayu
    Wasalam. Asasi sains pertanian ada tambahan subjek Amalan Ladang yang lain sama sahaja seperti belajar di Matrikulasi KPM.

    Walaupun begitu, subjek dalam Sains Pertanian ada kaitan sedikit dengan apa yang telah dipelajari semasa di asasi pertanian.

    Perbezaan ketara antara Sains Pertanian dan Sains Hortikultur dari segi subjek Teras. Hortikultur lebih kepada 3 aspek utama pembelajaran iaitu buahan, sayuran, bunga/ornamental landskap. Manakalan Sains Pertanian lebih kepada subjek perladangan, ternakan, dan akuakultur. Kira pertanian ni tak spesifik kepada tumbuhan.

    Cuma budak hort dan budak tani akan kongsi subjek elektif sama pada akhir tahun pembelajaran. Teras sahaja berbeza sama sekali.

    BalasPadam
  11. Kiranya sains pertanian ni merangkumi kesemuanya seperti penternakan, akuakultur..
    Terima kasih, saya rasa saya dh jelas sekarang ^^

    BalasPadam
  12. Yup. Sains Pertanian boleh mengambil hampir ke semua subjek elektif yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian merangkumi pertanian, hortikultur, ternakan, ladang, perniagaantani dan akuakultur.

    All by general courses and no specification for it. In term of jack of all trade, Agricultural Science win but in term of more specific courses like horticultural, animal science, agribusiness and aquaculture, it lose.

    BalasPadam
  13. Okay, have to think very carefully on this.. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  14. hopefully dapat masuk asasi sains pertanian upm ni! :)

    BalasPadam
  15. best nyer kalo dpt masuk...

    BalasPadam
  16. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  17. mcm bez jer...hrp2 dpt asasi sains pertanian nnti...

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  20. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  24. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. asper ni plu temu duga x?

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia