Jumaat, 2 November 2012

Apabila bukan peribumi menguasai ekonomi


Mengikut satu berita terbitan the Malaysian Insider, mengatakan majikan hari ini lebih suka untuk menggaji orang Cina sebagai pekerja berbanding orang Melayu walaupun graduan Melayu itu boleh berbahasa Mandarin. Saya tidak pelik dengan ini.

Apabila saya berjalan-jalan untuk mencari kerja sambilan di MINES pun saya sudah dapat lihat akan perkara ini.

"Part/Full time workers needed. Able to speak English, Mandarin and Malay fluently.
Call 016-XXXX888 (Mr. Tan)"

Membaca iklan ini di dinding kedai-kedai di MINES sudah saya agak maksud tersembunyi iklan itu. Hanya orang Cina sahajalah boleh berbahasa Mandarin. Orang Melayu hanya boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan sedikit Jawa di situ.


Perkara ini sememangnya berat hati memandang, lagi berat hati yang memikul ini. Ia menjadi persoalan apakah orang Melayu telah dilabelkan malas dan biadap? Walhal tidak saya lihat di kalangan rakan saya. Ada yang rajin.

Ini juga antara hujah yang boleh dibentangkan apabila sesuatu kaum menguasai sesuatu bidang. Akan berlaku berat sebelah dalam sistem pengadilan. Ini amat bahaya kerana kita tidak mahu peristiwa hitam dahulu berulang kini hanya kerana kita buta sejarah 13 Mei.

Ya mungkin ada kata ini satu entri perkauman. Tapi biarlah. Apa nak dikaumkan? Saya hanya mengatakan kebenaran dan saya tidak dayus untuk tidak menyebarkan maklumat sebegini. Dengan harapan agar ada yang sedar dan bertindak. Kerana sedar tanpa perancangan dan tindakan hanyalah satu khayalan semata-mata.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon