Isnin, 5 November 2012

Adakah politik dan kawan boleh bercampur?


Berdasarkan entri terbaru Rachel, "Do Politics and Friendship Mix?", dia mengatakan sukar untuk dia mencampur adukkan perbualan bersama rakan-rakannya tentang politik. Lebih-lebih lagi apabila hari Selasa ini adalah hari mengundi Amerika.

"Peraturan utama di meja makan - tiada politik dan agama dibincangkan," menurut Rachel lagi.

Saya pula? Ia sama sahajalah buat saya. Kalau ingin berbicara berkenaan politik Malaysia, saya lebih suka mencari kawan sekepala. Bercerita gosip sana sini berkaitan parti politik dan pemimpin yang kami suka dan sebaliknya.

Perbincangan kami menjadi lebih mudah berbanding perbincangan berdebat. Jika saya berjumpa dengan kawan-kawan berfikiran politik tidak sehaluan dengan saya, saya sememangnya cuba elakkan kami berbincangan tentang politik. Saya hanya akan senyum dan menukar topik perbualan atau beredar dari situ demi menjaga persahabatan kami.

Ia bagaikan bom atom yang mampu menjangkiti seluruh sistem persahabatan kami. Dia tahu, dan saya juga tahu. Kami tidak sehaluan dalam parti politik tetapi tidak bermakna hal-hal kehidupan yang lain kami akan berselisih juga.

Bagi saya, kebenaran hanya Allah yang tahu. Kita hanya mampu mendengar celoteh sana sini tentang mana-mana pemimpin parti politik Malaysia.

Saya berpandangan hubungan manusia sesama manusia perlu dijaga atas dasar kerana Allah dan bukannya kerana pandangan sempit sesebuah parti politik.

3 mengomel

"Kamu sokong XX, saye sokong xx. Tapi kita boleh kawan"
Boleh tapi agak sukar dan sukar jadi teman rapat. Biasanya kawan yang baik dan rapat dengan kita senang kata 'sekepala' dengan kita.

Kadang sy rs boleh bercampur asalkan menghormati pendapat masing2 dan menjaga batas agar tidak terlalu menyentuh isu sensitif yg boleh bw gadh..

@Fauzi @ummu
Saya setuju dengan kedua-dua pandangan puan. Politik seakan perkara sensitif di kalangan rakyat Malaysia sebagaimana agama apabila ia dibincangkan. Saya lebih suka mengambil pendekatan selamat dengan mengelakkan langsung perbincangan politik. Jika agama, ia lain pula.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon