Rabu, 28 November 2012

3 Monyet Kejahatan (Sanzaru) - Filem Pendek


Apabila saya menonton filem pendek ini, entah kenapa hati terasa seperti sungguh sedih. Tertanya kenapa masyarakat dalam filem ini boleh jadi seteruk begini?

Sanzaru, 3 monyet kejahatan dalam lagenda Jepun.

Jangan berkata kejahatan. (Say no evil)
Jangan dengar kejahatan. (Hear no evil)
Jangan lihat kejahatan. (See no evil)

Namun, kita tidak perlulah terlalu resah tentang ini. Ingat, kita juga ada masyarakat yang baik.

Tonton video ini pula,


Apabila dibandingkan melalui tontonan dua video ini, saya rasa lebih bersemangat untuk menolong masyarakat sekeliling saya melalui video kedua ini.

Filem pendek Sanzaru hanya memberi saya kesedaran tetapi tidak memberi saya gerakan untuk melakukan kebaikan.

Video pendek kebaikan pula, menguatkan hati saya untuk menolong orang lebih daripada apa yang saya ada. Kerana kebaikan akan dibalas kebaikan, manakala kejahatan juga akan dibalas kejahatan.

Maka, berbuat baiklah kita. Membuang sampah yang kita lihat di tepi jalan pun sudah cukup untuk kita mendapat pahala kebaikan. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kita itu.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon