Status yang diangkat ke langit

2 bualan
Pin It

Saya terbaca sebuah cerpen berkisarkan status yang diangkat ke langit. Ia adalah hasil karya Bahruddin Bekri. Kisah ringkas sahaja tetapi membuatkan saya terfikir akan penggunaan Facebook dalam dunia harian saya.

Saya kadang-kala cembur lihat status rakan-rakan Facebook saya. Kadang-kala status mereka biasa sahaja tetapi mampu mencecah 'suka' sehingga 10 ke atas. Saya pula tiap kali post status yang baik, hanya 2-3 suka sahaja. Jika saya post status melawak pasti lebih daripada itu.

Ini secara langsung membuatkan saya tawar hati untuk berkarya di Facebook. Saya lebih suka menulis di blog gamaknya. Lebih selesa dengan ayat-ayat pendek. Lagipun, kerana itulah saya hilangkan juga fungsi 'like' di blog saya ini.

Bak kata orang Puteh, "ignorance is bliss" (kejahilan itu kebahagiaan). Jahil untuk mengetahui orang yang membaca status saya di Facebook bleh mendatangkan kebahagian kepada saya.

Di blog pula, hanyalah orang asing membaca blog saya. Rakan yang saya kenali di dunia maya. Amat jarang sekali rakan-rakan sekitar saya membaca blog saya. Rasanya kerana ego tinggi dan memandang blog saya ini hanyalah biasa-biasa sahaja.

Saya suka akan pandangan mereka sebegitu. Sekurang-kurangnya saya lega untuk menulis kebenaran di sini. Kurang saya khuatir akan melukakan hati mereka jika mereka selalu mengikuti perkembangan tulisan saya.

Walaupun saya ada juga rakan yang juga berblogging bersama, tetapi dia juga tidak kerap mengunjungi blog saya. Egonya tinggi mengatakan dia berblog suka-suka sahaja. Kerana itulah dia hanya menulis di blog dan membalas komen di blognya sahaja. Blog lain hanya sampingan luangan masa dia untuk berjalan...

Saya tak kisah juga mengenai itu. Rakan sekitar saya kurang membaca blog saya. Rakan facebook saya memang saya terhadkan kepada rakan sekitar saya sahaja kerana saya masih menjaga nilai peribadi kehidupan sebenar saya. Namun, niat saya untuk mendapat jumah suka di Facebook telah menawarkan hati saya untuk mengemaskini status baik mahupun terbaik.

Biarlah. Saya hanya mengikuti perkembangan semasa. Yang pasti, saya suka menulis di blog.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. apalah yang ada pada 'like' itu..sy pun masih blum paham.. adakah sekadar tanda perhatian/ appreciation dr kawan2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain umur lain citarasanya. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia