السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ad 468 X 60

-

Isnin, 1 Oktober 2012

Widgets

Menjaga hati pemandu


Sebagai seorang pelajar peringkat tinggi, saya pasti akan sentiasa berjalan ke luar dari U untuk menjalankan kajian. Ini memerlukan saya selalu menempah van fakulti untuk ke tempat kajian.

Saya teringat nasihat seorang pensyarah kepada saya jika hendak menaiki van. Katanya hati pemandu ini perlu dijaga. Kita belanja mereka makan dan sembang-sembang dengan mereka ketika naik van bersama.

Menurutnya, pernah sekali itu beliau menegur pemandu van yang tidak menjaga kebersihan van yang ia pandu. Pemandu van itu bertindak balas dengan membawa laju ketika mereka menuruni Cameron Highland. Kecut hati semua yang menumpang. Iyalah. Cameron Highland tempat berbukit dan berlingkar.

Sampai sahaja di perhentian berdekatan, seorang pelajar Master beliau muntah.

Nasihat ini tersemat kuat dalam ingatan saya.

JOM KONGSI   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Pengarang: 依之汉
依之汉 atau i Wong adalah editor bebas Wikipedia Bahasa Melayu. Juga meminati penulisan kreatif seperti cerpen dan novel. Teruskan →

2 ulasan:

  1. Belanja lah pemandu sekali sekali, air tin ker barulah dia hepi nak bawa van

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya pemandu akan menolak tawaran saya, puan. Sebab dia tahu saya pelajar. Mana la ada duit sangat nak belanja dia.

      Padam

Nufnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...