Selasa, 2 Oktober 2012

Membasuh baju


Semalam saya membasuh pakaian-pakaian yang sudah seminggu terperuk di dalam bilik saya. Saya amalkan membasuh baju seminggu sekali demi menyahut cabaran bumi hijau (atau sebenarnya saya malas basuh setiap hari? Heh).

Saya masukkan sahaja semua pakaian saya itu ke dalam mesin basuh sebelum saya bertolak pergi solat Isyak berjemaah di surau di bawah kuarters yang saya tinggal ini. Usai solat, saya terus bergegas pergi ke Kajang pula untuk menghadiri mesyuarat bersama sahabat-sahabat.


Balik sahaja dari Kajang, saya sambung pula menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada hari ini (bermaksud sudah saya hantar tadi).

Sekarang baru saya perasan pakain-pakaian yang saya basuh semalam. Terlupa untuk saya jemur semalam. Ketika saya buka penutup mesin basuh, saya terhidu bau seperti kayu reput. Alamak! Habis pakaian saya berbau.

Saya ingatkan dengan meletakkan Dynamo, ia mampu menghilangkan bau, tapi tidak. Pemeraman pakaian tidak dapat menghalang mikroorganisma untuk bertindak balas dengan pakaian saya dalam keadaan lembab.

Seeloknya saya jemur terus pakaian-pakaian saya sebaik sahaja mesin basuh menjalankan tugasnya atau dua ke tiga jam. Jika lebih, nampaknya terpaksa la saya membasuh lagi sekali (kali ini dengan air kosong sahaja tanpa serbuk pencuci) untuk menghilangkan bau hapak yang muncul.

4 mengomel

gunakan serbuk pencuci yang sesuai untuk jemuran teduh. ada beberapa jenis seperti Top dan Daia kalau tak silap. biasanya pakai ni kain tak hapak bila terperap semalaman. selalu buat dulu. kih kih

oh begitu. Terima kasih atas perkongsian itu puan. Nampaknya saya terpaksa meninggalkan Dynamo untuk seketika waktu.

Rasanya serbuk pencuci ok kot or mcm wani kata tu, Daia sesuai kalo terlupa nak jemur. Saya guna serbuk Daia dan mmg ada kalanya x dpt nak terus jemur kalau berlaku kes hujan, jemuran sedia ada basah semula. Maka yg dlm mesin pending Q :D

Cuaca semestinya memainkan peranan penyeri hidup dan pakaian kita ya.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon