Kertas A4

Berbual
Pin It

Aku adalah sebuah kertas yang ringkas. Aku bersaiz A4. Semua orang tahu akan saiz A4 itu berapa iaitu 210 × 297 mm.

Ringkas aku disertakan dengan warna putih yang suci. Aku tiba di satu rumah orang yang digelar pelajar. Bertuah rasanya diri aku ini. Aku dapat menyumbang bakti kepada seorang pelajar yang rajin menuntut ilmu.

Aku sentiasa berdoa agar pelajar itu memilih aku untuk menulis notanya nanti. Hari demi hari berlalu. Sehelai demi sehelai rakan aku diambilnya.

Pada satu malam yang dingin, badan aku disentuh oleh pelajar itu. Aku sungguh gembira! Nampaknya sudah sampai halaman kosong di badan aku ini diisi dengan ilmu. Biarlah aku tidak memahami apa yang ditulis olehnya asalkan aku berbakti.

Aku dipadankan dengan kertas daripada kaum lain. Mereka kaum jambu kami gelar kerana badan mereka berwarna merah jambu.

Aku lihat pelajar itu seperti sedang memilih untuk menulis di atas aku ataupun di atas kertas merah jambu itu. Oh kenapa susah sangat untuk membuat pilihan. Pilihlah yang berwarna putih kerana ia tidak akan mengganggu tumpuanmu nanti tika mencatat nota, jerit aku seakan ingin dia dengar.

Entah kenapa, jambu juga dipilihnya untuk memulakan penulisan notanya itu. Aku diletakkan di tepi meja.

Pada malam itu ketika semua lampu ditutup, aku terasa badan aku ringan naik ditiup angin tingkap. Aku melayang turun terus berdekatan tong sampah di sebelah meja belajar pelajar itu.

Keesokan paginya aku terus dimasukkan ke dalam tong sampah. Oh kenapa? Aku masih lagi kosong!

Akhirnya aku dibawa pergi ke tempat yang orang tidak mahu...
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia