Kejutan budaya mencatat nota

9 bualan
Pin It

Ramai berkata mengenai kejutan budaya orang kampung apabila mereka sampai ke bandar. Saya pula ingin bercerita berkenaan kejutan budaya yang saya alami ketika masuk U.

Ketika di matrikulasi, kami disuruh menyalin nota.

"Kamu semua wajib salin nota. Kami melatih kalian untuk bersiap sedia masuk ke alam Universiti. Nanti di sana kalian akan terkejar-kejar menyalin nota. Malahan mungkin tak sempat menyalin langsung dengan pengajaran yang laju oleh pensyarah universiti," pesan Cikgu Marina.


Maka bergegaslah kami sentiasa menyalin nota biologi. Amat susah untuk pensyarah matrikulasi memberi nota-nota mereka secara langsung kepada kami.

Namun, apabila saya masuk universiti.

"Eh? Kenapa kalian semua salin slide saya? Tidak perlu. Nanti saya berikan softcopy. Print sahaja nanti. Kita jangan membuang masa untuk perkara remeh ini," kata Dr. Maheran di dalam kelas Biologi Sel dan genetik.

Tapi lagi bagus kalau Dr. beri kami hard copy.

"Baik. Nanti saya fotostatkan untuk kalian."

Satu kejutan budaya mencatat nota yang saya alami. Kehidupuan di universiti memang tenang... tapi, jangan disangkakan air yang tenang tiada buaya.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

9 ulasan:

  1. Di matrikulasi, saya diberikan hardcopy. Tapi pensyarah terlebih dahulu memadam beberapa isi penting. Mahu tak mahu, terpaksa lah rujuk pada paparan nota slideshow untuk mengisi ruang kosong.

    BalasPadam
  2. memang begitu lah caranya, tapi dalam pengajaran di kelas kadang-kadang ada yang tiada dalam nota. biasanya saya salin apa yang dibincang dalam kuliah, yang sedia ada dalam nota saya tak salin :p
    rasanya saya kenal Dr. Maheran. saya ambil juga kelas biologi sel dan genetik di UPM dulu

    BalasPadam
  3. @asrul
    untuk subjek lain seperti matematik, nota memang disediakan di kedai fotostat. Subjek biologi sahaja lain dari lain.

    @wani
    Betul tu. Kena peka dengan apa yang pensyarah sampaikan. Dr. Maheran baik orangnya.

    BalasPadam
  4. tenang? huh.. memang tak la.
    tak ckup tanah nak kejar esimen. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Saya yakin ckgu Dee boleh. Jika tak bagaimana nak mengajar anak murid nanti tentang erti pengurusan masa? Cikgu adalah qudwah utama anak murid di sekolah nanti. Berusaha keras yea.

      Padam
  5. Saya dulu kalau malas fotostat jer nota tuh..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kawan mahu kongsi bersama. =)

      Padam
  6. Menyalin nota? he he heee...
    berurusan dgn berlainan pensyarah, berlainan kaedah kita nak ambil dan simpan ilmu daripada mereka.

    Dulu paling ada, guna OHP jer... 'slide' plastik tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman yang semestinya sebelum M$ powerpoint ada. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia