Isnin, 1 Oktober 2012

Cikgu Kimia


"Bagaimana ni kak? Saya tiada sangat bahan nak mengajar. Kak call on the spot. Saya ingat kalau nak mengajar ni akan dapat panggilan seminggu sebelum," kata saya ketika sampai di pejabat pusat tuisyen.

Gementar juga mendapat panggilan satu jam setengah sebelum mengajar. Ia seperti diminta menjadi MC majlis bidan terjun pula.

"Minta maaf la dik. Cikgu tuisyen yang ajar Kimia tingkatan 5 tadi pun call kami lambat. Tak apa. Adik buat sahaja ulangkaji dengan budak-budak tuisyen itu nanti," kata kak Wani, kerani yang menjaga pusat tuisyen ini.

"Tapi saya tiada bahan nak mengajar."

"Tak apa. Sini ada soalan objektif kimia yang cikgu mereka tinggalkan. Kamu minta sahaja mereka buat dan kemudian bincangkan. Masa 1 jam 30 minit sahaja. Tak lama," kata lembut kak Wani cuba menenangkan kegusaran di hati saya ini.

Sebelum datang ke pusat tuisyen ini, aku telah dahulu pergi ke kedai buku berdekatan pusat tuisyen ini untuk membelek buku rujukan Kimia SPM. Pada mulanya saya cadang untuk membeli satu buat rujukan mengajar nanti tapi apabila difikirkan, saya mengajar on call sahaja. Seperti membazir pula. Lalu saya hanya simpan niat membeli sahaja dahulu. Mungkin dengan duit mengajar yang akan saya dapat nanti, boleh saya jadikan modal membeli bahan pengajaran nanti.

Sebenarnya saya isi sahaja apa-apa subjek yang boleh diajar. Tidak kiralah apa-apa subjek sains mahupun matematik. Saya boleh ajar. Guru on call katakan.

Tepat 5.30 pm, saya masuk ke dalam kelas pengajaran. Hanya satu kerusi terisi daripada 20 kerusi yang ada.

"So, are you alone? Or there will others will come to this class?" cubaan saya berbahasa Inggeris bersama pelajar. Al-maklumlah pelajar sekarang belajar sains dan matematik dalam BI. Saya juga tidak mahu dikatakan ketinggalan dalam berkomunikasi berbahasa Inggeris bersama mereka.

"No sir. Actually they are other 6 students. They will come later, I guest." jawab pelajar berbonjol kain di hadapan kepalanya itu.

"Alright. You can call me Izham, or abang Izham. Basically, I'm a master student from UPM. I'm here to teach you guys temporarily while your real tuition teacher is out for what ever reason I don't know."

Saya pun mengedar satu set soalan kimia kertas 1 kepada pelajar tersebut.

"Answer it in 30 minutes. Then we can discuss it together."

20 minit kemudian masuk pula seorang pelajar lelaki.

Terus saya sapanya, "Assalamualaikum. Saya Izham. Panggil abang Izham sahaja. Ini kertas soalan kimia 1. Boleh jawab dahulu. 6.15 pm nanti kita bincang bersama," sambil memberi satu set kertas soalan sama seperti pelajar sebelum ini.

Sebenarnya saya pun tidak pasti beberapa soalan yang dikemukakan pada set itu. Sudah lama saya tinggalkan asas kimia. Memori saya samar-samar cuba mengingati apa yang telah saya belajar semasa di sekolah menengah atas dan di matrikalusi dahulu.

Saya cuba sembunyikannya dengan membincang jawapan bersama. Heh. Saya tanya setiap seorang pelajar apa jawapan mereka dan kenapa mereka jawab jawapan itu.

Kalau jawapan mereka kedengaran logik, saya akan setuju sahaja dan terus ke soalan seterusnya. Al-maklumlah, cikgu on call sahaja. Saya tak sempat nak ulangkaji soalan-soalan tersebut.

Ada juga soalan yang mana kedua-dua pelajar tersebut tidak dapat jawab. Saya rungkaikan bersama mereka juga. Nasib baik soalan-soalan tersebut tidak begitu susah untuk saya jawabkan.

"Baiklah. Sekarang sudah 7.00 pm. Kita pun sudah habis membincangkan soalan. Boleh bersurai. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi," ucap saya sambil mengemas beg saya sebelum beredar meninggalkan bilik tersebut.

Alhamdullilah. Rezeki. Satu kelas pengajaran akan dibayar RM50. Walaupun kerja saya on call, iaitu apabila ada kekosongan kelas sahaja baru saya dipanggil, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk mengajar.

5 mengomel

kalau saya pasti lah sudah sangat gabra, menggeletar dipanggil mengajar tiba-tiba begitu. tapi seronok juga mengajar. pernah simpan hasrat mengajar subjek kegemaran - matematik

Saya pernah buat home tuition, ngajar math form 5, bila nak sampai bab yg saya tak pandai 9pelan & dongakan -tp tak pandai dongak), susah hati betul-tp nasib baiklah berenti sblm sampai bab tu ..hehe

@wani & ummaidan
Sememangnya mengajar memerlukan komitmen. Tanggungjawab besar demi menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. =)

masa mula2 saya mengajar di pusat tuisyen dulu (tpt yang sama cuma pindah area) selalu juga kena on call mcm ni secara tiba2 tapi disebabkan ini memang bidang saya, jadi saya tiada masalah. Hehe... tapi alhamdulillah, la ni saya jadi pengajar tetap di situ setelah sebulan lebih mengajar di situ secara on call. :)

Begitu ya. Baik. Saya faham. Terima kasih atas perkongsian ini kak.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon