Ahad, 28 Oktober 2012

Apa hal kau ni? Suka mencelah tettt....



Kali ini Maria Elena dengan gaya bersahajanya berjaya menyampaikan mesejnya itu iaitu terdapat orang yang suka mencelah sebelum orang lain menghabiskan ayat mereka.

Jadi apakah yang akan anda lakukan jika anda mengalami situasi berkomunikasi dengan orang yang suka mencelah?

Pertama, saya akan banyakkan berdiam diri dengan orang itu. Saya tahu dia ni suka sangat bercakap dan memberi nasihat sebelum apa-apapun saya habis bercakap. Baru kejap tadi saya berjumpa orang macam itu. Belum sempat dia memahami apa maksud ayat saya, terus dicelahnya.


Ya kadang-kala saya terasa juga... tapi jika selalu begitu saya biarkan sahajalah. Untuk orang sebegini perangainya saya guna konsep senyap itu perak, mendengar itu emas. Nanti dia akan diam juga dan memberi laluan kepada saya untuk berkata pula. Jika tiada, saya cari orang lain pula. Heh.

Kedua, amalkan sikap banyak bertanya kepada orang sebegini. Set minda bahawa jika jumpa orang sebegini, jangan kita banyak bercakap dengannya. Untuk luahan rasa, dia bukanlah orang yang sesuai. Ia lebih kepada mendengar berbanding berkata.

Betul. Jika tak nanti kita juga yang kecewa. Apabila meluah rasa pasti dicelah selalu olehnya. Nak kongsi ideapun pasti dicelah lagak seperti dia lebih tahu daripada kita.

Yelah dia tahu lebih tapi kita ini hanya ingin berkongsi pendapat dan rasa. Untuk tidak kecewa lebih mendalam, saya lalukan sahaja perkongsian dan luahan rasa saya pada orang lain.

Ketiga, banyakkan bersabar. Betul. Kalau jumpa orang yang suka mencelah ini, kalau kita tegur nanti, tak nak pula dia bersembang dengan kita. Kalau tak ditegur pula, kita pula tak nak bersembang dengannya.

Untuk itu, sabar lah demi kesejahteraan hubungan kita dan rakan kita itu. Nanti akhirnya dia akan sedar juga.

Kesimpulannya, jangan kita mengamalkan sikap suka mencelah (jika kita terasa ada). Jika jumpa kawan suka mencelah pula, redha sahajalah dengan banyakkan sabar, mendengar dan berdiam diri.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon