Rabu, 31 Oktober 2012

Sisi hitam K-Pop memang mengerikan!

Sebelum saya pergi jauh ke arah luar negara, apa kata kita baca dulu kes ugutan bunuh oleh peminat tegar K-Pop. Sungguh terkejut saya membacanya!

K-Pop kini menjadi fenomena utama dunia. Ia bukan sahaja melanda Korea Selatan tetapi juga negara yang sukar menerima bahasa luar kerana menganggap bahasa mereka gah iaitu Amerika.

Mengikut apa yang saya baca dan lihat, K-Pop adalah gabungan antara dunia Pop barat dan dunia pop Asia. Pemakaian ala-ala esentrik, seksi dan unik. Muka Asia dan gaya muzik Barat. Boom! Terhasillah K-Pop.

Tarian yang disajikan juga tidak meletihkan mata melihatnya. Bagi lelaki K-Pop semestinya gah dengan gaya yang melompat dan pusing memusing, manakala perempuan aksi seksi menjadi penarik utama.

 

Dalam video ni, pengacara membawa kita ke sisi hitam K-pop. Bayangkan mereka sertai industri muzik ini sejak umur 13 tahun lagi. 12 jam sehari berlatih. Tak boleh ada kawan, saudara, ataupun teman lelaki untuk bermesra sepanjang 13 tahun kontrak.  Mereka menjadi gaya hidup muzik itu agama yang mewakili mereka di dunia ini.

Sungguh pelik. Adakah kerana jeritan peminat mampu membuatkan mereka gembira dan tenang ataupun jeritan di akhirat nanti? Jauh sekali apa pula tindakan peminat K-Pop Malaysia yang beragama Islam? Ada yang saya lihat terkinja-kinja mengikuti konsert mereka. Hairan. Jika drama, saya kurang hairan kerana saya juga antara peminat K-drama (walaupun ia sama cliche dengan drama Melayu).

Perhatian perlu dilihat di manakah isu K-Pop ini akan membawa remaja Malaysia khususnya? Adakah kemunculan M-Pop berjaya meredakan ketagihan rakyat tempatan terhadap muzik yang agak sukar difahami itu? Atau kita yang hairan ini hanya menunggu arus ini hanyut dibawa arus liberasasi oleh kaum lain...

Hok Aloh. Lagu apo ni!?

Najwa Latif - AdaMu | Official Music Video



Satu lagu motivasi di kala derita dan rengsa menyerang diri ini...

Selasa, 30 Oktober 2012

PKU UPM masih ada doktor yang bagus


Dahulu dan kini kerap kali pelajar-pelajar UPM merungut dengan khidmat Pusat Kesihatan Universiti. Doktor yang memeriksa kebanyakannya tidak faham bahasa tempatan apatah lagi Inggeris (atau pelajar sendiri yang tak petah berbahasa Inggeris?)

Pengalaman saya sebelum ini pun sama. Selalunya saya datang ke PKU hanya untuk mengambil ubat. Jarang sekali untuk mendapat nasihat daripada pakar. Jelasnya sana banyak lambakan doktor dari luar negara. Masalah komunikasi antara salah satu faktor mereka selalu lepas tangan dalam diagnosis penyakit pelajar. Kebanyakan dibantu oleh jururawat untuk cuba memahami bahasa pelajar UPM berkaitan diagnosis penyakit.

Kisahnya mata kanan saya sakit berdenyut. Sudah 3 bulan ia sakit. Cuma sejak kebelakangan ini ia kuat berdenyut. Saya sebelum ini sudah berjumpa doktor swasta klinik Medivron. "Adik, ini sakit tiada apa-apa. Nanti pulih la. Saya beri ubat tahan sakit," ujar doktor seakan kaum India yang memeriksa aku dahulu (mungkin Benggali).

Walaupun begitu telah lebih 3 bulan berlalu dan mata kanan saya masih sakit lagi. Tak tahan dengan itu saya terpaksa juga pergi ke PKU untuk mendapat rawatan pakar.

Seperti biasa apabila ke kaunter pendaftaran, "Kak, saya nak mohon doktor tempatan, boleh? Tak suka la doktor foreigner." Kakak di kaunter itu angguk dan meminta saya ke bilik no 18 yang berada di tingkat atas.

Fotokopi, budaya terkini pelajar


Ya saya setuju. Buku fotokopi sekarang lebih murah kosnya berbanding harga buku asal terutama buku import. Baru-baru ini saya membuat satu salinan fotokopi buku bertajuk "Shut Up, Stop Whining, and Get a Life (2nd Edition): A Kick-Butt Approach to a Better Life" ole Winget, Larry.



Buku tersebut adalah buku import. Buku yang diterbitkan dari Amerika. Harga asal mencecah RM60 (berdasarkan rujukan MPHonline). Manakala harga fotokopi hanyalah RM11.30. Huh!? Mari kita ambil kalkulator (jika tak pandai, guna tangan sahaja). Dengan bandingan harga hampir 1/6 murah.

Sememangnya berbaloi kalau fotokopi sahaja. Saya bersyukur kerana perpustakaan universiti menyediakan buku-buku yang pelbagai untuk bahan bacaan saya. Dan untuk saya miliki dengan harga murah (fotokopi semestinya!) Ya mungkin ianya salah, tapi saya tidak mampu lagi untuk membeli buku asli. Malahan tempahan perlu dibuat jika saya ingin beli buku seperti ini.

Apakan daya sebagai seorang pelajar, saya terpaksa mengorbankan prinsip saya untuk fotokopi...

Ahad, 28 Oktober 2012

Apa hal kau ni? Suka mencelah tettt....



Kali ini Maria Elena dengan gaya bersahajanya berjaya menyampaikan mesejnya itu iaitu terdapat orang yang suka mencelah sebelum orang lain menghabiskan ayat mereka.

Jadi apakah yang akan anda lakukan jika anda mengalami situasi berkomunikasi dengan orang yang suka mencelah?

Pertama, saya akan banyakkan berdiam diri dengan orang itu. Saya tahu dia ni suka sangat bercakap dan memberi nasihat sebelum apa-apapun saya habis bercakap. Baru kejap tadi saya berjumpa orang macam itu. Belum sempat dia memahami apa maksud ayat saya, terus dicelahnya.

Guru pemangkin minat pelajar sains.


Saya kurag setuju dengan idea memberi pelajar lambakan matapelajaran supaya pelajar boleh memilih nanti apabila masuk ke alam matrikulasi dan universiti. Kalau nak lambakkan matapelajaran, sila kurangkan tajuk pembelajaran.

Perlu ingat, kita belajar bukan seperti dahulu lagi. British dahulu menggunakan sistem pembelajaran industri. Menyediakan pelajar khas untuk industri. Pukul rata semua orang sama untuk bekerja bawah bidang yang sama. Manusia bukan robot. Itu satu kenyataan.

Setiap daripada kita unik. Ada yang suka menggedik. Ada yang suka lurus. Ada yang suka ilmu. Setiapnya perlu dikendalikan dengan baik.

Untuk itu tugas guru sepatutnya diberi untuk mendidik bukannya mengajar. Atau istilah arabnya guru menjadi murobbi. bukannya mualim.

Kerana saya tidak suka budak-budak, saya tidak suka untuk menjadi seorang guru. Sungguh! Lebih baik saya menjadi seorang pensyarah. Kalau budak malas, saya gagalkan sahaja (idamannya lah).

Sabtu, 27 Oktober 2012

Graduan Bac. Sains Hortikultur '12

Jumaat, 26 Oktober 2012

6 panduan terbaik komen di blog orang lain


Baru-baru ini saya tertarik untuk menukar domain blog saya ke wordpress. Banyak komen yang saya baca mengatakan wordpress lebih hebat berbanding blogspot. Lalu saya tertarik untuk mengenali lebih mendalam tentang wordpress.

Ketika saya membelek apa yang menarik di wordpress, saya terjumpa satu post menarik tentang tip-tip terbaik meninggalkan komen membina di blog orang lain. Ia ringkas dan padat.

Mari saya olah:

1. Jelas dan khusus. Apabila kita meninggalkan komen di blog orang lain biarlah ianya jelas dan khusus kepada apa yang dibincangkan. Contohnya, "Saya rasa tanam sendiri lebih elok berbanding beli. Buat apa beli kalau senang kena sakit?" Sebelum meninggalkan komen apa kata kita tanyakan soalan-soalan seperti ini ;  Adakah kita belajar sesuatu yang baharu? Ada pengalaman yang ingin dikongsikan bersama? Adakah kita ingin menyuarakan sudut pandangan lain pula? Petik ayat penulis tersebut jika kita ingin memberi maklumbalas secara lebih khusus.

Kita suka baca tetapi tidak tahu hendak komen apa? Gunakan saha fungsi 'like'. (Wordpress ada menyediakan fungsi ini manakala blogspot tiada.)

Short Film - Tomato 2.0



Sungguh. Terbaik dari siaran Madmie!

Tugas sebenar seorang saintis

sarjana muda universiti

kredit: ScientisRage

Khamis, 25 Oktober 2012

Bahasa alien


Baru kejap tadi balik dari kelas Fizik Tanah. Huh!? Agak sukar untuk memahami apa yang pensyarah katakan. Saya kategorikan dalam bahasa alien.

Water head, osmotic pressure, Darcy's law, dan macam-macam lagi. Kalau terjemah kepada BM pun sama sahaja maksudnya. Kepala air, tekanan osmotik, hukum Darcy.

Masalahnya saya tidak faham apa yang disampaikan itu. huh!?

Agaknya saya perlu belajar awal sebelum masuk ke kelas.... Ini agar saya tidak ketinggalan maklumat penting ketika Prof. mengajar kami.

Kemudian saya terbayangkan pelajar yang mengambil matapelajaran sains dan matematik dalam BI. Kasihan mereka. Terpaksa terjemah dan kemudian kena fahamkan pula. Nak faham kena dalam BI pula walhal bahasa harian mereka BM.

Ini berlainan dengan sekolah Cina iaitu mereka belajar dalam bahasa ibunda. Fahampun dalam bahasa ibunda. Tiada karenah biokrasi dalam pemahaman. Lalu pasti mereka cepat faham apa yang mereka pelajari.

Saya? Saya yang tak faham istilah yang digunakan sahaja. Saya tidak dapat membayangkan di mana penggunaan istilah itu patut digunakan.

"I want you to understand it fully. Not just by memorizing the formula. Imagine it like you are doing the experiment in front of you," kata Prof. menasihati kami apabila melihat kebanyakan daripada kami muka semacam kurang jelas penerangan beliau mengenai cara menjawab soalan yang dikemukannya.

Nampaknya masa untuk meningkatkan lagi pemahaman saya dengan membaca dan memahami lebih banyak istilah fizik tanah. Jika tak, boleh kecundang saya nanti.


Status yang diangkat ke langit


Saya terbaca sebuah cerpen berkisarkan status yang diangkat ke langit. Ia adalah hasil karya Bahruddin Bekri. Kisah ringkas sahaja tetapi membuatkan saya terfikir akan penggunaan Facebook dalam dunia harian saya.

Saya kadang-kala cembur lihat status rakan-rakan Facebook saya. Kadang-kala status mereka biasa sahaja tetapi mampu mencecah 'suka' sehingga 10 ke atas. Saya pula tiap kali post status yang baik, hanya 2-3 suka sahaja. Jika saya post status melawak pasti lebih daripada itu.

Ini secara langsung membuatkan saya tawar hati untuk berkarya di Facebook. Saya lebih suka menulis di blog gamaknya. Lebih selesa dengan ayat-ayat pendek. Lagipun, kerana itulah saya hilangkan juga fungsi 'like' di blog saya ini.

Bak kata orang Puteh, "ignorance is bliss" (kejahilan itu kebahagiaan). Jahil untuk mengetahui orang yang membaca status saya di Facebook bleh mendatangkan kebahagian kepada saya.

Di blog pula, hanyalah orang asing membaca blog saya. Rakan yang saya kenali di dunia maya. Amat jarang sekali rakan-rakan sekitar saya membaca blog saya. Rasanya kerana ego tinggi dan memandang blog saya ini hanyalah biasa-biasa sahaja.

Saya suka akan pandangan mereka sebegitu. Sekurang-kurangnya saya lega untuk menulis kebenaran di sini. Kurang saya khuatir akan melukakan hati mereka jika mereka selalu mengikuti perkembangan tulisan saya.

Walaupun saya ada juga rakan yang juga berblogging bersama, tetapi dia juga tidak kerap mengunjungi blog saya. Egonya tinggi mengatakan dia berblog suka-suka sahaja. Kerana itulah dia hanya menulis di blog dan membalas komen di blognya sahaja. Blog lain hanya sampingan luangan masa dia untuk berjalan...

Saya tak kisah juga mengenai itu. Rakan sekitar saya kurang membaca blog saya. Rakan facebook saya memang saya terhadkan kepada rakan sekitar saya sahaja kerana saya masih menjaga nilai peribadi kehidupan sebenar saya. Namun, niat saya untuk mendapat jumah suka di Facebook telah menawarkan hati saya untuk mengemaskini status baik mahupun terbaik.

Biarlah. Saya hanya mengikuti perkembangan semasa. Yang pasti, saya suka menulis di blog.

Rabu, 24 Oktober 2012

Kertas A4


Aku adalah sebuah kertas yang ringkas. Aku bersaiz A4. Semua orang tahu akan saiz A4 itu berapa iaitu 210 × 297 mm.

Ringkas aku disertakan dengan warna putih yang suci. Aku tiba di satu rumah orang yang digelar pelajar. Bertuah rasanya diri aku ini. Aku dapat menyumbang bakti kepada seorang pelajar yang rajin menuntut ilmu.

Aku sentiasa berdoa agar pelajar itu memilih aku untuk menulis notanya nanti. Hari demi hari berlalu. Sehelai demi sehelai rakan aku diambilnya.

Pada satu malam yang dingin, badan aku disentuh oleh pelajar itu. Aku sungguh gembira! Nampaknya sudah sampai halaman kosong di badan aku ini diisi dengan ilmu. Biarlah aku tidak memahami apa yang ditulis olehnya asalkan aku berbakti.

Aku dipadankan dengan kertas daripada kaum lain. Mereka kaum jambu kami gelar kerana badan mereka berwarna merah jambu.

Aku lihat pelajar itu seperti sedang memilih untuk menulis di atas aku ataupun di atas kertas merah jambu itu. Oh kenapa susah sangat untuk membuat pilihan. Pilihlah yang berwarna putih kerana ia tidak akan mengganggu tumpuanmu nanti tika mencatat nota, jerit aku seakan ingin dia dengar.

Entah kenapa, jambu juga dipilihnya untuk memulakan penulisan notanya itu. Aku diletakkan di tepi meja.

Pada malam itu ketika semua lampu ditutup, aku terasa badan aku ringan naik ditiup angin tingkap. Aku melayang turun terus berdekatan tong sampah di sebelah meja belajar pelajar itu.

Keesokan paginya aku terus dimasukkan ke dalam tong sampah. Oh kenapa? Aku masih lagi kosong!

Akhirnya aku dibawa pergi ke tempat yang orang tidak mahu...

Angin


Pokok yang hanya duduk diam,
mula menggoncangkan dirinya,
kedengaran sayup bunyi,
setela ia disapa angin,

Angin,
Ia datang pada yang tepat,
meniup sejuk,
dikala hari panas,
meniup panas,
dikala hari sejuk.

Pokok dan angin,
menjadi satu perkara yang selalu ada,
menghilangkan resah
manusia tatkala panas terik memancar.

Isnin, 22 Oktober 2012

Kesedaran di hujung masa


Saya ini jenis lambat orangnya terutama dalam pelajaran. Saya hanya faham apabila berada di hujung tahun.

Masih saya ingat akan kisah saya ketika keputusan percubaan SPM diumumkan.

"Wong, bagaimana kamu boleh skor markah tinggi untuk matematik? Selama ini aku lihat markah ujian kamu rendah," tanya Wan setelah dia melihat markah keputusan percubaan matematik SPM saya.

"Entahla Wan. Aku rasa soalan-soalan yang dikemukakan mudah. Lalu aku jawab sahajalah," jawab aku.

Mungkin kerana doa yang selalu saya iringkan agar Allah membantu saya ketika saya menjawab soalan-soalan yang saya anggap sukar itu.

Apabila dikenang kembali, rupanya saya ini banyak bermain. Apabila berada di penghujung jalan barulah saya seperti hendak sedar akan perkara itu penting dan saya sepatutnya serius.

Ia sama seperti apa yang saya alami sepanjang 4 tahun saya belajar sebagai pelajar ijazah sarjana muda. Di semester ke enam barulah saya semacam mendapat idea mengenai apa yang saya belajar selama ini. Ketika itulah saya mula dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang saya pelajari. Saya mula memahami kenapa perlunya segala macam teknik belajar itu berguna dalam kehidupan manusia ini.

Dan, saya masih ada 2 tahun lagi untuk cepat sedar sebelum saya mengorak langkah ke alam pekerjaan...

Ahad, 21 Oktober 2012

Keep silence


WORRYING TREND: Informal English, Bahasa widely used among students

KUALA LUMPUR: THE degradation of English and Bahasa Malaysia is becoming prevalent among students and more needs to be done to stop the trend.

Teachers and lecturers say the use of non-formal language, such as short forms and short messaging service (SMS) slang, begins in secondary school and continues when students pursue their tertiary education.

The trend has not reared its ugly head at primary schools yet, but as children get their hands on smart phones and frequent social media websites, such as Facebook and Twitter, it is only a matter of time before they, too, become “infected”.

National Union of the Teaching Profession president Hashim Adnan said teachers must play a role in tackling the problem.

The number of students who were using SMS language was alarmingly high and should be a cause for concern, he said.

Hashim said students were so accustomed to using SMS language in their daily lives that it affected their language in school.

“If we allow this to go on, they will use short forms or short cuts in everything they do.

“Not just in answering examination papers but also in the way they talk and solve everyday problems,” he said, adding that in a classroom, more than 20 per cent of students would use abbreviations.

Hashim, a teacher at SM Sungai Ramai in Perak, said students sometimes wrote without noticing that they used short forms like "u" instead of "you" because they were  too used to it. The trend was especially noticeable among secondary school  and university students, who had adopted the spelling  short cuts as a habit, he said.

University students were also guilty of butchering their spelling as they were the ones that had most access to social networking sites such as Facebook and Twitter, where using shortened words was the norm, said university lecturers.

Universiti Tunku Abdul Rahman Associate Professor Dr Gideon Khoo said teachers and lecturers must constantly remind students that SMS language was only for online conversations and was the equivalent of bahasa pasar.

"It will cause the degeneration of how languages are written and spoken. Take a look at Facebook and Twitter and one can see how badly our national language has been mangled by the users. It is really quite shameful.

"Educationists and educators must play their roles in ensuring that students are taught the fundamentals of using the national language, English and their mother tongue from a young age so that they know when, where and how to use proper language."

Jalilah Jaafar Sidek, 32, a public university lecturer, said the state of students' language was, at times, appalling. She said no matter how many times students were reminded, they would still continue to use shortened words in their assignments, tests and examinations due to the habit of constantly conversing online with their friends.

Professor Dr Teo Kok Seong, deputy director of the Institute of Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia, said the proper language could be upheld and improved if students were made aware of its use during formal and informal situations.

Dewan Bahasa dan Pustaka language and literature department director Rusli Abd Ghani said the authorities were working to elevate and encourage the proper usage of Bahasa Malaysia.

He said DBP was organising the Kembara Bahasa in light of the National Language Month, this month.
The event would see linguists and academicians travelling to schools throughout the country to promote the language through lectures and fun activities.

source: NST - http://www.nst.com.my/mobile/top-news/mind-your-language-1.159440

Sabtu, 20 Oktober 2012

3 sebab utama orang tidak berjaya


Innocence Of Muslims - Prophet Muhammad


Satu ulasan yang bagus.

Try and error


Tadi saya berbincang bersama sahabat saya.

"Perempuan ni, memang mudah berjaya kalau ada buku. Terutama dalam pelajaran. Tapi kalau bab komputer, mereka kurang sedikit," mula sahabat saya berbicara.

"Yelah," saya jawab. "Mereka ini lebih suka maklumat yang terbukti manakala kita, lelaki, suka guna teknik 'try and error'. Cuba-cuba apa-apa yang ada di komputer kita. Kalau ada masalah, apa susah. Format sahajalah."

"Ya betul."

Kebanyakan kawan perempuan yang saya kenali, agak lambat dalam dunia perkomputeran. Mereka lebih suka menyerahkan hal-hal teknikal komputer kepada lelaki. Mereka hanya tahu hidupkan laptop, buka facebook dan menulis di blog. Namun bagi yang suka cuba-cuba, berlaku peningkatan drastik ilmu komputernya apabila dia pandai menggunakan google!

Yang lain, "Awak, boleh tolong saya tak? Laptop saya ada masalah. Nak minta tolong awak formatkan. Boleh?"

Khamis, 18 Oktober 2012

Perkebunan melintang



Satu perkara yang menarik untuk dipelajari.

SHORT FILM: PASPORT EKSPRES


Filem pendek yang menggamit memori~

Rabu, 17 Oktober 2012

Gosip


Gosip banyak digunapakai untuk para artis dan selebriti. Jarang ia dilihat sebagai satu perkara buruk apabila kita bergosip. Ia semacam menjadi satu perkara kebiasaan untuk masyarakat sekarang bergosip.

Saya tidak terkecuali juga dalam bergosip. Saya selalu ingin tahu perihal terbaru berkenaan sesuatu cerita. Tidak kisahlah ia baik mahupun buruk. Kedua-duanya saya ambil. Bak kata orang, yang buruk kita jadikan iktibar, yang baik kita jadikan tauladan.

Cuma, ia tak seperti yang disangka. Mendengar perkara keburukan mengenai seseorang atau perkara amat susah untuk disimpan. Tambahan lagi ia dikategorikan sebagai gosip. Kita mesti sentiasa terasa untuk menyebarkan juga seperti mana kita dapat daripada orang yang menyebarkannya.

Dan saya selalu mengingatkan diri saya agar dapat membezakan antara hak dan batil apabil bersembang bersama rakan. Al-maklumlah saya ini juga manusia biasa. Kadang-kala mulut ini boleh jadi mulut tempayan!

Ahad, 14 Oktober 2012

Bergambar bersama sahabat



Alhamdulillah. Selesai juga majlis konvokesyen saya pada hari ini. Ia bermula pada 7.30 am dengan para graduan beratur di sebelah kanan dewan besar UPM, kawasan parkir menghadap fakulti hutan, bersama pakaian lengkap konvokesyen.

Kemudian, kami berarak masuk pada 8.00 am. Dipendekkan cerita, ia habis awal dari jangkaan iaitu 11.30 am, satu jam awal dari tentatif. Petanda baik.

Saya sms kawan untuk dia bersiap sedia untuk datang ke dewan besar menangkap gambar kami bersama sejurusan sebaik sahaja kami keluar dewan nanti.

"Bro, kamera tiada. Ada tak DSLR?"

Aduh. Bukankah semalam saya sudah katakan pinjam daripada Aqashah?

"Dia tak balas mesej. Call pun tak dapat."

Sepatutnya semalam sudah pinjam. Atau pagi tadi sudah hubungi Aqashah, rakan yang ada DSLR.

Di sini, saya sudah nampak akan peristiwa yang akan berlaku kemudian nanti. Inilah kes kalau nak minta tolong kawan yang tiada kamera DSLR.

Saya sudah pesan agar dia pinjam daripada seorang lagi rakan, tapi nampaknya komunikasi terputus-putus di antara mereka. Saya ingatkan dia faham bahawa jika ingin tangkap gambar esok, sebolehnya malam sebelum hari itu atau awal pagi itu sebolehnya sudah dapatkan kamera DSLR tersebut.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Terima Ijazah


Hmmm. Mungkin sesuatu yang boleh saya pertimbangkan ketika saya menerima ijazah nanti.

Mesej sampah bertimbun-timbun


Saya akui dalam keseronokan kita berFacebook kadang-kala ada juga yang cuba mengambil kesempatan membuang sampah di Facebook. Sampah di sini saya maksudkan 'spam'.

Pada mulanya saya juga ada terpengaruh dengan kaedah atau teknik "cepat kaya" melalui rangkaian sosial media seperti Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya. Ya saya ada membeli beberapa buku bercerita hal-hal kaya seperti itu. Ia memberi saya input-input baharu mengenai dunia rangkaian sosial Internet.

Namun begitu, ia tidak seindah yang disangka. Di kala teruja membuat duit sampai terlupa adab dan etika dalam dunia Internet sehingga menghasilkan sampah. Ia juga akan memalukan saya dan orang sekeliling saya.

Mungkin ada yang kata "Ah kau. Kata sahaja pandai. Buatnya tidak pernah pun."

Untuk pengetahuan, saya sudah mencuba hampir kesemua rangkaian sosial yang dikatakan boleh membuatkan saya kaya. Sampai sekarang tak kaya pun saya.

Khamis, 11 Oktober 2012

Belajar daripada kesilapan


Saya tertarik ketika membaca sebuah rencana di akhbar tempatan, News Straits Times bertajuk "Tsk, tsk, don't people ever learn?"

Ia satu kupasan menarik bagaimana hanya dengan menulis sesuatu di Internet mampu mengubah hidup seseorang itu.

Saya mempunyai pengalaman sebegini. Ia berkaitan dengan seorang sahabat yang saya sayangi.

Rabu, 10 Oktober 2012

Program Skor A


Semalam, sedang saya membelek apa-apa berita terbaru di laman facebook, saya terlihat satu iklan menarik,

"Tutor diperlukan. Hubungi sekian no ...."

Saya dengan hati yang ingin tahu, menghantar SMS kepada no yang diberikan. Dibalas,

"Wasalam. Kosong lagi. Boleh jumpa petang ini untuk berbincang?"

Nak dijadikan cerita, petang itu hujan. Saya tidak sempat berjumpa dengan cik yang membuat iklan.

"Tak apa. Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Malam ni boleh? Terus kita pergi HQ di Damansara. Naik kereta bersama kami."

Saya gembira. Nampaknya saya akan dapat kerja sebagai tutor tetap. Sebelum ini hanyalah on call sahaja.

Pukul 8.15pm kami bertolak dari UPM ke Damansara. Pukul 9.15 sampai.

Isnin, 8 Oktober 2012

Minggu Ujian


Nampaknya minggu kelima dan keenam bagi para pelajar UPM semestinya sibuk. Yelah. Sudah tiba masanya minggu ujian untuk setiap subjek yang kami ambil. Walaupun bergelar pelajar pasca-siswazah, saya tetap perlu menghadapi cabaran ini.

Pada esoknya saya akan menghadapi ujian satu untuk subjek "Perubahan iklim dan pertanian". Sememangnya subjek ini membuka minda saya bahawa pertanian perlu peka dengan keadaan sekitar iaitu iklim kita.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Manglish of TESL


Terhibur saya menonton video ini.

Rupanya terdapat 3 bahasa pertuturan yang orang Malaysia gunakan.

Tapi, saya lebih kepada Manglish.

^^

Menghayati lagu-lagu



Terhibur saya menonton video mat lutfi.
Kebanyakan orang kini dengar lagu sahaja tetapi tidak dengar lirik.

Ada yang kata 
"Aku dengar lagu Inggeris sebab nak tingkatkan kefahaman BI aku."

Namun, kadang-kala tersilap pilih lagu akibatnya buruk juga. Ada sesetengah lagu Inggeris memuja dan menolak konsep ketuhanan. Kita perlu berjaga-jaga mengenai itu.

Saya juga suka dengar nyanyian Maher Zain.
Sekurang-kurangnya ia berunsur kebaikan.


Canon PowerShot A1100 IS


Saya mempunyai sebuah kamera kompak yang amat saya sayangi. Ia telah banyak berbakti kepada saya semenjak saya membelinya semasa saya semester 3, awal bulan Ogos 2009.

Ketika saya membeli Canon PowerShot A1100 IS, harganya dalam RM 599. Sekarang harganya sudah jatuh sehingga RM399.

Saya ingat lagi ketika saya membeli kamera tersebut pada minggu UPM cuti seminggu akibat serangan selsema burung di UPM.

4-5 minggu selepas minggu kuliah bermula.

Saya beli di kedai gambar di bahagian tingkat bawah kompleks beli-belah the Mines.

Selsema burung di UPM

Kes ini berlaku ketika semester 3 saya baharu sahaja berlangsung. Sewaktu itu kolej saya dikuarantinkan kerana terdapat dua orang pelajar perempuan di blok kasturi disyaki terkena jangkitan selsema burung. Kecoh satu kolej berkenaan berita itu.

Berita itu saya dengar pada waktu petang sebaik sahaja saya habis kelas.


Kami semua diminta pulang bersama semua kelengkapan. Bilik wajib dibiarkan kosong. Aduh! Saya merungut kerana kebanyakan kami bilik penuh dengan barang-barang kami.

"Tak boleh. Mesti angkut semua bawa balik. Takut nanti blok Jebat akan dikuarantinkan dengan pesakit," kata Pak Ali.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Debat Tun Dr. Mahathir VS Yahudi


Saya kagum dengan semangat Tun Dr. M melawan orang Yahudi.

Fakta adalah fakta.
Kenapa perlu mengampu hanya untuk menyedapkan hati orang lain?

Makanan sekitar Kolej


Saya telah membuat kajian selama 4 tahun saya hidup di U berkenaan kafe-kafe di U. Terdapat 5 kafe yang berada di dalam kawasan kolej-kolej UPM.

Pertama yang paling terkenal adalah kafe kolej Serumpun. Kedua adalah kafe Putra Foodcourt. Ketiga, kafe MTDC. Keempat kafe KTDI dan akhir sekali kafe KC.

Dua kafe terakhir itu lebih bersifat setempat bermaksud ia lebih khusus kepada pelajar-pelajar kolej itu sendiri.

Manakala 3 yang awal saya sebutkan tadi bersifat umum. Ia mempunyai pelbagai gerai yang boleh menjadi pilihan para pengunjung memilih makanan.

Kafe MTDC hanya dibuka pada waktu pejabat. Ini bermaksud dari hari Isnin hinggalah Jumaat dengan lingkungan masa 8 pagi sehingga 5 petang.

Setiap kafe ada baik dan buruknya.

Kafe serumpun, yang baiknya ia ada pelbagai kedai. Ia menjadikan persaingan para peniaga di situ sengit. Tambahan pula ada mesin ATM CiMB, Maybank dan Bank Rakyat. Ini memudahkan para pelajar mengeluarkan wang berbanding terpaksa keluar dari kawasan kolej untuk cucuk duit.

Untuk Putra Foodcourt pula, bilangan kedai di sini hampir sama sahaja dengan kafe Serumpun. Cuma kelebihannya, kedai di sini lebih besar dan menawarkan pilihan maknaan yang lebih sedikit. Keadaan persekitaran di sini pun lebih terbuka berbanding kafe Serumpun yang seakan-akan penjara.

Kafe Serumpun mengamalkan konsep ambil kupon dan bayar di kaunter. Ini bermakna peniaga tidak melakukan transaksi jual beli di gerai mereka. Lain pula di kafe Putra Foodcourt dengan peniaga melakukan transaksi jual beli di gerai mereka.

Dari segi pilihan air, kafe Serumpun memenangi tempat pertama kerana pilihan yang pelbagai. Kafe Putra Foodcourt hanya menyediakan satu tempat menjual air yang dikuasai oleh warga kulit hitam bermulut manis, a.k.a Bangla.

Ramai pelajar perempuan merungut kata bangla jual air di situ gatal, tetapi tangan tetap menghulurkan duit membeli air bekas tangan mereka. Pelik tetapi itulah kebenaran yang selalu saya dengar. Hebat bangla ni.

Saya memilih untuk meminum air Dr. Sukida (R.O) atau minum sahaja air penyejuk (water cooler). Ia lebih selamat (mungkin?) dan jimat.

Bagi 2 kafe bersifat kolej itu, saya jarang pergi ke sana kerana kekangan masa dan ruang. Sukar untuk saya memberi ulasan berkenaan fasiliti di sana. Apapun, ia bukanlah tempat kegemaran saya untuk berjimba-jimba.


Seuntai kata untuk dirasa

Panas usah membakar dada
Suara usah menggegar sahaja
Kalau benar membawa cita

Di dalam senyap kumpulkan tenaga

Ayambertelur sekampung tahu
Mengapa mesti kita begitu
Falsafah ubi diam berisi
Mengapa tidak kita turuti?


Sekarang singkirkan semua bicara
Sekarang kumpulkan tenaga raksasa
Tiba saat berbunga mesra
Serentak mara kita bersama

-- A. Samad Said


Over the sea


Ramai di antara rakan-rakan saya berimpian untuk pergi merentas laut menaiki kapal terbang. Ini tidak terkecuali juga untuk saya. Saya mengidam untuk ke luar negara. Ingin melihat keadaan luar sana. Melihat sudut lain selain dari Malaysia.

Tetapi ia bukanlah senang jika tidak kuat fizikal dan mental. Pergi ke luar negara ini memerlukan kekuatan mental khususnya. Yelah. Kita akan berada di negara orang. Semestinya budaya mereka juga lain daripada apa yang ada di sini.

Saya bertuah kerana mendapat peluang pergi ke luar negara. Entah mengapa pada pertengahan tahun 2010 saya mendapat SMS daripada seorang rakan saya, mengajak saya pergi bersama mereka ke negara yang terkenal dengan kumpulan F4 suatu masa dahulu.

Hati yang mengerti


Suasana dingin melantun pada dinding rumahku. Terasa sejuk meresap sampai ke tulang walhal malam ini sama sahaja seperti malam semalam. Ia masih gelap. Ia masih dingin. Tetapi kenapa kedinginan ini lain dari yang lain?

Ah biarlah. Banyak lagi kerja yang perlu aku kendalikan. Aku tiada masa untuk bermain. Hidup ini hanya sekali. Jika aku masih bermain bagaimana kerja aku ingin aku siapkan nanti?

Kelihatan seorang tua berbadan gempal lalu di halaman rumah aku. Dia seperti sedang berjalan mencari sesuatu. "Montel, montel. Mana kamu? Mari balik. Tok Nek ada makanan nih," kata perempuan tua sambil membongkok di celahan pasu-pasu yang ada.

Khamis, 4 Oktober 2012

Suriram, lagu rakyat Melayu


"Suriram adalah sebuah lagu dodoi yang tergolong dalam kumpulan lagu-lagu rakyat yang diperturunkan dari zaman ke zaman oleh penduduk di Alam Melayu ataupun Nusantara. Ia dianggarkan dicipta pada era 1400an menceritan bagaimana harapan si ibu ketika melihat anaknya membesar. Lagu ini merupakan salah sebuah lagu dodoi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu."

Rabu, 3 Oktober 2012

Majalah Sains


Saya seorang yang aktif menggunakan facebook sebagai salah satu medium komunikasi dalam hidup saya. Ia satu medium yang mudah untuk saya tahu perkembangan semasa orang sekeliling saya.

Untuk itu saya suka melawat satu kumpulan facebook bertajuk 'MajalahSains.com'. Admin di kumpulan tersebut aktif mewar-warkan berita-berita sains terbaharu terutama berkaitan fizik. Admin juga aktif menapis spam-spam yang muncul di kumpulan tersebut.

Saya tidak pasti sejarah kumpulan facebook ini tetapi laman webnya MajalahSains.com sememangnya berguna. Penulisan ilmu sains dalam bahasa Melayu sukar didapati di dunia Internet. Kebanyakannya rakyat Malaysia lebih suka menggunakan bahasa Inggeris dalam menulis ilmu sains teknologi kerana ingin bersifat global.

Entahlah. Bagi saya, matlamat saya adalah berkongsi jibunshi saya dalam bahasa ibunda saya. Bahasa Inggeris hanya sampingan bagi saya dalam mencerna ilmu-ilmu kini kerana BI telah menjadi lingua franca bahasa ilmu Internet.

p/s: saya hanyalah pencinta bahasa ibunda saya. Bukan pejuang bahasa.

Penulis yang disayang Tuhan



Kali ini saya hendak bercerita mengenai sejarah buku-buku yang berada dalam perpustakaan peribadi saya. Ia adalah untuk catatan rekod buat saya agar tidak lupa kemudian nanti di mana dan mengapa saya membeli buku tersebut.

Saya mulakan dengan memilih mana-mana tajuk buku secara rawak.

Kali ini 'Penulis yang disayang Tuhan' menjadi permulaan bicara. Novel ini saya mula beli ketika saya bekerja sambilan sebagai budak jaga buku.

Saya tertarik dengan tajuk novel ini iaitu 'Penulis yang disayang Tuhan'. Saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Cuma masih tercari-cari bidang apakah yang patut saya pergi sama ada bidang penulisan kreatif atau bidang penulisan ilmiah. Kedua-dua bidang tersebut begitu mengujakan saya.

Selasa, 2 Oktober 2012

Kejutan budaya mencatat nota


Ramai berkata mengenai kejutan budaya orang kampung apabila mereka sampai ke bandar. Saya pula ingin bercerita berkenaan kejutan budaya yang saya alami ketika masuk U.

Ketika di matrikulasi, kami disuruh menyalin nota.

"Kamu semua wajib salin nota. Kami melatih kalian untuk bersiap sedia masuk ke alam Universiti. Nanti di sana kalian akan terkejar-kejar menyalin nota. Malahan mungkin tak sempat menyalin langsung dengan pengajaran yang laju oleh pensyarah universiti," pesan Cikgu Marina.

Membasuh baju


Semalam saya membasuh pakaian-pakaian yang sudah seminggu terperuk di dalam bilik saya. Saya amalkan membasuh baju seminggu sekali demi menyahut cabaran bumi hijau (atau sebenarnya saya malas basuh setiap hari? Heh).

Saya masukkan sahaja semua pakaian saya itu ke dalam mesin basuh sebelum saya bertolak pergi solat Isyak berjemaah di surau di bawah kuarters yang saya tinggal ini. Usai solat, saya terus bergegas pergi ke Kajang pula untuk menghadiri mesyuarat bersama sahabat-sahabat.

Bahasa badan penentu kejayaan


Menarik untuk ditonton.

Isnin, 1 Oktober 2012

Cikgu Kimia


"Bagaimana ni kak? Saya tiada sangat bahan nak mengajar. Kak call on the spot. Saya ingat kalau nak mengajar ni akan dapat panggilan seminggu sebelum," kata saya ketika sampai di pejabat pusat tuisyen.

Gementar juga mendapat panggilan satu jam setengah sebelum mengajar. Ia seperti diminta menjadi MC majlis bidan terjun pula.

"Minta maaf la dik. Cikgu tuisyen yang ajar Kimia tingkatan 5 tadi pun call kami lambat. Tak apa. Adik buat sahaja ulangkaji dengan budak-budak tuisyen itu nanti," kata kak Wani, kerani yang menjaga pusat tuisyen ini.

"Tapi saya tiada bahan nak mengajar."

"Tak apa. Sini ada soalan objektif kimia yang cikgu mereka tinggalkan. Kamu minta sahaja mereka buat dan kemudian bincangkan. Masa 1 jam 30 minit sahaja. Tak lama," kata lembut kak Wani cuba menenangkan kegusaran di hati saya ini.

Sebelum datang ke pusat tuisyen ini, aku telah dahulu pergi ke kedai buku berdekatan pusat tuisyen ini untuk membelek buku rujukan Kimia SPM. Pada mulanya saya cadang untuk membeli satu buat rujukan mengajar nanti tapi apabila difikirkan, saya mengajar on call sahaja. Seperti membazir pula. Lalu saya hanya simpan niat membeli sahaja dahulu. Mungkin dengan duit mengajar yang akan saya dapat nanti, boleh saya jadikan modal membeli bahan pengajaran nanti.

Sebenarnya saya isi sahaja apa-apa subjek yang boleh diajar. Tidak kiralah apa-apa subjek sains mahupun matematik. Saya boleh ajar. Guru on call katakan.

Tepat 5.30 pm, saya masuk ke dalam kelas pengajaran. Hanya satu kerusi terisi daripada 20 kerusi yang ada.

"So, are you alone? Or there will others will come to this class?" cubaan saya berbahasa Inggeris bersama pelajar. Al-maklumlah pelajar sekarang belajar sains dan matematik dalam BI. Saya juga tidak mahu dikatakan ketinggalan dalam berkomunikasi berbahasa Inggeris bersama mereka.

"No sir. Actually they are other 6 students. They will come later, I guest." jawab pelajar berbonjol kain di hadapan kepalanya itu.

"Alright. You can call me Izham, or abang Izham. Basically, I'm a master student from UPM. I'm here to teach you guys temporarily while your real tuition teacher is out for what ever reason I don't know."

Saya pun mengedar satu set soalan kimia kertas 1 kepada pelajar tersebut.

"Answer it in 30 minutes. Then we can discuss it together."

20 minit kemudian masuk pula seorang pelajar lelaki.

Terus saya sapanya, "Assalamualaikum. Saya Izham. Panggil abang Izham sahaja. Ini kertas soalan kimia 1. Boleh jawab dahulu. 6.15 pm nanti kita bincang bersama," sambil memberi satu set kertas soalan sama seperti pelajar sebelum ini.

Kimia on call


Sungguh letih hari ini. Saya baru sahaja pulang dari kelas. Terdapat beberapa kerja yang perlu dilaksanakan kerana minggu hadapan sudah perlu menghantar tugasan ini.

Saya rehat sebentar di atas kerusi berhadapankan laptop. Facebook dan emel dilihat untuk mengetahui perkembangan terbaru di sekitar saya. Sungguh banyak notification yang keluar di facebook saya.

Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Tertera nombor pejabat.

Ini membuatkan jantung saya berdegup. Adakah penantian saya akan terjawab?

Hati Kama seorang budak


Ketika darjah 4 saya menyertai satu pertandingan tarian aerobik. Antara lagu yang dimainkan adalah lagu Hati Kama ini.

Sememangnya menggamit memori apabila menonton video ini. Dengan pom pom di tangan kanan dan kiri, kami berlatih setiap pagi ketika kelas pendidikan jasmani berlangsung.

Ia gabungan antara kelas 4 Kreatif dan 4 Inovatif. Seronok. 2 minggu kami berlatih. Saya suka sertai latihan ini kerana dapat ponteng kelas Sains kerana ketika itu Sains bagi saya sangat susah untuk di fahami.

Kini, saya pula yang menjadi tenaga pengajar untuk subjek sains. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Menjaga hati pemandu


Sebagai seorang pelajar peringkat tinggi, saya pasti akan sentiasa berjalan ke luar dari U untuk menjalankan kajian. Ini memerlukan saya selalu menempah van fakulti untuk ke tempat kajian.

Saya teringat nasihat seorang pensyarah kepada saya jika hendak menaiki van. Katanya hati pemandu ini perlu dijaga. Kita belanja mereka makan dan sembang-sembang dengan mereka ketika naik van bersama.

Menurutnya, pernah sekali itu beliau menegur pemandu van yang tidak menjaga kebersihan van yang ia pandu. Pemandu van itu bertindak balas dengan membawa laju ketika mereka menuruni Cameron Highland. Kecut hati semua yang menumpang. Iyalah. Cameron Highland tempat berbukit dan berlingkar.

Sampai sahaja di perhentian berdekatan, seorang pelajar Master beliau muntah.

Nasihat ini tersemat kuat dalam ingatan saya.