Isnin, 24 September 2012

Perkongsian di facebook


Saya sebolehnya menghadkan 3 pautan sehari untuk saya kongsikan di akaun facebook saya. Saya tidak suka berkongsi lebih daripada itu kerana saya khuatiri nanti mesej perkongsian saya tidak sampai ke khalayak rakan-rakan facebook saya.


Lagipun, majoriti rakan-rakan facebook saya adalah rakan-rakan yang saya kenal di luar alam maya. Mereka adalah orang yang selalu saya jumpa atau pernah saya kenal dalam beberapa tempoh terdekat sama ada seminggu, sebulan atau setahun yang lalu.

Kadang-kala terubat hati apabila ada rakan yang mendapat manfaat atas perkongsian saya itu.


Semoga kita berkongsi perkara-perkara bermanfaat sahaja di dunia Internet ini. Kisah kita juga mungkin bermanfaat bagi yang lain.


Buat teman, sahabat, dan kawan-kawan yang mungkin sedikit berdukacita. Allah sentiasa ada! :)

----
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah sebagai penolong kita

----
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

----
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Mintalah kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jangan kamu katakan: "Andaikata aku melakukan ini dan itu, pasti akan jadi begini dan begitu."

Tapi katakanlah: "Allah telah menentukan takdir manusia, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi."

Sesungguhnya kata "kalau" akan membuka peluang kepada hasutan Syaitan. (HR Muslim)

2 mengomel

betul.... ilmu yg bermanafaat kita kongsikan......
jgn salah guna medium sosial utk lepaskan ketidakpuasan hati atau keburukan org lain....

Yang penting kita sudah sampaikan. Terpulang kepada yang menerima untuk mengambil atau menolaknya.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon