Ahad, 2 September 2012

Pengalaman pertama masuk U

Semalam saya sahaja berjalan-jalan sekitar kolej Serumpun. Ingin mendapat ilham menulis di blog ini.

Nampaknya setakat saya berjalan, hanya beberapa pelajar sahaja ada melepak di surau. Itupun pelajar senior. Mungkin para pelajar junior sibuk dikerah para fasilitator sekalian.

Teringat masa saya mula-mula masuk U. Ketika itu sungguh sesak perjalanannya. Saya dan keluarga sampai awal. Mungkin awal bagi kami, namun lebuh silikon ketika itu sudah sesak dipenuhi dengan kereta. Kami diminta parkir di sebelah kiri lebuh silikon.

"Ada bas akan datang ambil pakcik sekeluarga. Usah risau," pesan seorang pelajar berjaket oren. Kami hanya mendengar sahaja. Beberapa barang keperluan dikeluarkan dahulu.

Sayapun salin baju formal dalam kereta. Beberapa sela masa kemudian sebuah bas lalu dengan ada orang menjerit menggunakan hailer,

"Kolej serumpun, kolej serumpun,"




Terus abah mengangkat tangan.

Bas berhenti dan beberapa buah keluarga lain turut serta naik bersama kami.

Sebenarnya ada semacam perasaan takut dalam diri aku ketika itu. Yelah. Keliling hanyalah hutan. Adakah U ini duduk ceruk di hutan? Sungguh maklumatnya amat kurang sekali saya dapati. Tiada sesiapa pun yang membantu atau memberitahu saya keadaan di U ini sebelum saya mendaftar. Atau saya seorang yang malas?

Bas berhenti di sebuah bangunan besar tidak bertingkat setelah membelok ke kanan. Terdapat khemah-khemah putih di hadapan bangunan itu.

Kami turun dari bas. Seorang perempuan berjaket oren menyambut kami.

"Adik kolej berapa?"

"14." terus dia membawa aku dan beberapa pelajar lain yang berkemeja putih, berseluar slack ke bawah khemah putih itu.

"Mari sini. Ambil borang ini dan isi. Serahkan kepada abang di hujung meja itu."

Setelah menyerahkan borang berisi itu, saya dan beberapa pelajar di arahkan pula ke dewan.

Beratur panjang kami di situ. Oh ketika itu perasaan gementara dalam diri saya ini sungguh kuat. Saya ini bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi. Hanya mampu memberi senyuman tatkala pelajar-pelajar lalu-lalang di hadapan kerusi menunggu ini.

Setelah selesai semua, saya beredar keluar dari dewan tersebut. Alhamdulillah. Dapat juga bilik. Tapi ia di tingkat 5! Aduh. Nampaknya sihat lah saya kalau begini.

Kemudian kakak aku tegur.

"Eh? Pakai selipar sahaja mendaftar?"

Oh? Sayapun baru perasan. Tadi kelam-kabut naik bas sampai lupa memakai kasut. Saya hanya tersenyum sipu tidak menjawan soalan kakak itu.

Nasib baik abang dan kakak fasi tidak perasan.

2 mengomel

teringat masa remy jugak dulu.....
dtg kl naik bas jer dgn bag besar.... tunggu saudara ambil kat puduraya.....
pastu pi shahalam daftar kat Uitm.....
kenangan yg tak boleh lupa sampai bila2....

dan semestinya ia sesuatu yang akan kita ceritakan kepada isteri dan anak-anak nanti dengan bangganya. =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon