Sabtu, 1 September 2012

Panggilan rezeki

Ketika sedang sibuk menjadi penanggah di suatu majlis, handset saya bergetar...

tsst.... tsssttt. tssst... Ia bergetar lebih dari 2 kali. Ini tandanya ada panggilan masuk.

Terpapar nama pengurus syarikat saya praktikal dahulu. Saya angkat dengan rasa ingin tahu.

Adakah ini rezeki saya? Atau hanya ucapan selamat hari raya? Jarang sekali en. bos call saya tanpa sebab.

"Assalamualaikum," suara en. bos dapat saya tangkap.

"Waalaikumsalam. Yea encik bos. Kenapa call saya?" tanya saya berdebar-debar.

"Wong, sudah dapat kerja?"

Masih mencari. Adakah sangkaan saya betul?

"Bagus. Saya hendak offer kamu kerja di sebuah syarikat pesticide di Puchong. Saya SMS maklumat emelnya serta no hp pengurus syarikat tersebut."

"Baik. Terima kasih en bos.."

"Ok. Nanti en. pengurus akan call kamu. Jawablah mana yang patut. Selamat Hari Raya."

"Selamat hari Raya juga en. boss. Assalamualaikum."


Tsstt... tssttt. tssstt...

Terus sahaja handset saya dihubungi no asing.

"Assalamualaikum. Wong ya?" satu suara lelaki kedengaran.

"Ya saya bercakap."

"Saya en. pengurus. Jadi, en. bos sudah terangkan awak maklumatnya?"

"Ada sedikit. Baru kejap tadi dia call saya."

"Bagus. Hari Isnin ini awak free? Boleh terus datang ke pejabat saya temuduga."

Eh? Saya ada hal hari Isnin ini. Hari Selasa boleh?

"Baiklah. Nanti jumpa puan sana. Oh, emelkan resume awak dan minta maklumat seperti alamat syarikat dan petanya sekali untuk awak datang hari Selasa ini."

"Ok. Ada apa lagi perlu saya tahu?"

"Rasanya itu sahajalah setakat ini. Jumpa Selasa ini. Assalamualaikum."

"Baiklah. Waalaikumsalam."

Nampaknya, rezeki datang bergolek-golek. Alhamdulillah.


2 mengomel

So, apa kesudahan pertemuan yg dirancang ini, En Wong?

Insya-Allah, nanti akan saya tulis entri mengenai ini.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon