Khamis, 6 September 2012

Murid-murid, keluar barisan, bentuk bulatan

Terdapat satu kisah benar yang saya dengar.

Pada suatu hari ketika sesi pendidikan Jasmani, seorang cikgu memberi arahan kepada anak muridnya. Ketika itu mereka telah pun berbaris satu barisan lurus.

"Murid-murid semua. Keluar barisan, buat bulatan pula sekarang."

Esoknya cikgu tersebut dipanggil menghadap guru besar.

"Saya mendapat aduan daripada salah seorang anak murid kamu mengatakan kamu berpolitik di sekolah," kata guru besar kepada cikgu tersebut.

Cikgu itu kemudiannya dipindahkan ke sekolah lain pula.

Keluar barisan...

Bentuk bulatan...

3 mengomel

hok aloh. itu je? ngeng

kejam nyer guru besar......
sian kat cikgu tu......disalah ertikan....
padahal.... budak2 tu cam ler leh mengundi !

@dee
Cerita pendek je pun. Lain-lain, faham sendiri sahajalah.

@Remy
Pengaruh budak-budak pun hebat juga ya.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon