Isnin, 17 September 2012

Magnum berkuasa


Dahulu sebelum masuk ke U, saya pernah bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka 24 jam. Pelbagai jenis ragam pelanggan saya jumpa. Terdapat satu kisah yang saya tidak dapat lupa sampailah sekarang.

Sewaktu itu saya bekerja shift malam alam. Shift saya habis pada pukul 7am.

Pada pukul 6 am pagi Jumaat datang seorang mak cik Cina tua, berambut putih, berumur lingkungan 60an agak saya, masuk ke dalam kedai tersebut.

"Adik, saya mahu bakul untuk beli," kata makcik tersebut kepada saya.

Bakul beli? Sepanjang saya kerja tidak pernah pula ada bakul. Saya memanggil rakan sekerja saya untuk kepastian.

Syam keluar dari bilik stor belakang.

"Oh auntie. Kejap ya. Saya ambilkan bakul." Nampaknya Syam kenal pelanggan ini.



Saya keliru. Tapi saya teruskan sahaja kerja saya menyusun barangan di rak jualan.

"Adik, mari sini tolong saya pilih aiskrim. Ambil brand Magnum sahaja." panggil mak cik itu setelah Syam memberikan sebuah bakul berwarna hijau kepadanya.

Saya layan sahajalah. Sebenarnya bukan tugas saya untuk tolong ambil barang untuk pelanggan kerana kedai tersebut mengamalkan dasar perkhidmatan layan diri.

"Ambil 17 jenis aiskrim. 4 batang setiap jenis perasa dan 3 aiskrim mangkuk."

Baik makcik. Aku hanya mengikut arahan. Kejap lagi habislah shift aku.

Kemudian dia mengeluarkan dompet dan membayar barang beliannya itu.

Saya hairan kenapa banyak sangat aiskrim magnum dibelinya. Saya agak, ini mesti cucu cicit nak datang pada hujung minggu.

Setelah dia pergi saya bertanya kepada Syam, rakan sekerja saya pada malam itu.

"Banyak yea auntie itu beli. Keluarga besar kah?"

"Tak lah. Auntie itu memang selalu datang pagi Jumaat beli aiskrim magnum. Katanya nak kena nombor loteri."

Hah!? Biar betul.

"Aku pun tak tahu. Auntie itu kata, dia pernah kena nombor dengan rujuk nombor tag belakang kulit aiskrim magnum. Menang besar. Pernah dia belanja aku RM50 seminggu selepas dia kena nombor loteri Magnum," ujar Syam sanbil mengisi borang masuk item baharu.

Wahhh. Boleh pula aiskrim Magnum membawa tuah kepada pembelinya. Amalan tahyul bagi orang Cina.

Yang menariknya, barulah aku perasan bahawa Magnum adalah syarikat perjudian!

3 mengomel

Funny.. they try to relate between magnum loteri dgn magnum aiskrim pulak..manalah berkait different type of business ....maybe just cuba nasib kan..

alamak... aiskrim magnum bukan keluaran syarikat magnum ye... hehehehe...
kita suka sangat makan aiskrim magnum ni... dari zaman belajar dulu lagi... sampai la sekarang ni... :)

@Ummuaidan & ejaMaria
Perkaitan yang hanya pada nama. Heh. Tergelak juga apabila saya teringat kisah auntie ni.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon