Kahwin, gosip terbaru

5 bualan
Pin It

"Wong, selepas graduate ini, kamu target apa dalam kehidupan?" tanya sahabat sejurusan saya.

"Hmmm. Aku tak pasti," jawab saya sambil memandang pelayan meletakkan hidangan yang kami tempah tadi,

"Aku nak sambung master. Nak dapat pangkat Dr. di awal nama aku," senyumnya ketika berbicara.

"Aku... kahwin boleh?" jawab saya selamba.

Muka semacam pelik terpapar di raut wajah ketiga-tiga sahabat-sahabat aku. Entah kenapa aku rasa seperti seorang pesalah yang bakal ditanya oleh peguam bicara hebat.

"Yelah. Lelaki kena kahwin awal. Bagi aku, kahwin akan membawa tiga lagi perkara lain. Kerjaya, rumah, dan kereta." jelas saya dengan bersunguh-sungguh.

"Sudah ada calon kah?" celah seorang lagi sahabat aku. Dua yang lain meanggukan kepala, juga ingin tahu.


Aku hanya tersenyum.

Kebelakangan ini entah kenapa asyik perkataan kahwin terpacul keluar di minda saya. Walhal, saya tahu, kerjaya itu juga satu pakej dengan kahwin. Namun, saya tahu, jodoh itu di tangan Tuhan. Tidak usah saya fikirkan sangat.

Mungkinkah sudah masanya saya membaca buku sebegini?

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. pangkat, nama dan wang boleh dikejar seiring usia...
    keluarga + anak + suami/isteri... tak semua orang dapat memilikinya dengan mudah...
    jadi ambil peluang berkahwin kalau sudah ada keinginan dan kemampuan itu... kemudian kejarlah nama dan cita-cita...

    BalasPadam
  2. yang penting ialah persiapan untuk melayari bahtera perkahwinan dan memimpin keluarga kelak ;)

    BalasPadam
  3. this book is awesome !
    boley ubah tanggapan orang. :)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia