Jejalanblog: Entri pendek yang ketagih

6 bualan
Pin It
Sesungguhnya para blogger ini semuanya hebat. Mereka bijak dalam kepakaran mereka masing-masing. Suka saya membaca cara mereka mengolah ayat-ayat 'cinta' mereka dalam blog mereka. Sungguh ku-ul!

Inilah masa saya untuk blogwalking atau istilah saya, jejalanblog.

Mari saya mulakan dahulu dengan blog yang saya suka baca.

Blog ini adalah antara pertama yang suka saya nyatakan - 



Entri-entri oleh tuan empunya blog ringkas-ringkas sahaja, namun mampu menarik ketagihan buat pembacanya. Terasa ingin membaca apa lagi yang ada mengenai blog ini.

Menariknya, dia ialah graduan dari Universiti Malaysia Kelantan. Pengalamannya di sana sesungguhnya unik dan berlainan dengan U yang telah saya belajar ini.

Amaran daripada saya, jangan baca lama-lama, atau tidak, awak mungkin terpaksa membaca keseluruhan entri-entri empunya.

Setiap penulis ada kelainannya, dan saya tabik untuk Asrul kerana berjaya mencipta kelainan itu sehinggakan mampu mempengaruhi saya yang suka menulis berjela-jela ini.

Kerana membaca entri-entri pendek beliau, saya tercabar. Ia menjadi inspirasi kepada saya untuk turut juga menulis entri pendek sepertinya.

Terima kasih Asrul, sahabatku! Kamu memang berbakat dalam menulis. Teruskan usaha, dan insya-Allah saya tidak akan terkejut ada buku tercetak nama kamu di kulit tebalnya nanti.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. saya juga ketagih membaca di sini... kamu juga 'cool'... kadangkala entry rojak hinggakan saya keliru antara cerpen, kisah dan cerita... hahaha... kasihan saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan! oh maaf juga ya mengenai itu. Saya cuba membezakannya dengan meletakkan label di bawah tajuk.

      Padam
  2. tahniah dari remy.......
    teruskan sokongan...

    BalasPadam
  3. Lebih layak kredit diberikan pada blogger tanamsendiri.

    Saya sebenarnya rasa kamu lebih kuat dipengaruhi gaya En Iskandar. :-)

    Pendek tapi powerful.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain orang lain caranya. Yang pasti kau ada gaya tersendiri dalam menulis. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia