Hak seorang Muslim

5 bualan
Pin It
“Hak seorang Muslim atas muslim ada enam, iaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya, jika diundang maka penuhilah undangannya, jika dinasihati maka nasihatilah dia pula, jika dia bersin maka doakanlah, jika dia sakit maka kunjungilah dia, dan jika dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya ke kubur.” (Riwayat Muslim)

Kadang-kala susah nak mengamalkan ucapkanlah salam. Saya ada seorang junior yang cukup tidak suka senyum. Setiap kali saya berselisih dengan dia, pasti dia buat muka selamba seperti tiada orang lalu di sebelahnya. Saya hanya pandang dan tunggu dia lihat muka saya. Harapan saya agar dia pandang dan dapatlah saya senyum dan ucapkan salam, namun hampa. Harapan hanya inggal kenangan sahaja.



Saya berdoa agar dia tidak amalkan perkara itu. Mu tak elok buat gitu. Sek sek mu aje mu senyum sokmo. Tak elok. Mu Kelate ke mu ganu ke mu kedah, ambo tak kisah. Kita sesaudara Muslim. 

Apapun, saya salahkan diri saya juga kerana berdiam diri tidak bertindak dahulu. Alangkah bagus saya ucapkan salam dahulu? Pastinya saya masih jauh untuk memberi hak seorang Muslim yang pertama itu. Walau bagaimanapun, usaha itu perlu ada, bukan?
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. Dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (3:85)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf... Saya tak dapat nak tadadbur ayat ini. Syafa'at yang saya tahu antara yang boleh beri hanyalah Rasulullah SAW, Quran.

      Apapun, terima kasih atas perkongsian ini puan.

      Padam
    2. Syafa'at yang baik ialah: setiap sya'faat yang ditujukan untuk melindungi hak seorang muslim atau menghindarkannya dari sesuatu kemudharatan.

      Syafa'at yang buruk ialah kebalikan syafa'at yang baik.

      Padam
  2. saya mengelak memberi salam, sebab kelihatan terlalu formal. Biasanya kalau berselisih dengan sesiapa tidak kira kenal atau tidak, saya akan menegur dengan cara mengangguk kepala sedikit.

    Biasanya ia akan dibalas dengan senyuman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastinya menyampaikan salam itu tanggungjawab seorang Muslim. Jom cuba.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia