Hadiah Tupperware untuk si budak kecil

4 bualan
Pin It

Anugerah pertama yang masih melekat kuat di memori saya ialah saya menang tempat pertama sebagai murid terbaik darjah satu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Saya dapat markah 86%. Oh sungguh gembira saya ketika itu. Budak yang duduk di kelas tercorot Dinamik boleh menang anugerah! Selalu saya lihat si Atiqah, murid perempuan yang duduk di hadapan menerima pujian daripada cikgu kerana hebat dalam setiap ujian yang kami jawab. Kini saya pula dijemput menerima hadiah selepas dia. Manisnya saat itu.

Rakan-rakan tidak habis memuji saya. Seorang murid biasa tiba-tiba menjadi bualan kerana dapat markah tinggi dalam peperiksaan akhir. Walaupun hanya satu subjek bukan?



Semestinya hadiah itu saya ingat sampai kini. Sebuah tupperware dan set alat tulis. Sungguh saya sayang benda-benda tersebut sampai entah mana hilangnya apabila masuk darjah dua.

Setiap murid yang menang anugerah, tupperware wajib dibawa pulang!
Cuma, kenapa cikgu tidak berikan sahaja hadiah buku-buku cerita? Bukankah itu akan menggalakkan lagi murid-murid untuk membaca?

Jikalau anak saudara saya sudah boleh membaca, akan saya hadiahkan ini kepadanya.
Semoga dia membesar dalam menghayati sastera agung Melayu ini.

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. sama ngan remy dulu... kalau menag anugerah atau pencapaian... mesti menang kotak pencil...tupperware.....hu3..kalau kasi buku kan best !!!!

    BalasPadam
  2. hehehe...dulu sekolah sy jarang bagi hadiah kepada murid-murid, hanya khas untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan sahaja...cuma masa di Tadika umur 6 tahun, dapat nombor 2 dlm pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris cikgu belikan tupperware yg diisi dengan banyak gula-gula di dalamnya, rasa indah sangat waktu itu. Dan disebabkan hadiah itu juga saya mula menyukai Bahasa Inggeris sampaikan sekarang...indah bukan?

    BalasPadam
  3. @Remy & Azham
    Setiap memori kanak-kanak kita apabila ditelusuri kembali ada kesan ya kepada kita kini.

    BalasPadam
  4. tahniah. Teringat kata-kata blogger Husin Lempoyang.

    'Kalau budak budak datang beraya rumah kita, walaupun kita tak kenal kena layan mereka dengan baik. Mereka akan ingat cara kita layan dia..'

    :)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia