Isnin, 10 September 2012

Hadiah sebuah buku curi




Buku sememangnya menjadi minat saya sejak kecil lagi. Tertarik saya ketika rakan-rakan saya semasa sekolah rendah asyik bercerita mengenai komik Mutiara Naga. Saya ingin turut serta membaca komik tersebut namun tidak kesampaian.

Saya bukanlah budak yang disukai oleh si pemilik komik tersebut. Dia hanya memberi pinjam kepada rakan yang dia suka sahaja.

Kempunan saya.


Untuk tidak kempunan di masa remaja ini, saya juga ingin berebut memenangi hadiah percuma daripada blogger bernama Eqbal Zack. Beliau ialah blogger UPM yang paling banyak pembaca! Statistik ini berdasarkan jumlah orang yang mengikuti blognya.

Apa yang menarik, beliau merupakan seorang pelajar yang sedang mengambil bidang doktor falsafah di UPM. Hebat sungguh!

Saya letakkan pautan ke pertandingan yang beliau anjurkan. Mana tahu ada yang mengena.


Mungkin satu hari nanti apabila saya terkenal seperti beliau, mungkin saya juga boleh membuat pertandingan seperti ini. Buku mungkin menjadi hadiah utamanya. Cuma jangan marah ya kalau buku itu telah saya baca dan conteng dahulu, sebab saya suka conteng buku saya. Ia menyeronokkan!

2 mengomel

saya join jgak..heheh

http://amarulsamsudin.ml.my/

jom pakat ramai-ramai sertai. Mana tahu nasib menyebelahi kita. Oh random~

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon